C46

1.8K 276 71
                                    

*bed time story is here!!! Current time? 1:05 a.m

FURAIHA yang seronok berendam di dalam air, Nufa pandang dengan senyuman yang tidak pudar-pudar. Sambil itu mulut mengunyah perlahan-lahan karipap.

"Adik tak nak berendam?" Soal Haji Noor.

"Eh, mesti lah nak! Lama dah adik tak berendam dalam kolam air panas ni!" Teruja nada yang diguna Nufa.

Haji Noor mengangguk dan tersenyum. Ya. Memang sedari kecil, kolam air panas memang menjadi kesukaan Nufa. Bahkan di tempat ini, tak terkira kenangan mereka sekeluarga. Rasanya di setiap ceruk, ada memorinya yang tersendiri.

"Abah tak nak join?" Ajak Nufa. Dia dah bangun dari duduk. Tangan dah menepuk kecil.

"Abah dah tua. Sejuk air tu." Tolak Haji Noor. Karipap dibawa masuk ke dalam mulut dan dikunyah perlahan.

Nufa kecilkan mata. Senyum pun dah senget sedikit. Riak wajah nak menyakat begitu lah. Haji Noor kenal sangat dengan anaknya ini.

"Tak usah sakat abah lah. Adik masuk aje. Tu, pergi main air dengan angah macam dulu-dulu." Usir Haji Noor.

Nufa hanya gelak sahaja mendengar balasan Haji Noor. Patuh, Nufa terus berlalu pergi dan mula masuk ke dalam air.

Bila kaki rasa sahaja suhu suam air, bibir tak dapat tahan senyum dah. Melebar dan tambah melebar dengan setiap langkah yang diambil untuk menghampiri keluarga kecil Numair.

"Aiha! Best ke?" Soal Nufa kepada anak saudaranya.

"Best sangat, Cik Asu! Air dia panas sikit je." Petah Furaiha membalas dengan riak wajah yang jelas gembira.

Nufa senyum. Tak tunggu lama, Nufa terus tarik keluar telefonnya dari beg lut sinarnya. Beberapa gambar dan video Furaiha dirakamnya.

"Mari Kak Na ambil gambar Nufa pula." Tawaran Afrina, Nufa terima dengan gembira.

Terus Furaiha ditarik merapat. Beberapa gaya dibuat dan hasilnya sangat-sangat memuaskan hati.

"Dengan abang pula, wife. Jom, adik. Nanti boleh jeleskan along." Ajak Numair.

Nufa dan Afrina lepaskan tawa.

"Tunjuk dekat Yah Long? Nak! Nak! Biar padan muka Yah Long. Siapa suruh tinggal kita lama-lama kat sini, kan?" Laju sahaja Furaiha bersetuju.

Furaiha memang agak rapat dengan along mereka, Naufal Haseef. Tapi, sejak Naufal betukar profession menjadi seorang pelayar, jarang sekali mereka dapat berkumpul sekali. Naufal terlalu sibuk berlayar.

"Yalah. Tempat Yah Long Aiha lagi best tau. Tengok-tengok Yah Long tak jeles pun." Numair menyakat. Tarik terus muncung si anak.

Nufa pandang Numair atas bawah, atas bawah. Tak jadi nak angkat kamera tinggi-tinggi. Lagi tak jadi bila Numair selamba aje mengekek ketawa. Macam mana lepas kahwin si abang ni pun tak tahu.

"Abang ni! Dengan anak pun nak menyakat ke? Pelik lah Na dengan perangai abang ni." Afrina mengomel kecil. Tangan dah mula macam ketam mahu cubit Numair.

"Entah abi ni. Aiha lagi baik dari abi tau!" Furaiha tak mahu kalah. Dia tambah lagi kata.

Tapi, Numair menjadi Numair, dia buat tak dengar sahaja. Bahkan telefon di tangan Nufa diambil dan diangkat tinggi.

"Okey, senyum. Jangan bitter-bitter lagi." Selamba sahaja Numair mengajak. Mahu tak mahu, semua tarik senyum untuk bergambar.

Banyak tak banyak, riuh juga mereka merakamkan kenangan. Macam-macam gaya dan macam-macam jenis arahan yang keluar. Memang tak tengok kiri kanan dah. Macam kolam air panas ini mereka yang punya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now