C54

1.8K 263 109
                                    

KETUKAN di muka pintu bilik menyentakkan Nufa dari lena panjangnya. Tegak terus Nufa duduk kerana terkejut. Mata pula bulat memandang pintu yang masih diketuk dari luar.

"Nufa oi. Kau tak kerja ke? Aku nak pergi kerja dah ni." Suara Habeeba kedengaran jelas di sebalik pintu tertutup.

"Ah..." Serak-serak suara bangun tidur Nufa. Tangan naik menekup muka seketika sebelum wajahnya diraup perlahan.

"Nufa?"

"Ya." Nufa menyahut kuat, tanda dia sudah terjaga.

"Okey, dah bangun. Aku pergi kerja dulu. Jumpa malam nanti."

Nufa hanya mengangguk. Bukan mamai, tapi memang itu yang biasa dilakukan walau tahu Habeeba tak nampak pun riaksinya.

Selepas itu, Nufa tak dengar lagi suara Habeeba. Bunyi kunci mangga serta pagar besi yang ditolak dan tarik jelas menunjukkan yang dirinya kini sudah berseorangan di rumah. Tak berlengah, Nufa terus selak duvet yang menutup tubuhnya.

Telefon yang menyala-nyala di sebelah bantal menarik perhatiannya. Lambat-lambat Nufa capai telefon itu setelah duvet dibentang kemas di atas katil. Sambil capai telefon, sambil tangan satu lagi lincah mengemas bantal-bantal dari bertaburan di atas katil.

Nombor yang tidak disimpan itu dipandang. Tarik nafas dan hembus perlahan, ikon hijau digesek. Panggilan dijawab dan telefon dilekapkan di telinga.

Pemanggil sana diam tidak bersuara, begitu juga dengan Nufa. Malas Nufa nak berbicara pagi-pagi begini. Lagi-lagi bila si pemanggil itu adalah driver barunya. Bertambah rasa tak ingin bercakap itu. Lawan lah diam dengan dia sampai yang sana mengalah dahulu.

Sambil-sambil menunggu Nadhif mula bersuara, Nufa ambil kesempatan untuk kemaskan sedikit bilik tidurnya. Dikutip beg yang tidak bergantung di atas lantai. Langsir juga ditarik dan tingkap dibuka, membiarkan cahaya dan udara pagi memenuhi ruang biliknya. Selepas itu, almari dibuka. Masa untuk cari pakaian kerjanya hari ini.

Susah payah Nufa kepitkan telefon di antara telinga dan bahu. Tangan pula menggeledah satu persatu baju-baju yang bergantungan di dalam almari. Tapi, entah kenapa masih belum jumpa pula mana yang berkenan.

"Aku pakai warna putih hari ni." Nadhif yang tiba-tiba bersuara menghentikan pergerakan tangan Nufa.

"Kau memang selalu pakai putih." Balas Nufa bersahaja.

"Takde lah sedap mana suara bangun pagi kau." Tukar topik, selamba Nadhif mengutuk.

Terpejam terus mata Nufa. Tahan geram.

"Awal lagi kau nak cari gaduh ni." Balas Nufa. Tangan menarik keluar sehelai kemeja berwarna hitam.

"Pakai putih tau."

"Tak nak aku sama dengan kau." Tolak Nufa tanpa belok.

"Kau jangan jadi perempuan sangat bersiap lambat-lambat. Masa tinggal 30 minit aje lagi." Nadhif mengingatkan dan itu buat Nufa kerling jam di dinding.

Ya, seperti yang Nadhif cakap. Memang berbaki 30 minit lagi sebelum lelaki itu boleh datang mengambilnya. Waktu kerja driver barunya kan bermula dari 8:30 pagi.

"Tengok lah."

"Lambat, driver tinggal."

Nufa gelak sinis. Alahai, menakutkan sungguh ugutan seorang Nadhif Hamza.

"Driver tinggal, boyfriend datang."

Mati terus gelak sinis Nufa. Liur ditelan. Dada pun mula lah berdebar sedikit. Empat perkataan aje, tapi efeknya lain macam. Sungguh lah Nadhif Hamza ini sesuatu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now