C96

1.6K 199 26
                                    

PANGGILAN telefon pada jam 2 pagi mengejutkan Nufa dan Nadhif daripada lena. Terpisat-pisat mata Nufa menggapai telefon yang masih berdering tanpa henti di meja lampu.

Nadhif yang berbaring sudah duduk bersandar di kepala katil. Tahan kantuk sementara tunggu Nufa jawab panggilan itu. Rasanya mungkin ia panggilan penting kerana kenapa ada panggilan jam 2 pagi begini bukan?

Gesek ikon hijau di skrin, Nufa lekapkan objek petak nipis itu di telinga.

"Hello." Suara serak-serak basahnya menyapa pemanggil di talian sana.

"Nufa!" Jeritan suara di talian sana buat dahi Nufa berkerut hebat. Pandang Nadhif, Nadhif juga beri reaksi yang sama sepertinya.

"Siapa?" Soal Nadhif. Mata ditenyeh perlahan untuk beri sedikit rasa segar.

Telefon dijauhkan daripada telefon. Nama Ayesha muncul di skrin buat dia semakin berkerut. Nombor Ayesha namun suara tadi adalah suara lelaki.

"Siapa ni?" Soal Nufa kehairanan.

"Nufa, tolong I! I tak tahu dah I nak kena minta tolong siapa. You aje yang ada dalam fikiran I sekarang ni. To---"

"Kejap, kejap. Apa ni? Ni siapa ni?" Soal Nufa. Suara panik bersama nafas yang sedikit tercungap-cungap di talian sana buat Nufa jadi segar terus. Segar campur hairan.

Apa yang sedang berlaku jam 2 pagi ni di sana? Dia kat sini elok aje dapatkan rehat bersama Nadhif.

"Mifzal!" Jawapan kepada soalannya tadi buat dahi Nufa berkerut hebat.

"Hah? Ni bukan telefon Ayesha ke?" Nufa bertanya. Dari berbaring, dia sudah duduk bersila.

Nadhif yang dengar nama Ayesha disebut terus tegakkan duduk. Tak tunggu lama, Nufa dihampiri sebelum telinga dilekapkan rapat ke telefon. Mahu dengar sekali perbualan 2 pagi itu.

Nufa membiarkan.

"Ya. You kena tolong I. I tak tahu apa jadi dengan Ayesha ni. Dia macam orang tak betul sekarang ni!" Suara Mifzal jelas panik.

Nufa diam. Cuba dia pekakan pendengarannya dan dapat dia dengar sama-sama suara jeritan bersama dengan bunyi barang-barang jatuh dan pecah.

"Kau kat mana ni?" Soal Nufa. Duvet dah diselak.

Nadhif yang melihat tak banyak bunyi, terus ikut sama selak duvet. Buru-buru dia pergi ke tandas.

Nufa terkesima seketika. Macam itu sahaja Nadhif bersedia walhal kejadian sekarang dia sendiri masih belum jelas.

"I kat rumah dia ni. Tadi dia call I sambil menangis dan dia kata dia nak bunuh semua orang. I pun tak tahu lah. Apa jadi sebenarnya ni?" Soal Mifzal. Dengar dia juga bingung dengan apa yang jadi sekarang.

Dahi Nufa berkerut.

"Eh, yang kau tanya aku kenapa? Mana lah aku tahu apa jadi." Nufa turun dari katil. Nadhif yang dah keluar dari tandas tampak sedikit segar dengan wajah yang lembab dipandang Nufa.

"Huwainaa pergi siap. Biar abang yang cakap." Arah Nadhif senada.

Tak sempat Nufa nak beri respon, telefonnya sudah diambil Nadhif dan tubuhnya ditolak lembut untuk masuk ke dalam tandas.

"Abang tolong. Huwainaa cuci muka, gosok gigi dulu okey?" Kata Nadhif lagi sebelum telefon dilekapkan di telinga.

Nufa terkedu seketika sebelum segera dia lakukan apa yang diarah Nadhif. Itu pun bila Nadhif lambaikan tangan surug dia bersegera.

Hairan Nufa. Macam tu aje Nadhif nak bantu? Tak tahu apa-apa pun, nak tolong. Paling memghairankan yang lelaki itu tak marah atau tunjuk riak tidak senang lena diganggu pun. Walhal lelaki itu baru sahaja mahu lelap kerana alahan Nufa yang agak teruk.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now