C15

2.3K 263 28
                                    

MATA Nufa tak lepas daripada memandang Halwa yang seronok membelek sehelai demi sehelai baju yang dijual. Mulut gadis itu tak sudah-sudah memuji tentang cantik dan sedapnya setiap helai baju. Gadis itu memang teruja habis. Hairan juga Nufa. Gaya macam tak pernah jumpa baju-baju begitu pun ada juga.

"Halwa suka baju-baju ni?" Soal Nufa. Tangan dah sentuh sehelai satin dress berwarna velvet.

Halwa yang mendengar soalan Nufa terus mengangguk laju sambil bibir mengulum senyuman manis. Semanis namanya.

Nufa jadi suka sendiri. "Kalau suka, Halwa nak? Kakak ada banyak juga baju-baju yang macam ni. Jom kakak bawa tunjuk baju-baju lain." Ajak Nufa. Tangan Halwa sudah ditarik, mengajak gadis manis mengikutinya.

Tapi, bila dia terasa berat kaki Halwa nak melangkah, terus dia menoleh. Terkejut sekejap lihat wajah yang tak asing lagi di pandangannya sejak beberapa hari ini. Siapa lagi kalau bukan Nadhif Hamza. Dengan muka beku tak reti senyum dia tu. Buat Nufa urut pelipis kepala perlahan.

Tangan jatuh dari memegang lengan Halwa.

"Abang. Kenapa?" Soal Halwa bernada biasa. Lihat mata Nadhif yang tak lepas dari wajah Nufa, matanya ikut sama memandang Nufa. Jelas di wajah gadis itu riak tak suka. Buat dia menggeleng kecil.

'Memang tak boleh bertemu rasanya mereka berdua ini.' Gumam Halwa dalam hati.

Nadhif alih pandangan memandang Halwa. Tengok riak menyampah Nufa yang jelas tak ditapis itu buat dia naik menyampah sekali. Masalah betul gadis yang seorang itu. Entah apalah hutang yang belum terlangsai antara mereka.

"Jaga kedai." Pendek kata Nadif tanpa nada. Beku.

Nufa jeling lelaki itu sekilas. Rasa menyampah membuak naik.

"Nak bercakap macam tak nak bercakap. Ada emas agaknya dalam mulut." Perli Nufa perlahan. Muka dah dipalingkan ke arah lain, dengan harapannya kaya-katanya tak sampai di pendengaran lelaki itu. Tapi, dalam masa yang sama nak bagi Nadhif butir katanya yang tak begitu jelas. Nak bagitahu ada yang dia tak puas hati dengan lelaki beku itu.

Dengar omel tak jelas Nufa, terjongket naik terus kening Nadhif. Badan dah senget menghadap Nufa yang entah melilau pandang ke mana. Tak mahu bertembung dua mata dengannya.

Halwa dah tutup mulut dengan tangan. Terhibur dengan dua manusia di hadapannya ini. Nufa pun, kenapa berani sangat nak bergaduh dengan abangnya? Tak cukup menakutkan ke wajah beku dingin yang ditayangkan Nadhif?

Garu dahi yang tak gatal, Nufa sengaja buang pandang memandang hadapan semula. Pandang Nadhif lebih tepatnya. Bila lihat mata helang Nadhif terarah ke arahnya, selamba Nufa pandang belakang, mencari-cari wajah yang ditenung Nadhif. Walaupun dia tahu wajahnya yang menjadi sasaran.

Malas melayan, Nadhif hanya senyum sinis dengan perilaku aku-tak-tahu Nufa. Tapi, tak aci lah kalau Nufa sahaja yang dapat markah. Tak fun.

"Balik kedai jom, Halwa. Tak elok kau bergaul dengan budak-budak emo punk. Habis terjejah akhlak baik kau. Jom, dik." Selamba Nadhif memerli Nufa tanpa nada. Malah wajah gadis itu pun tak dipandangnya. Lebih senang pandang Halwa yang dah terkebil-kebil sendiri.

Ternganga terus Nufa dengar perlian Nadhif. Penampilannya yang dikatakan seperti budak emo dan punk tadi ditilik sekali lalu.

"Excuse me?"

Nadhif tarik senyum sinis sedikit sebelum dia pandang Nufa dengan wajah bekunya semula. Dan bila lihat wajah beku itu, darah tak boleh nak tahan daripada terus naik ke kepala. Menyirap sendiri.

"Budak emo punk? Excuse me?" Tak puas hati Nufa bila fesyennya dikritik Nadhif.

"Ya, dik. Ada apa-apa masalah?" Soal Nadhif, selamba.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα