C87

2K 230 72
                                    

MAKANAN sudah siap terhidang di atas meja. Serentak Nufa dan Nadhif mengucapkan terima kasih kepada pelayan. Dan selepas itu mereka tatap sesama sendiri sambil tersenyum manis.

"Cukup, Huwainaa?" Soal Nadhif. Mangkuk nasi ditarik rapat kepadanya sebelum nasi disenduk ke pinggan.

Nufa angkat ibu jari. Tanda puas hati. Di hadapan mereka sekarang ada banyak lauk. Ada Tom Yam Khung. Ada Telur Bistik. Ada Kangkung Goreng Belacan. Ada Ayam Halia. Ada Udang Tepung.

"Cukup. Kalau tak cukup, Waina tambah order boleh?" Pinta Nufa sambil tersengih suka.

Nadhif angguk sekali. Pinggan yang diisi nasi putih dihulur kepada Nufa dan Nufa dengan gembira mengambilnya.

"Boleh, Huwainaa. Jus tembikai Huwainaa tu nak tambah lagi?" Soal Nadhif. Memuncung bibir tunjuk jus tembikai yang berbaki separuh gelas.

"Nanti lah." Kata Nufa pendek. Dia mula menyenduk kuah Tom Yam Khung ke dalam mangkuk. Kemudian beri kepada Nadhif.

Nadhif suka.

"Kenapa Mifzal datang tadi?" Soal Nadhif.

Baru nak bertanya. Dalam kereta tadi, mereka lebih banyak bincangkan mahu makan tengah hari di mana. Dan serba sedikit Nufa cerita perangai lepas rindu Sayf kepada Nadhif. Manakala Nadhif pula cerita perngai Haikal kepada Nufa.

Nufa baru nak suap masuk ke dalam mulut. Terhenti sekejap perlakuannya. Juling mata ke atas tanda menyampah bila nama Mifzal tiba-tiba muncul.

"B. Waina nak makan tau." Tanpa nada Nufa balas kata. Tak menjawab soalan langsung.

Nadhif gelak halus.

"Okey, okey. Tapi saje lah abang nak tahu. Sebelum ni dia ada datang juga ke masa Huwainaa takde?" Soal Nadhif. Tak peduli walau Nufa jelas tunjuk menyampah.

Nufa jongketkan bahu. Nasi disuap masuk dalam mulut. Kunyah dan telan dulu sebelum bak menjawab soalan Nadhif.

"Warda kata takde pun. Tepat-tepat pula ya dia datang. Macam tahu aje Waina masuk kerja." Beritahu Nufa.

Nadhif yang dengar hanya diam. Tak berkelip dia memandang Nufa sebelum dia nampak Nufa terkaku. Kemudian laju Nufa angkat wajah memandangnya.

"Ke dia memang tahu Waina masuk kerja hari ni? Dia stalk Waina ke?" Terkejut Nufa bila memikirkan kemungkinan itu.

Nadhif hanya senyum senget sahaja dan menggeleng perlahan.

"Kalau dia stalk Huwainaa, takde lah dia terkejut bila abang tunjuk kad nikah kita tadi. Kebetulan dia datang tu. Haikal pun bagitahu takde pula dia nampak Mifzal tu sepanjang kita takde." Beritahu Nadhif. Tapi, dalam hati risau juga.

Nufa dah jadi lega sikit. Kuah Tom Yam dihirup perlahan.

"Jadi? Kenapa dia datang tadi?" Nadhif ingin tahu. Dia cuma dengar bahagian akhir-akhir aje tadi. Tu pun dah cukup buat hatinya panas.

Nufa mencebik.

"Macam biasa lah. Ajak get back lah. Apa lagi kerja yang dia nak buat kat situ?"

Nadhif angguk, mengerti.

"Kemain hebat penangan isteri abang ni. Bekas kekasih datang tak putus asa nak jalin hubungan semula." Usik Nadhif.

Nufa lepaskan tawa kecil. Kening diangkat sekali dua. Bangga pula.

"Amboi. Bangga sangat tu. Jangan nak gembira sangat ya. Ingat. Awak jadi rebutan seribu orang pun, awak tu mutlak milik abang tau." Nadhif beri amaran dalam gurau.

Nufa senyum senget.

"Tengok lah macam mana." Selamba Nufa balas. Sambil tu buat macam sedang berfikir.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now