C7

2.3K 288 23
                                    

SUASANA dalam kereta sepi tanpa sebarang suara. Hanya celoteh DJ di radio sahaja yang menjadi peneman sepanjang perjalanan. Nufa yang semestinya kekok bersama dua manusia asing sekarang lebih senang untuk buang pandang ke luar tingkap. Dalam kepala masih cerna bagaimana dia boleh berada sekali dalam kereta ini.

"Kakak takde siapa nak ambil ya?" Soal Halwa sebaik sahaja Nadhif beredar dari situ.

Nufa berhenti pandang Nadhif. Tumpuan diberikan kepada Halwa yang meminta jawapan. Terus telefon dipandang dan rasa nak menangis bila dia tekan punat on, hitam skrin telefonnya. Habis bateri. Damn!

Halwa dipandang. Dahi digaru perlahan

"Err... lebih kurang macam tu kut." Balas Nufa perlahan.

"Balik dengan Halwa dan abang lah. Nak?" Soal Halwa.

Laju Nufa menggeleng. Tawaran daripada Halwa buat dia takut sendiri. Dia tak kenal pun gadis ini. Lelaki bernama Nadhif itu apatah lagi. Memang tidak lah dia mahu setuju.

Halwa senyum. Lengan Nufa disentuh.

"Dah lewat malam sangat ni. Takpe, kakak balik aje dengan kami. Okey?" Pelawa Halwa lagi. Senyum diukir tanda mesra dan ikhlas dengan pelawaannya tadi. Tahu Nufa ragu. Yalah. Mereka bukan kenalan pun sampai nak ajak balik sama. 

"Eh, takp---"

Pin! Pin!

Hon kereta berbunyi kuat. Nadhif yang dah masam mencuka dalam kereta mereka pandang.

"Jom, kak. Tak yah malu-malu. Jom!"

Dan selepas itu dia ditarik masuk ke dalam kereta oleh Halwa. Muka Nadhif langsung tak dipandang. Entah lelaki itu suka ataupun tidak dengan tambahan penumpang ini. Yang dia tahu hanya 'hmm' pendek sahaja Nadhif beri bila Halwa minta tolong hantar dia pulang ke rumah.

Halwa ni pun. Baik sangat kenapa?

Halwa yang senyap di tempat duduk penumpang hadapan dipandang seketika. Gadis itu sibuk dengan telefon di tangan. Entah berbalas WhatsApp dengan siapa, Nufa tak tahu. Tapi nampak sibuk lah. Tetingkap demi tetingkap bual gadis itu buka.

Bersandar, Nufa pandang hadapan. Namun, kaku badan bila tanpa sengaja dia bertembung mata dengan mata Nadhif melalui cermin pandang belakang. Terkelip-kelip dia seketika. Nak alihkan pandangan, namun mata Nadhif lebih pantas memandang arah lain.

Nufa diam sendiri. Nafas lega dia lepaskan tapi sekali lagi, perkara yang sama berlaku. Dia tak alih pandang lagi tapi pandangan matanya dan Nadhif kembali bertaut di cermin yang sama. Tersekat nafas Nufa bila pandangan kali ini lebih lama dari tadi. 

Dug dag dug dag.

Dahi berkerut dengan rentak jantung sendiri. Laju Nufa alihkan pandangan sebelum tangan urut dada sendiri. Kepala pun dah digaru sendiri. Bingung. Hairan. Satunya, kenapa lelaki itu pandang-pandang dia? Duanya, kenapa dia dug dag tiba-tiba? Pelik.

Tampar perlahan pipi, Nufa sedarkan diri sendiri. Tadi mungkin dia khayal. Ya. Mungkin ini semua imaginasinya sahaja. Dan kerana itu, perlahan-lahan Nufa kerling ke cermin pandang belakang semula dan sumpah, nafasnya terhenti bila mata Nadhif lunak memandangnya. 

Dug dag dug dag.

"Yes? Nak cakap apa-apa ke?" Laju Nufa bertanya. Tak mahu layan dug dag yang aneh ini. Yang bukan-bukan sahaja lah dirinya sekarang. Lelaki itu pun satu. Apa masalah pandang-pandang dia? Dia cantik sangat ke?

Kening Nadhif terjungkit sedikit dengar soalan Nufa. Terkejut bila disergah tanpa sebab begitu. Halwa yang dah bingung di sebelah dipandang tanpa suara. Isyarat mata dihantar kepada Halwa, bertanya kenapa dalam diam.

Halwa yang mengerti terus pusing belakang pandang Nufa. 

"Kenapa kakak?"

Nufa jeling tajam Nadhif yang tenang memandu.

"Ni... mamat ni! Usyar-usyar orang. Ada apa ya duk pandang-pandang dari tadi?" Dengan yakin, Nufa menembak Nadhif. 

"Hah?" Bingung Nadhif. Seolah-olah dia tak buat pun apa yang Nufa sebutkan tentangnya tadi.

