C78

2.3K 275 78
                                    

STERENG dipusingkan Nadhif bila masuk ke dalam simpang rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila. Nufa yang dah bersorak kecil di kerusi sebelah Nadhif pandang dengan senyuman melebar. Setelah berjam-jam lamanya mereka di atas jalan, sampai juga mereka ke destinasi.

Tali pinggang keledar Nufa dan Nadhif cabut serentak. Masing-masing berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum lebar.

"Thank you b sebab bawa Waina cuti tempat best." Nufa ucap penghargaan. Lengan Nadhif dipaut dan bahu Nadhif dikucup sekilas. Tersenyum comel dia di situ.

Nadhif lepaskan tawa kecil sebelum dahi Nufa dikucup lama. Terpejam mata Nufa menerima kucupan penuh kasih itu.

Kucupan terlerai. Dalam mereka bertatapan sesama sendiri.

"Terima kasih juga sudi jalan-jalan tempat best dengan abang. Paling penting, terima kasih dah jadi isteri kesayangan abang." Pipi Nufa, Nadhif usap lembut sebelum sekali lagi dahi Nufa dikucup sekilas.

Nufa tersenyum.

"Jom, jumpa mak ayah." Ajak Nufa. Pautan di lengan Nadhif dia lepaskan setelah Nadhif mengangguk setuju.

Nufa dah keluar dari kereta. Nadhif juga sudah matikan enjin kereta. Tarik kunci, buka pintu dan Nufa yang dah buka bonet itu dihampiri.

"Biar abang bawa." Beg pakaian yang baru sahaja dikeluarkan Nufa dicapai. Begitu juga dengan plastik-plastik yang penuh dengan buah tangan buat ahli keluarga mereka.

Nufa senyum sahaja. Nadhif memang gentleman!

"Dah balik dah anak menantu mak?" Suara Hajah Fazila kedengaran, menggamit mata masing-masing memandang beranda rumah.

Ada Hajah Fazila yang sedikit melambai sambil tersenyum lebar menyambut kepulangan mereka.

Bantu Nadhif tutup bonet kereta, Nufa kemudiannya terus berlari anak mendapatkan Hajah Fazila yang dah bergerak turun ke halaman.

Sampai sahaja di hadapan Hajah Fazila, tubuh Nufa langsung ditarik masuk ke dalam pelukan. Gamam seketika Nufa sebelum syahdu dia membalas pelukan itu erat.

Betapa dia rindu kehangatan pelukan ibu. Dan dengan Nadhif, dia dapat rasainya semula.

"Mak sihat?" Pelukan terlerai lalu Nufa tunduk menyalami tangan tua Hajah Fazila sambil bertanya khabar.

Hajah Fazila mengangguk kecil. "Alhamdulillah, sihat!"

Nadhif santai berjalan mendapati dua wanita kesayangannya. Sungguh berbunga hatinya melihat hubungan baik Nufa dan Hajah Fazila.

Letak beg dan plastik-plastik di sisi, Nadhif terus tarik masuk Hajah Fazila dalam pelukan. Pipi Hajah Fazila dikucup sekilas sebelum erat kembali dia memeluk tubuh tua Hajah Fazila.

Hajah Fazila tersenyum kecil. Manja yang amat anak sulungnya ini!

Nufa tersenyum lihat Nadhif dan Hajah Fazila. Betul kata abahnya. Nak tengok bagaimana seorang lelaki layan perempuan, lihat bagaimana lelaki itu melayan ibunya.

Oh. Lihat Nadhif, Nufa jadi yakin layanan Nadhif untuknya akan baik dan bertambah, bertambah, bertambah baik lagi.

"Makin bahagia muka kamu berdua. Alhamdulillah." Hajah Fazila ucap syukur. Diusap pipi anak menantunya itu.

Nadhif kerling Nufa sekilas.

"Nanti bahagia tu kena lah tempiasnya kat mak." Beritahu Nadhif.

Nufa dan Hajah Fazila berkerut dalam senyum pandang Nadhif.

"Kenapa pula macam tu?" Soal Hajah Fazila. Nufa angguk, ingin tahu sama.

Tersenyum, Nadhif menghampiri Nufa. Bahu Nufa, Nadhif rangkul dari sisi. Tersenyum dia bila Nufa mendongak memandangnya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now