C38

1.9K 284 146
                                    

TURUN daripada Grab Car, rancak Nufa berbual dengan Warda. Bila perut kenyang begitu lah. Tambah lagi mereka dapat bermain sekejap di arked selepas makan. Memang menambahkan lagi rasa riang tengah hari itu.

"Lain kali kita pergi sekali lagi. Kita ajak Halwa sekali." Ucap Nufa gembira.

Warda yang memang sedari tadi senyum jadi makin lebar senyum di bibirnya. Sipi-sipi mata pandang Nufa. Mengusik lah. Seperti biasa.

"Kalau ajak Halwa, aku tak ikut lah." Senyum senget sekali Warda di hujung kata.

Berkerut dahi Nufa dengar kata-kata Warda.

"Dah kenapa pula?"

Warda senyum. Lengan Nufa dipaut sebelum mereka berhenti serentak di hadapan tangga dobi.

Atas bawah, atas bawah Nufa pandang Warda. Pelik dengan tingkah Warda. Sudah lah senyum tu senget semacam. Mata tu pula tak sudah mengerling dia.

"Yalah. Ada abang si Halwa tu. Tak mahu lah aku ganggu momen-momen keluarga bahagia." Sambil tutur kata, sambil rusuk Nufa disiku perlahan. Mengusik.

Terus Nufa leraikan pautan Warda di lengannya. Tangan pula laju mencubit-cubit geram lengan Warda. Menyeringai sakit Warda dibuatnya.

"Aduh! Sakit lah!"

Nufa menjeling.

"Padan lah muka."

Warda mencebik. Sengaja dia menoleh belakang. Lihat kedai buah seberang jalan sana. Tak nampak pula bayang pekerjanya.

Nufa pandang Warda sebelum mata dijulingkan menyampah. Tak peduli kasar, terus pipi wajah ditolak perlahan.

"Eleh. Cemburu ke kita cari abang Halwa tu?" Warda masih dalam mode menyakat. Lepas tawa dia bila lihat Nufa tak jadi ambil langkah menaiki tangga.

"Kau kan...! Sini! Sini!" Laju tangan menarik lengan Warda sebelum dicubit-cubit lengan itu sekali lagi dengan geram.

Tapi Warda hanya bantai gelak sahaja. Terhibur lihat wajah memerah Nufa. Alahai. Garang-garang pun comel begini. Macam mana boleh dicurangi pun tak tahu

Tak mengapa. Hilang Mifzal, Nufa dapat Nadhif. Hehehe.

"Dah lah! Sana!" Warda menolak Nufa menjauh. Comel, comel juga. Kepit ketam Nufa pedih tau! Mahu lebam tangannya nanti.

Nufa hanya cekak pinggang lihat Warda menaiki tangga. Baru nak melangkah sama, terhenti kaki di hujung tangga dek Warda yang menoleh belakang kembali memandangnya semula.

Dahi berkerut.

"Kenapa?" Soal Nufa ingin tahu.

Warda senyum senget.

"Nanti jangan cubit kuat-kuat lengan abang si Halwa. Lebam lengan sado laki kau nanti. Tak boleh dah main lambung-lambung." Sakat Warda sekali lagi. Mata pula dah pandang kedai buah seberang jalan berkali-kali. Bagi hint kepada Nufa bila lihat Nadhif di sana.

Geram, laju Nufa memanjat tangga mahu mengejar Warda.

"Kau kan...! Sini lah!" Jerit Nufa geram. Tak peduli dah jika ada sesiapa yang menoleh pandang mereka sebab Warda memang menyakitkan hati sekarang ini.

Laju Warda angkat kaki masuk ke dalam premis #OhMyDobi. Berdekah ketawanya meninggalkan Nufa yang gigih mahu menangkapnya. Baik dia lari dan menyorok belakang Afrina. Sambil tu boleh rekrut Afrina untuk sama-sama padankan Nufa dengan Nadhif nanti. Hehehe!

Hilang Warda di sebalik pintu dobi buat Nufa berhenti mengejar. Menggeleng dia dibuatnya melayan perangai Warda. Sejak bila entah si Warda jadi macam Sayf. Suka sangat pasang-pasangkan dia dengan Nadhif. Walhal jelas-jelas yang mereka ini pantang nampak sesama sendiri. Mahu bertekak sahaja.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now