C63

2K 297 79
                                    

SUDAH selesai majlis pihak perempuan semalam. Esok akan berlangsung pula majlis pihak lelaki. Mahu tak mahu, penat tak penat, terpaksa juga Nufa dan Nadhif pulang ke rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila.

Haji Ghazali dan Hajah Fazilah semalam lagi dah pulang. Usai selesai majlis, terus gerak pulang bersama Halwa. Tinggal dia dan Nadhif sahaja lah.

Nufa zip beg bajunya sebelum dibawa beg itu ke tepi pintu. Nanti dah siap kemas barang-barang kecantikannya, dia akan bawa sekali beg itu ke kereta.

Kereta Nadhif.

Teringat Nadhif, Nufa disapa rasa kurang percaya. Sekali lagi. Entah untuk kali ke berapa pun dia tidak tahu. Tapi, masih belum percaya lah yang dia jadi isteri yang selalu cari gaduh dengannya. Kawan kepada musuh pula tu.

"Agak-agak macam mana lah riaksi si Haikal eh? Mesti frust kan kawan baik sendiri kahwin dengan musuh." Omel Nufa. Sambil itu bayangkan Haikal dalam kepala.

Mesti rebel gila-gila.

Jongket bahu, Nufa tak mahu ambil pusing.

"Lantak lah riaksi dia macam mana pun. Dah kahwin dah pun." Mudah fikiran Nufa.

Kaki dah bergerak menuju ke meja solek. Beg make-up travel ada di tangan bersama. Baru nak labuhkan duduk di kerusi, pintu bilik diketuk sebelum ia dibuka lambat-lambat dari luar.

Nufa hanya menanti. Sah-sah Nadhif. Sopan bukan main kalau mahu masuk bilik. Bila dah masuk bilik, laju aje mahu ajak berperang.

Terjengul sedikit kepala Nadhif dari celahan pintu. Lurus kemudian mata memandang Nufa di meja solek.

"Nak apa?" Soal Nufa tanpa nada. Tak ambil peduli dah dengan Nadhif. Barang-barang kecantikannya dimasukkan satu-persatu ke dalam beg make-up.

Nadhif tidak membalas. Bolos masuk ke dalam bilik, pintu ditutup rapat kemudiannya. Mata masih lagi tunak pada Nufa. Pantulan wajah Nufa di cermin ralit diamati.

Kemam bibir, Nadhif bergerak ke katil. Dilabuhkan duduk di situ. Mata masih belum putus memandang Nufa.

Nufa yang cantik tanpa tudung. Terdedah cantik rambut beralun yang melepasi bahu itu.

Pertama kali lihat Nufa tanpa hijab, terkedu juga Nadhif. Hampir hilang kawalan pun ya juga. Ya lah. Duduk berdua dalam bilik. Tambah lagi mereka sudah punya ikatan. Kalau buat apa-apa pun takde masalah.

Tapi, nasib baik tak terbabas. Terima kasih kepada Nufa semestinya.

"Seronok ke pandang dinding kayu bilik aku ni. Tak berkelip!"

Tersentak Nadhif dibuatnya.

"Haah." Nadhif merapat sebelum dinding kayu bilik Nufa diketuk. Kepala kemudiannya tunduk memandang Nufa yang mendongak memandangnya.

Aduh! Salah step lagi.

Naik turun halkum Nadhif lihat mata bulat Nufa.

"Boleh buat perhiasan kedai ni." Bergetar juga suara Nadhif sebelum dia bergerak ke katil.

Wajah diraup berkali-kali. Yang dia tahu, dia terlelap selubung badan dahulu daripada Nufa.

"Woi." Nadhif tersentak. Hilang bayangan memori malam semalam, Nufa menjadi titik fokus semula. Gadis itu sudah memandangnya dengan dahi yang berkerut penuh. 

"Pandang apa?" Soal Nufa. Hairan bila soalan-soalan yang ditujunya langsung tidak berjawab. Bila menoleh, boleh pula lelaki itu pandang lurus entah ke mana. 

Nadhif berdeham kecil. Tangan bergerak mengusap perlahan belakang tengkuk. Malu sendiri namun cepat sahaja Nadhif beriak biasa selepas itu. Nufa dipandang. Dah dua hari jadi suami isteri, sampai bila entah dia mahu malu sendiri. Tengok Nufa, selamba aje. Tak reti malu agaknya gadis ini.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now