C62

2K 283 89
                                    

USAI mengaminkan bacaan doa, Nufa terus bergerak ke sisi kanannya. Ada Hajah Fazila yang sudah menahan sebak di sebelahnya. Dengan senyum manis, sopan Nufa tunduk menyalam tangan tua itu. Tangan ibu baharunya. Tangan ibu tumpang kasihnya.

Lama, Nufa mula dihurung rasa sebak. Tiba-tiba menggebu rindu kepada arwah mak. Bila jabatan tangan terlerai, terus Nufa rasa badannya ditarik masuk dalam satu pelukan. Erat dan hangat, buat rasa rindu itu makin menggebu. Buat rasa sebak itu lagi merajai. Sama, pelukan itu dibalas sama erat juga bersama mata yang sudah bergenang.

"Izinkan Nufa tumpang kasih mak ya?" Bisikan menjadi perantara permintaan.

Hajah Fazila hanya mengangguk dan memeluk erat tubuh si menantu. Bila pelukan terlerai, pipi Nufa diusap penuh kasih. Sesekali tersenyum kecil dan melempar tawa halus.

Nadhif hanya melihat dari jauh. Nufa yang sedaya upaya menahan tangis itu dilihat.

"Adep," Bahu ditepuk, buat kepala menoleh dari arah Nufa. Sayf dipandang. Ada juga Naufal dan Numair. Masing-masing seperti lihat juga apa yang dilihatnya tadi.

"Dia rindu arwah mak tu." Tanpa diminta, Numair bersuara.

Naufal dan Sayf hanya senyum kecil.

"Terima kasih bagi Nufa rasa hangat pelukan ibu sekali lagi." Naufal pula menyambung kata. Bahu adik iparnya itu ditepuk perlahan.

Nadhif hanya senyum sahaja. Dan senyum kecil tadi jadi melebar bila Sayf erat memeluk tubuhnya. Nak tergelak dan akhirnya tawa dilepaskan penuh bila Naufal dan Numair ikut sama melontar tubuh memeluknya.

"Hei! Hei! Korang ni!" Suara Haikal kedengaran dan terus empat pasang mata memandnag ke arah lelaki itu yang segak dengan sepersalinan baju melayu berwarna baby blue.

"Tak ajak pun!" Dan jadi makin riuh bila Haikal ikut sama masuk dalam brotherly hug itu. Masing-masing melepas tawa kecil.

Haji Noor yang melihat terus menggeleng kecil. Alih pandangan, teringin mahu lihat reaksi yang lain. Dan saat matanya jatuh pada wajah Nufa yang jelas terlihat geli-geleman itu buat tawanya pecah juga kecil. Moga-moga jurugambar rakam detik-detik ini semua. Nanti boleh tunjuk ke cucu-cicitnya yang lain.

Hahaha!

Menggeleng kecil Nufa lihat lelaki-lelaki yang masih seronok bergurau senda di ruang tengah sana.

"Kakak Nufa jeles ke?" Soalan Halwa Nufa balas laju dengan gelengan laju.

"Takde masa!"

Habeeba yang melihat hanya kuntum senyum. "Memang lah, sebab you got all the time. Kan?"

Dengar usikan Habeeba, mengekek ketawa terus Halwa dan Warda. Afrina juga.

"Bukan setakat peluk, main lambung-lambung pun boleh!" Warda menambah 'perasa'. Dan perasa itu cukup buat wajah Nufa hangat sendiri. Oh, pasti merah pipi!

"Eee!" Tayang muka geli, Nufa sambung kata lagi. "Merepek kau orang ini. Sudah lah, aku nak pergi makan kemudian layan tetamu."

Bersahaja, Nufa dah sedia untuk beredar dari situ. Namun riuh suara bridesmaid yang menghalang buat dia pandang tiga gadis tadi dengan penuh hairan.

"Kenapa? Aku dah lapar ni." Adu Nufa, namun akur juga dengan tangan-tangan yang menyuruhnya untuk duduk semula di pelamin mini. Sambil tu, dahi penuh berkerut.

"Kau ni... tu!" Habeeba menjuih ke satu arah, buat Nufa menoleh.

Ada Nadhif yang dah bergerak menghampirinya. Mata lelaki itu tidak lepas memandang ke arahnya, namun secalit senyum pun tak kelihatan. Terus Nufa mencebik kecil. Punya lah pemurah senyuman masa peluk geng-geng lelaki dia. Nak jumpa kita, kedekut tahi hidung masin!

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now