C11

2.2K 280 20
                                    

PELANGGAN yang baru sahaja berlalu pergi dari kaunter, Nufa pandang dengan senyuman kecil. Keluar sahaja pelanggan itu dari premis kedai, Nufa terus labuhkan duduk di atas kerusi. Tangan pula sibuk masukkan nota servis pelanggan tadi ke dalam laci yang tertampal kertas 'DONE' padanya. Tanda pelanggan sudah ambil pakaian mereka.

Warda yang baru labuhkan duduk di sebelah, Nufa kerling sekilas. Gadis itu nampak ceria sahaja. Dan itu buat Nufa sedikit cemburu. Orang bahagia, mestilah ceria. Tidak sepertinya yang baru sahaja beberapa hari tamatkan zaman bercinta.

"Nufa." Panggilan Warda buat Nufa menoleh. Gadis itu dipandang sambil kening dijongket kecil. Malas nak bersuara tiba-tiba.

"Nak order Starbuck tak? Aku teringin pula." Ajak Warda sambil tersenyum kecil.

Nufa diam, berkira-kira sendiri. Air kayangan tu memang dia minat tapi nak beli tu kena fikir dua tiga kali. Kadang Sayf yang ajak dia beli pun dia tolak melainkan Sayf nak belanja. Hehehe.

"Hmmm, boleh lah. Kau orderkan lah apa-apa untuk aku. Asalkan ada---"

"Coffee!" Pantas Warda memotong kata Nufa, buat Nufa lorek senyum hambar.

"I know your favourite!" Bangga sahaja Warda berkata. Tak perasan langsung air muka Nufa yang dah berubah keruh.

Nufa hanya diam. Telefon diambil. Entah apa yang digodek pun dia tak tahu. Sedih bila dengar kata-kata Warda tadi.

Sebenarnya, dia tak pernah suka coffee. Dia lebih suka coklat dan koko. Namun, sejak bercinta dengan Mifzal tiga tahun lalu, banyak kesukaannya yang dipendam hanya kerana dia mahu rasa setara dengan Mifzal yang matang bila bersamanya.

Hadir seorang Mifzal dalam hidupnya pun buat dia cuba belajar mengubah penampilannya. Walhal aslinya dia seorang yang sukakan gaya simple dan casual. Namun, bila berdamping dengan Mifzal, semua berubah. Tiada lagi Nufa yang simple dan casual bahkan semuanya sama ada formal atau semi formal.

Mengenangkan hal itu, Nufa gelak lemah. Bodoh. Kerana seorang lelaki, dia terpaksa kuburkan keselesaannya. Akhir sekali, dia disakiti oleh lelaki yang sudah setengah mati dia cintai.

Diam-diam, Nufa pandang penampilan sendiri. Masih dengan gaya saat dia bersama Mifzal. Semi-formal. Dan itu buat Nufa jatuhkan wajah sendiri. Sedih sebab dia sudah tidak jadi dirinya lagi. Tiada coklat. Tiada simple dan casual. Tiada happy-go-lucky. Semua berubah jadi matang.

"Nufa Huwainaa... It's time to be the real you. Stop faking your personality." Bisik Nufa perlahan pada diri sendiri. Beri kekuatan pada diri untuk jadi semula dirinya. Cukup lah dia berpura-pura selama ini.

Nekad, Nufa angkat wajah. Warda yang masih dalam prosuder memesan Starbuck di atas talian, Nufa pandang dengan pandangan yang membara. Dia betul-betul mahu berubah! Dan ini step pertamanya untuk kembali!

Bahu Warda ditepuk kuat. Sampai terkejut kawan tu dibuatnya. Bila Warda menoleh, Nufa tayang barisan giginya yang tersusun rapi. Iklan Colgate sekali.

"Terkejut lah. Kenapa?" Soal Warda. Nufa yang seperti bersemangat tiba-tiba dipandang atas, bawah. Hairan sekejap. Kalau dia perasan tadi, wajah Nufa sedikit mendung. Cepatnya berubah. Split personality ke si Nufa ni?

"Aku tak nak coffee."

Dahi Warda berkerut.

"Are you sure? Bukan kau tak boleh hidup tanpa coffee ke?" Soal Warda. Sambil itu jari lurus tunjuk ke arah air tin Nescafe yang ada di meja kaunter. Itu punya Nufa Huwaina tau. Bukan punya dia.

Nufa geleng. Jari telunjuk lurus diangkat dan digerakkan selari dengan gelengan kepalanya.

"A big NO! Aku tak pernah suka coffee. Aku pura-pura." Beritahu Nufa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now