C85

1.8K 230 31
                                    

KERETA diparkir lalu handbreak dinaikkan. Pandang Nufa, Nadhif lihat isterinya itu sedang betulkan awning tudung. Entah di mana yang tak betul pun Nadhif tidak tahu.

"Dah sampai." Beritahu Nadhif pendek. Tali pinggang keledar dibuka.

Seketika Nadhif diam, masih ralit memerhati Nufa yang masih sibuk membetulkan penampilannya. Tang mana yang tak betul pun, Nadhif tidak tahu. Di matanya, Nufa dah cukup cantik.

Cop! Ekstra cantik sebab Nufa mengenakan sepersalinan baju kurung kuning cair. Memang sopan dan manis! Nampak benar seri di wajah bermekap tipis itu.

"Huwainaa cantik." Bisik Nadhif perlahan tanpa sedar. Walau perlahan, bisikan itu sampai juga di pendengaran Nufa.

Terhenti langsung tangan Nufa di sisi kepala. Terkelip-kelip mata sekali dua sebelum dia menoleh memandang Nadhif.

Berdebar halus jantungnya lihat tatapan penuh kasih Nadhif kepadanya. Alahai, hubby. Jangan begitu.

"Kenapa?" Soal Nufa. Buat-buat tak dengar apa yang Nadhif ucap tadi.

Tengok mata tak berkelip Nadhif, Nufa tebak yang kata cantik tadi cuma terluncur tanpa sengaja sahaja.

Tersedar Nadhif bila ditegur. Kepala digeleng dan mata terpejam rapat. Cubaan menahan diri daripada merungut. Beratnya rasa hati nak masuk kerja. Tak puas lagi bercuti dengan Nufa.

"Kenapa b?" Berkerut dahi Nufa lihat perlakuan Nadhif. Cantik sangat ke dia? Macam melebih sangat lah pulak laki aku ni.

Nadhif geleng sahaja. Tangan naik mengusap kepala Nufa. Sedar kalau rungutannya tidak akan bawa ke mana-mana. Hidup bukan mahu bercinta sahaja. Kalau cinta sahaja boleh modal kelangsungan hidup sampai mati takpe. Ini tidak.

"Kenapa?" Nufa masih tak puas hati. Tangan Nadhif ditarik dan digenggam erat. Tak mahu lepas selagi Nadhif tidak beri jawapan.

Lihat desakan Nufa, tawa Nadhif terpecah jua.

"Takde apa lah. Abang cuma rasa seronok aje dapat pergi balik kerja dengan Huwainaa." Balas Nadhif.

Tak menipu. Seronok rasa hati bila keluar rumah bersama-sama Nufa tadi. Turun ke tempat kerja sama-sama dan di akhir hari, mereka akan bersama semula.

Nufa angguk. Faham. Tak dinafikan, dia juga rasa yang sama. Tapi, malu lah nak cakap. Diam-diam sudah. Sambil tu doa supaya Nadhif tahu dia juga gembira seperti lelaki itu.

"Macam sebelum kahwin tak pernah pergi balik kerja sama-sama aje." Kata-kata Nufa menggamit semula memori lama.

Nadhif gelak kecil lagi.

"Tapi berbeza lah Huwainaa." Kata Nadhif.

"Apa yang bezanya?" Nufa menyoal, kurang mengerti.

"Kalau dulu tu, rasa haram. Walaupun abang suka, tapi rasa haram." Sengih Nadhif bila habis kata. Buat Nufa tatik senyum sahaja.

Betul lah. Rasa haram sampai kadang nak hentakkan kepala Nadhif ke tingkap! Haram dengan pakej si pemandu tu suka menyakitkan hati si penumpang.

"Lepas tu kalau dulu, selalu gaduh aje. Huwainaa pun diam aje. Tak suka abang lah katakan." Nadhif sengaja guna nada jauh hati.

Nufa terus cebikkan bibir. Menyampah.

"Kalau b nak gaduh sekarang pun takde masalah. Topik nak gaduh tu dah ada dah. Tinggal nak teruskan aje." Perli Nufa sambil menjeling sekilas kepada Nadhif.

Tak sedar agaknya kita diam sebab muka dia yang beku kalah bongkah ais di antartika sana.

Nadhif langsung menyengih sambil geleng kecil. Tak mahu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now