C39

2K 276 56
                                    

LENA Nufa ternganggu apabila wajah tiba-tiba sahaja ditampar kencang angin dingin. Terpisat-pisat Nufa bangun dan tingkap yang luas diturunkan buat dahinya sedikit berkerut. Betulkan duduk, wajah menoleh memandang ke sisi kanannya. Terlihat Nadhif masih selamba memandu tanpa riaksi.

Nufa mencebik lihat tingka Nadhif yang diturunkan. Sengaja sungguh lah mamat ni. Cemburu lihat dia lena di sebelah dengan tenang.

"Kita kat mana ni?" Soal Nufa dengan suara seraknya. Baru bangun tidur, memang begitu. Kotak suaranya seperti masih tidak mahu beri kerjasama.

Nadhif mengerling sekilas kepada Nufa sebelum punat tingkap dinaikkan. Tiada lagi kencang angin yang memenuhi kereta. Kembali tenang seperti biasa. Dan sumpah tahan senyum Nadhif bila perasan wajah cemberut Nufa terhadapnya. Tak puas hati lah tu kita ganggu lena dia.

"Atas bumi." Nadhif menjawab soalan Nufa tanpa nada.

Balasan Nadhif betul-betul menyebalkan Nufa. Mahu sahaja tangan ni naik menghempuk kepala Nadhif dengan kuat. Kalau tidak memikirkan nyawanya yang akan bahaya sama, dah lama dah Nadhif kena.

"Aku tak tahu pulak lah kereta cikai kau ni boleh berubah jadi roket. Terbang ke galaksi sana." Tak mahu kalah, Nufa membalas dengan geram.

Nadhif hanya senyum kecil sahaja. Tak mahu balas apa-apa. Biar lah Nufa menang. Bukan dia kena apa-apa denda pun. Nufa pun tidak dapat apa-apa ganjaran melainkan kepuasan hati.

Diam kembali menemani mereka. Lihat Nadhif yang seperti tidak mahu teruskan bual, nuat Nufa bosan sendiri. Kaki selamba dinaikkan di atas kerusi. Duduk bersila sepertimana yang dia selesa apabila berada dalam kereta. Tak peduli jika Nadhif mahu menoleh jelek dengan perangai kurang sopannya sekalipun.

Kita buat apa yang kita selesa okey?

Bosan, Nufa garu dahi sendiri. Nak buka radio, tadi dah bertekak juga dengan Nadhif. Nadhif kata tak boleh fokus jika bising ketika memandu. Dan Nufa juling mata untuk itu. Patut sahaja hidup Nadhif membosankan. Haih.

"Haus lah." Nufa mengomel kecil. Kepala mula terteleng-teleng mencari air untuk diminum tapi hampa bila langsung tidak dijumpai sebarang sumber air dalam kereta ini.

Mengerling kepada Nadhif, lelaki itu masih tekun dengan pemanduannya.

"Weh." Nufa memanggil.

Nadhif mengerling dengan ekor mata.

"Weh." Sekali lagi Nufa memanggil.

Nadhif masih sama, hanya mengerling. Cumanya kepala diangguk sedikit, beri isyarat untuik Nufa teruskan soalan mahupun bualan. Telinganya dekat sahaja dengan gadis itu. Boleh lagi mendengar dengan baik.

"Pekak dan bisu eh?"

Terus Nadhif menjeling Nufa dengan tajam. Dan Nufa hanya sengih puas untuk itu. Tengok Nadhif marah boleh jadi kepuasan rupanya. Sejak bila pun Nufa tak pasti. Tapi hati tu rasa puas lah. Tak tipu.

"Masa tu sibuk kata aku pekak dan bisu. Rupanya kau pun takde beza. Pekak dan bisu." Nufa teruskan lagi sesi sakitkan hati Nadhif untuk kepuasan hati sendiri. Sengihnya panjang bila Nadhif menjeling sekali lagi.

Nadhif alihkan pandangan. Tangan turun memegang stereng kereta dengan gaya malas. Senyum dah senget sedikit dan cermin pandang belakang dipandang sekilas.

"Okey lah tu. Boleh jadi pasangan sejati kau. Sama-sama pekak, sama-sama bisu." Tak mahu kalah lagi, Nadhif beri jawapan dengan selamba dan tidak bernada. Habis kata, Nufa dikerling dan senyum jadi senget lihat wajah terkedu Nufa.

"Dah takde jawapan? Nak jadi sama-sama bisu? How sweet." Sarkastis balasan Nadhif. Buat Nufa jengkel.

"Ew, takde makna!" Pandangan dibuang ke luar tingkap. Sakit hati aje tengok senyum sinis Nadhif. Kalau boleh naik kaki, lama dah naik kakinya di wajah kacak Nadhif. Huh!

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now