C16

2.3K 280 57
                                    

TURUN dari kereta Sayf, Nufa terus berjalan masuk ke dalam #OhMyDobi. Tersenyum lebar dia bila lihat Afrina yang sibuk berkerja di meja kaunter. Tanpa lengah, terus dia berlari mendapatkan kakak iparnya. Dipeluk tubuh itu. Rindunya dia dengan kakak ipar kesayangan yang seorang ini.

"Kak Na!"

Terkejut, namun Afrina layankan sahaja Nufa. Pelukan Nufa dibalasnya sebelum dia hulurkan tangan mahu bersalaman dengan Nufa.

"Fuhaira dah sihat? Nufa tak sempat nak ziarah. Ingatkan nak datang jenguk hari ni." Beritahu Nufa. Crossbody bagnya diletakkan di atas kerusi sebelum dia henyak punggung di situ.

Afrina tersenyum. Tangan mula sambung kerja. Sambil itu mulut ikut sama bergerak berbual dengan Nufa. Dia pun rindu dengan Nufa yang ceria sokmo ini. Kadang ceria dan manja Nufa melebihi manja Fuhaira. Boleh keliru macam mana budak perempuan umur 6 tahun boleh jadi matang tiba-tiba. Dan yup! Hanya bila ada Nufa Huwainaa perkara itu terjadi.

"Alhamdulillah dah sihat. Hari ni dia dah boleh pergi tadika. Itu yang Kak Na masuk kerja semula." Maklum Afrina.

Nufa mengangguk.

"Kenapa dia demam tiba-tiba? Bukan dia susah demam ke? Nak kata hujan, takde pula hujan kebelakangan ini. Cuaca pun tak terik sangat. Dia berendam dalam bilik air ke apa?" Nufa kehairanan.

Memang sedari kecil, Fuhaira yang dia kenal memang susah dijangkiti sebarang penyakit. Antibodinya terlalu kuat. Asbab Afrina rajin mengamalkan makanan sunnah semasa mengandungkan Fuhaira. Alhamdulillah, ada kebaikannya.

Afrina senyum lebar sekali lagi. Nufa yang sibuk melihat memo pad kerja pada hari ini dikerling sekilas. Beg tangan diambil sebelum dia keluarkan satu kotak kecil panjang berwarna hitam. Siap berikat reben biru lagi.

Tidak menerima sebarang jawapan daripada Afrina, Nufa segera menolehkan kepala. Berkerut dahi bila Afrina senyum-senyum seraya hulurkan kotak hitam bereben biru kepadanya.

"Apa ni?" Ragu-ragu Nufa jadinya. Namun, tetap juga dia ambil huluran Afrina.

Senyuman Afrina masih belum putus. Dia sambung melakukan kerjanya sementara tunggu adik ipar loading sepenuhnya. Nufa dah buka kotak itu tapi masih diam tidak berkutik. Tengah proses lah tu.

Terkelip-kelip laju mata Nufa melihat isi kotak. Ada satu benda panjang seperti thermometer di dalam kotak itu. Warna putih biru. Tapi, bukan thermometer. Bila dia tekan button, tiada pula nombor suhu yang keluar. Hanya keluar perkaraan 3 W.

Nufa pandang Afrina. Afrina langsung tak memandangnya tapi bibir tak lekang dari senyum manis.

"Apa ni, Kak Na?" Blur, Nufa menyoal.

Kening Afrina terjongket sedikit. Dia tegakkan tubuh sambil tangan menyilang dada, memeluk tubuh sendiri. Tergeleng-geleng dia melihat wajah bingung Nufa. Memang benar tebakan suaminya. Numair kata, kalau dia tunjuk pada Nufa pun, Nufa takkan faham.

Pintu belakang kaunter yang terkuak buat mata Nufa dan Afrina tertacap di situ. Warda baru sahaja keluar dengan sebuah bakul hitam di tangan.

"What's the tea?" Soal Warda. Berdiri di tengah-tengah antara Nufa dan Afrina, dua wajah manis itu dipandang silih berganti.

"Ni apa?" Soal Nufa. Alat seperti thermometer itu disua kepada Warda.

Berkerut dahi Warda. Huluran Nufa diambil sebelum sekejap sahaja mulutnya dah melopong. Terkelip-kelip laju matanya sebelum dia menjerit panjang di situ.

"Who's pregnant? Kak Na? Kak Na pregnant?" Jeritan Warda berentak teruja. Kaki dah mula berlari setempat. Teruja.

Nufa yang mendengar terus bangun dari duduk. Alat yang berada di tangan Warda dirampas dan dibelek sekali lagi. Terkebil-kebil sendiri sebelum dia pandang Afrina yang dah gelak kecil.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now