C73

2.1K 305 74
                                    

JETI KUALA BESUT tak ramai orang sangat. Mungkin sebab bukan musim cuti sekolah, jadi tidak ramai yang datang untuk bercuti. Kalau bukan sebab plan minit akhir Nadhif, mungkin mereka juga tak akan ada di sini tiba-tiba.

"Kau tunggu sini sekejap." Suara Nadhif buat Nufa menoleh pandang lelaki itu. Kepala diangguk perlahan sebagai jawapan sebelum Nadhif beredar dari situ.

Nadhif hanya dipandang Nufa. Entah nak ke mana. Mungkin nak uruskan hal bot untuk ke Pulau Perhentian kut.

Pulau Perhentian. Bila teringat akan destinasi itu, bibir Nufa langsung ukir senyum. Suka sebab dia tak pernah langsung ke pulau. Bagus juga ada suami ya? Boleh bawa kita jalan-jalan pusing negara sendiri.

Hahaha!

Blouse yang ditiup angin dipegang Nufa sekejap. Mujur juga dia pakai tudung sarung sahaja. Kalau tidak, tak menang tangannya nak pegang pakaian yang ditiup angin.

Mata melilau memandang sekeliling. Tangan pun mula lah bawa keluar telefon, nak rakam apa yang dia lihat sekarang sebagai kenangan. Nanti bila balik, boleh lah tunjuk kepada Sayf. Biar mamat tu cemburu.

Sedang Nufa elok mengambil beberapa keping gambar, aplikasi kamera terus terpadam diganti dengan nama Sayf Dude di skrin telefon.

"Panjang umur." Tertawa kecil Nufa sebelum panggilan itu dijawabnya.

Telefon dilekap rapat ke telinga.

"Assalamualaikum." Nufa beri salam, memulakan dahulu perbualan.

Eh, tiba-tiba rindu Sayf. Rasa macam dah lama sangat dia tidak berhubung dan berjumpa lelaki itu.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh!" Panjang balasan salam yang diberi Sayf. Buat Nufa julingkan mata sambil senyum senget.

Bau-bau nak kena serang dengan Sayf ni.

"Hmm. Ada apa ni?" Soal Nufa, berpura-pura malas melayan.

Dengar Sayf berdecit sinis di talian sana. Buat bibir Nufa makin senget.

"Burung terbang lebarkan kepak, amboi dah kahwin ni lupakan kawan nampak!" Tiba-tiba balasan Sayf berbentuk pantun. Buat Nufa lepaskan tawa.

Sedar tawanya mengundang beberapa mata, tangan menekup kemas mulut sendiri.

"Bukan main berpantun bagai! Kau dah kenapa ni? Tanya Nufa lepas habis tawa.

"Eh, kau balas aje pantun aku tadi boleh tak? Aku ni sedaya upaya nak mengurangkan rajuk tau." Jengkel nada Sayf memberitahu.

Nufa urut pelipis kepalanya perlahan. Elok. Lelaki yang dekat tak cukup, lelaki yang jauh pun nak merajuk sekali. Halah, halah!

"Okey lah. Kejap, bagi aku fikir jawapan."

Diam Nufa berfikir. Sayf pun jadi budak baik beri dia masa untuk membalas.

"Okey!" Hampir 2 minit, baru Nufa bersuara semula. Dah sedia mahu balas pantun Sayf.

"Ha. Bagi."

Nufa senyum.

"Yaya buat kuih raya, maaf lah aku sedang bahagia." Senyum bangga Nufa di akhir pantun.

Sayf berdecit.

"Pergi laut tangkap ikan, dah bahagia terus lupa kawan." Tak mahu kalah, Sayf membalas laju. Dengan pakej suara berjauh hati.

Nufa tekup mulut lagi, tak mahu tawanya terlalu lepas bebas.

"Kucing kau belum beranak, kau juga yang nak." Perli sekali si Sayf.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz