C76

2.3K 296 122
                                    

KERUSI kosong menjadi labuhan duduk Nadhif. Kaca mata yang sedari tadi di poket baju mula dipakai. Mahu jadi penghalang terik matahari yanh mencucuk mata. Topi di kepala diangkat sebelum dipakai semula. Setelah letak rambutnya dibetulkan ala kadar.

Tangan bercantum dan mata lurus pandang tengah laut yang membiru tenang.

Nadhif sendirian. Nufa sibuk mengemas barang di chalet mereka. Nadhif dah tawar diri untuk membantu, tapi Nufa menghalaunya bersungguh.

"Dengan kau, satu kerja tak jalan. Tangan tu tak habis-habis nak memeluk. Huh! Sana pergi!"

Tersenyum kecil Nadhif bila ingat kata-kata halau Nufa tu. Teringat sebab terbayang macam mana merah muka gadis itu.

Malu lah tu. Macam biasa.

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Tenang rasa dengar alunan alam.

Ombak yang kecil menghempas lantai. Dedaun yang bergeseran ditiup angin. Burung-burung yang berkicauan.

Ah, Nadhif akan rindu semua ini. Belum pergi pun dia sudah mula rindu. Terasa masih belum bersedia untuk pulang.

Terlalu pendek dia di tempat indah. Dan paling penting, dia masih belum puas berdua sahaja dengan Nufa. Rasa ingin memiliki Nufa sepenuhnya di sini membuak-buak. Namun, apa kan daya. Ada tanggungjawab harian yang masing-masing perlu laksanankan.

"Takpe lah, Adep. Ada rezeki, mari lagi." Perlahan Nadhif bersuara bawah nafas, memujuk diri sendiri.

Badan jatuh pada kerusi. Tangan diletak ke belakang, menjadi alas kepala sendiri. Mata di balik kaca mata sudah terpejam. Mahu lelap sebelum tinggalkan semuanya.

Tak sampai seminit tutup mata, telefon dalam poket kuat berdering minta diangkat. Laju tangan menyauk masuk ke dalam poket.

Keluar sahaja telefon, kaca mata diangkat naik ke kepala. Skrin dipandang dan senyum senget terbentuk.

Aiden Haikal

Siap buat video call mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati sendiri gamaknya.

Terus ikon hijau digesek dan telefon dijauhkan sedikit dari wajah. Nak tunjuk baju tropika dia yang cantik. Nak tunjuk benar-benar bercuti. Hahaha!

Panggilan bersambung. Terus wajah Haikal memenuhi skrin telefon. Nadhif dah senyum manakala Haikal dah tunjuk riak menyampah.

"Haah! Memang! Memang kau sorang je pernah bercuti, Adep!" Belum apa-apa, Haikal dah menyembur dengan rasa menyampah.

Bukan dia tak suka Nadhif happy. Tak suka lelaki itu riak sahaja. Tapi, tak suka tu main-main lah. Mana mungkin dia tak suka jika Nadhif bahagia.

"Nak apa ni call? Nak sakitkan hati sendiri ke?" Berseloroh Nadhif dengan Haikal.

Haikal mencebik.

"Pandai dah memerli sekarang ni. Bini kau ajar eh?" Soal Haikal.

Nadhif hanya angkat bahu sahaja. Tak balas apa-apa. Tolong jangan bagi dia menangkan sesiapa. Nufa dan Haikal punya kedudukan yang tersendiri dalam hatinya. Dua-dua dia sayang.

"Kau bila nak balik ni?" Soal Haikal.

Nadhif gelak halus.

"Masuk engkau, dah tiga orang tau suruh aku balik. Tak boleh eh tengok aku happy lebih sikit?" Soal Nadhif.

Haikal julingkan mata.

"Bukan lah. Aku dah lama tak jumpa kau. Tu aku tanya. Lagipun aku tengok kedai kau ni dah ramai orang datang. Kecewa betul muka bila tengok kedai tutup." Haikal bercerita.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now