C5

2.6K 312 33
                                    

KEMEJA-KEMEJA yang sudah siap digosok, Nufa gantung dengan cermat sebelum kaki melangkah keluar dari Iron Room #OhMyDobi.

Pelanggan-pelanggan yang ramah di kaunter bersama Kak Afrina dan Warda dipandang dengan senyum kecil. Laju sahaja kemudian Nufa berjalan ke washing machine yang beroperasi sendiri.

Satu-persatu mesin itu dipandang. Dan apabila lihat ada yang sudah selesai beroperasi, laju sahaja tangan ambil bakul kosong yang tersedia di atas setiap mesin lalu pakaian yang ada di dalam mesin itu diambil dan dikeluarkan.

Diam sahaja Nufa lakukan kerjanya. Tenang pula tu. Namun tak lepas juga dia menyapa kecil setiap kali ada pelanggan keluar dan masuk dari premis dobi mereka. Ramah, takkan pernah salah. Malah makin membawa rahmah dan sakinah. Giteww.

"Nufa." Panggilan Afrina dari kaunter menggamit Nufa bangun dan berjalan hampir ke situ. Perasan ada seorang wanita yang berdiri di hadapan kaunter itu. Tak ambil peduli, Nufa terus berdiri di sebelah wanita itu.

Kening dijongket sedikit menyapa Afrina dalam diam.

"Err." Afrina serba salah nak bersuara. Yang dia lakukan hanya menjeling perempuan di hadapannya. Menangkap itu, Nufa menoleh.

Ayesha hanya senyum manis di situ. Bila nampak mata Nufa dah berhenti ke wajahnya, tangan diangkat dan dilambai kecil kepada gadis itu.

"Hi, Nufa Huwainaa." Sapa Ayesha ramah, seperti antara mereka tiada apa-apa yang terjadi.

Nufa senyum sinis. Hakikatnya, mereka memang tidak pernah ada apa-apa masalah. Berjumpa jarang sekali. Pertemuan kali ini boleh dikira guna jari. Mungkin ini kali kedua mereka berjumpa. Kali pertama mungkin dua tahun yang lalu. Saat dia ragu tentang Mifzal.

"Sayang, meet Ayesha. Dia kawan Aimran."

Itu yang diperkenalkan oleh Mifzal dahulu. Entah bila title kawan Aimran bertukar menjadi kekasih Mifzal pun dia tak tahu.

Bakul di tangan Nufa letak atas kaunter. Afrina dipandang. Tengok riak wajah kakak iparnya, pasti fakta yang dia ex-girlfriend Mifzal sudah diketahui. Dan pasti Ayesha dah memperkenalkan dirinya kepada Afrina. Jika tidak, takdelah Afrina nak 'err err' seperti tadi.

Ayesha senyum. Nufa dipandang tenang. Sekejap-sekejap, rambut yang mengganggu dahinya diselak sedikit.

"Kau nak apa?" Soal Nufa, tenang. Cukup lah dia meroyan masa hari itu.

Hari ini tak nak jadi bodoh. Dah lah semalam menangis macam orang bodoh depan kekasih perempuan ini. Hari ini, dia nak keep cool.

Ayesha senyum. Selamba dia rangkul lengan Nufa kemudiannya. Terkejut Nufa dibuatnya. Malah bukan dia sahaja yang terkejut, bahkan Afrina juga.

"Hei, hei! Kau buat apa ni?" Hilang cool. Menjerit terus Nufa disitu sambil cuba melepaskan rangkulan Ayesha di lengannya. Perempuan ni gila ke apa? Tak malu ke semua orang nampak?

"I cuma nak minta maaf." Kata Ayesha lemah. Wajahnya dah beriak sedih, buat Nufa berhenti bergelut melepaskan diri. Ayesha dipandang kehairanan. Makin hairan bila lihat ada air jernih yang mula timbul di tubir mata gadis cantik itu.

"Err---"

"I tahu I salah. I rampas boyfriend you sampai dia terpaksa curang dengan you. I'm sorry. Tapi, percaya lah. Ini dah takdir. Takdir yang Mifzal memang tak akan selamanya dengan you. Dia akan jadi milik I." Ayesha sambung tutur kata lagi.

Ternganga mulut Nufa mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut merah Ayesha. Daripada baru nak taruh rasa kesian terus rasa nak mengamuk. Sedikit demi sedikit termometer marahnya mencanak naik.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now