"Pura-pura 'huh' pula! Kau dari tadi duk jeling-jeling guna cermin pandang belakang tu. Kenapa?" Soal Nufa tak senang. Suka-suka hati aje tenung muka ex orang. Tak malu ke?

Halwa pandang Nadhif, meminta jawapan. Nadhif hanya kaku sebelum dia menggeleng perlahan. Gelak sinis juga terbit dari mulutnya sebelum dia menggeleng kepala sekali lagi. Terasa lucu dengan tuduhan Nufa.

Sengaja, Nadhif sekali lagi memandang cermin pandang belakang dan baru dia perasan pandangan tajam Nufa kepadanya. Terus senyum sinis terbit di bibirnya.

"Kereta belakang tu, lampu dia tinggi sangat. Silau. Sebelum kereta ni, ada sebuah kereta Honda nak memotong, so I changed my lane." Jawab Nadhif tenang.

Halwa terkebil-kebil pandang Nadhif sebelum dia pandang Nufa. Tak lari jauh pun riak wajah gadis itu dengannya. Lebih kurang copy and paste.

"Sorry if it's disappointing you. Aku tengok kereta belakang, bukan tengok kau." Balas Nadhif selamba. Senyum sinis masih bergayut di bibir. Ejek Nufa yang terlebih perasan.

Merah terus wajah Nufa dengar jawapan Nadhif. Terus dia pandang Halwa yang dah tersenyum kekok memandangnya. Sumpah dia tak tahu nak beriak bagaimana. Kalau dia punya kuasa yang luar biasa, dia dah teleport pergi dari sini. Eee, malu!

"Err, sorry Halwa. Saya ingat boyfriend awak menggatal." Kata Nufa antara dengar tak dengar. Hilang terus suara penuh yakin dia tadi. 

'Tu lah! Berlagak sangat siapa suruh. Kalau dah tak reti bawa kereta tu, diam aje. Mesti lah fungsi cermin tu untuk lihat kenderaan di belakang. Bukan tengok penumpang yang perasan macam kau!' Kutuk Nufa dalam hati. Menyesal pula kerana terlalu berani.

"Boyfriend?" Soalan Halwa menghentikan moolog hati Nufa. Gadis yang jelas kebingungan itu dia pandang.

"Err... Tu...?" Ragu-ragu tapi jari telunjuk lurus tunjuk Nadhif yang dah makin menggeleng dengan kata-katanya.

"Merepek minah ni." Sempat dia tangkap omel perlahan Nadhif.

Halwa gelak kecil sambil menggeleng kecil.

"Bukan?" Soal Nufa. Wajah dah terasa hangat. Malu 2.0 ke macam mana ni?

"Abang Nadhif abang Halwa lah, kakak." Jawapan mesra Halwa bagai simbahan cat ke wajah Nufa. Sumpah dia malukan diri sendiri sekali lagi.

"Huh?"

Nufa mahu hilang dari sini!

"Halwa Nabila, adik bongsu dan Nadhif Hamza, abang sulung. Kami adik-beradik." Halwa memperkenalkan diri tanpa Nufa pinta.

Terkebil-kebil Nufa tahan malu. Dia dah bersandar pada kerusi sambil tangan naik menutup separuh muka. Malu ni! Malu. Semua salah Numair! Semua salah Sayf! Kalau mereka baik dengan dia malam ini, otak dia tak akan jadi mereng ,macam ni. Haaa! Sekarang pun mereng lagi sebab salahkan orang lain, walhal terang-terang dah salah diri sendiri.

Nufa pandang cermin padang belakang dan dia nampak pandangan mengejek Nadhif di situ. Eee, lelaki ni sumpah menyakitkan hati! Apa masalah dia?

"Kakak nama apa?" Soalan Halwa buat arah mata Nufa beralih.

Nufa senyum. Malu-malu pun kita kena buat macam tak malu ya. 

"Nufa Huwainaa." Balas Nufa pendek namun ramah. Letak tepi lah malu tu. Bukan bawa mati pun.

Halwa terangguk-angguk suka. Dia dapat kenalan baru.

"Kakak buat apa kat kedai dobi tadi?" Soal Halwa, mahu mulakan perbualan setelah lama dia dengan telefon tadi. Kesian Nufa tak dilayan. Walhal dia yang ajak naik kereta sekali tadi.

Nufa sengih. Malu bila ingat diri menangis macam orang tak betul. 

"Baru habis kerja."

Bersinar mata Halwa mendengar jawapan Nufa. Dan minit seterusnya, riuh kereta itu dengan bual dua gadis itu. Nadhif yang memandu hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Perempuan macam ni eh? Bingit!

Cermin pandang belakang di pandang dan wajah Nufa dikerling sekilas. Dan senyum kecil terukir di bibir Nadhif.

Tajam rupanya mata gadis itu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now