C82

1.9K 254 54
                                    

BENGKAK hati Nufa lihat Nourin yang awal-awal dah ambil tempat di bahagian penumpang hadapan. Kecil besar, kecil besar aje Nourin di matanya. Ingatkan bila kantoi tadi, gadis itu tak mahu ikut. Tapi, makin galak! Hati kental betul.

Nadhif dah urut pelipis di sebelah Nufa. Wajah Nufa diperhati. Tenang sahaja riak wajah gadis itu. Tapi, Nadhif tahu. Dalam tenang itu ada puting beliung yang sedang terjadi.

"Huwainaa," Nadhif memanggil. Menoleh terus Nufa memandang Nadhif.

Kening dijungkit sekilas.

"Okey tak?" Soalan yang Nufa anggap bodoh juga lah. Tapi diam-diam simpan sendiri lah. Merajuk nanti orang sebelah

"Nampak okey ke?" Nufa bertanya. Kening sebelah terjungkit.

Sengih, Nadhif menggeleng perlahan. Nourin dipandang lagi. Terlihat gadis itu seronok melambai Mama Hafizah dan Abah Rosdi. Kembali semula tangan mengurut pelipis.

"Pening?" Soal Nufa bila lihat Nadhif sedari tadi tak sudah-sudah mengurut pelipis kepala.

Modal mahu bermanja sudah ada, buat Nadhif mengangguk kecil dengan gaya muka tahan sakit.

Baru nak sangkut dagu di kepala Nufa, perbuatannya terhenti separuh jalan bila dengar balasan Nufa. Tak berkelip mata pandang Nufa.

"Baru sorang bini, dah pening. Tak campur lagi bini kedua. Anak berderet lagi. Cucu lagi." Omel Nufa sendiri. Nadhif dijeling dengan ekor mata.

Berkerut dahi Nadhif. Perlahan dia tolak bahu Nufa. Mata pula dah jeling Nufa.

"Sayang merepek apa ni?" Tanya Nadhif.

Nufa balas dengan jungkitan bahu.

"Betul lah. Jaga seorang dah pening. Kalau pasang lag–" kata-kata Nufa mati bila rapat tangan Nadhif menekup mulutnya.

Berkerut dahi Nufa. Mata dah tajam pandang Nadhif.

"Bila pula aku kata nak pasang-pasang ni?" Serius pertanyaan Nadhif. Tiada lagi kata ganti nama mesra yang diguna pakai.

Nufa telan liur. Tangan yang baru nak tepis Nadhif terus jatuh ke sisi. Jari pula dah menguis hujung baju diam-diam.

Nadhif jatuhkan tangannya. Tangan mencekak pinggang. Mata masih tajam pandang Nufa

"Ada aku cakap ke?" Soal Nadhif lagi bila Nufa diam tidak memberi jawapan.

Tundukkan kepala, Nufa menggeleng. Sedar yang dia dah buat Nadhif marah dengan omelannya tadi.

"Jangan cakap benda mengarut lagi. Tolong lah. Aku kahwin dengan kau. Aku pilih kau. Dari awal aku pilih kau. Kalau nak yang lain, lama dah lah aku pilih. Tapi, ini? Aku siap buru-buru lagi kahwin dengan kau. Ikat kau terus dengan aku. Tak cukup bukti lagi ke yang kau je yang aku nak dari dulu, sekarang dan selamanya?" Tegas nada suara Nadhif.

Tahu Nufa mungkin terasa dengan gunapakai katanya namun, biar lah sekarang daripada kelak dia diragui.

Nufa makin tunduk memandang tanah. Sayu tiba-tiba bila dimarahi Nadhif. Selalunya dibelai manja sahaja. Tiba-tiba dimarahi pula.

Kalau dulu sebelum berkahwin, mana pernah Nadhif marah. Hanya sekadar geram sahaja.

Diam Nufa buat Nadhif hela nafas perlahan.

"Dengar tak ni?" Nadhif menyoal.

Nufa angguk sekali.

"Faham tak apa abang cakap?" Kini intonasi dah sedikit lembut, namun masih lagi ada ketegasannya.

Dua kali Nufa angguk. Faham betul. Tak nak dah mengomel apatah lagi bergurau macam tadi. Nanti kena marah lagi.

Seram!

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now