C99

1.8K 191 30
                                    

PULANG daripada Pulau Perhentian, Nufa dan Nadhif dikejutkan dengan kehadiran Mifzal di hadpan rumah Nadhif. Berkerut dahi masing lihat Mifzal yang tampak cengkung dan sedikit tidk bermaya. Rasa kasihan gamit Nufa dan Nadhif menjemput Mifzal untuk masuk dan bersembang di dalam rumah. Tambah lagi Mifzal kata dah 3 hari dia ke mari namun mereka berdua sentiasa tiada di rumah.

Duduk di sofa, Mifzal terus bersandar. Pelipis kepala diurut perlahan sambil kepala terdongak ke atas.

Nufa dan Nadhif berpandangan sesama sendiri. Penat sungguh lelaki ini.

Bahu Nufa, Nadhif usap perlahan sebelum merapat dia untuk berbisik.

"Huwainaa masuk dapur, tolong buatkan air boleh? Biar abang sembang-sembang dulu dengan bekas kekasih sayang ni." Pinta Nadhif.

Dengar perkataan 'bekas kekasih' yang disebut Nadhif, laju sahaja mata Nufa menjeling geram kepada Nadhif.

Benda dah lepas. Mereka dah kahwin pun. Sampai tujuh keturunan nak panggil Mifzal bekas kekasihnya?

Buat-buat tak nampak dengan jelingan itu, Nadhif tolak perlahan tubuh Nufa menuju ke dapur sebelum langkah kakinya dibawa ke ruang tamu semula. Mahu berhadapan dengan Mifzal.

Nufa berlalu ke dapur. Nadhif pula dah ambil tempat duduk di sofa berangkai berhadapan dengan Mifzal.

Sedar akan kehadiran Nadhif, Mifzal mula tegakkan duduk. Namun tangan tak sudah-sudah mengurut lembut bahunya yang terasa tegang.

"Kau kenapa?" Tanya Nadhif. Atas bawah, atas bawah Mifzal dipandangnya.

Macam mana ya ini boleh jadi? Masing-masing dah macam member lama pula. Walhal yang di hadapan Nadhif ini orang yang punya sejarah manis dengan isterinya.

Mifzal menggeleng perlahan. "Penat sikit."

Nadhif dah kerut dahi. Satu perasaan aneh menyusup masuk dalam hati. Kenapa mereka macam member ni?! Sungguh. Nadhif tak selesa.

"You dengan Nufa sihat? Korang pergi mana 3 hari I datang, takde langsung. Pergi kedai pun, Warda dengan Halwa tak membantu." Tanya Mifzal. Nadhif dipandang lurus.

Nadhif dah makin hairan.

"Kau siapa sampai dorang nak bantu kau?" Sedas Nadhif bagi, langsung gamit senyum sinis daripada Mifzal. Siap ada tawa halus lagi terlepas dari mulut lelaki itu.

"Haah lah. I lupa." Mifzal raupkan wajah sebelum sekali lagi dia bersandar pada sofa. Kali ini bersama keluhan besar.

Nadhif garu dahi sendiri.

"Kau kenapa ni?" Soal Nadhif. Nufa yang baru keluar dengan sedulang air di tangan Nadhif pandang.

Laju kemudiannya dia bantu Nufa. Dulang bertukar tangan. Dan Nufa hanya lemparkan senyum sahaja kepada Nadhif.

Mifzal yang melihat kemesraan pasangan itu hanya senyum kecil sahaja. Mata tak lepas pandang Nufa yang nyata tampak berseri.

Nadhif perasan dan laju dia angkat tangan tutup wajah Nufa. Langsung berubah arah pandangan Mifzal.

"Kau datang sini nak rosakkan rumah tangga aku ke?" Tanpa simpang-siur, Nadhif terus bertanya dengan penuh curiga.

Nufa pandang Nadhif kemudian Mifzal sekilas.

Mifzal hanya menggeleng sahaja.

"Takde lah. Nufa dah bahagia. Takde hak untuk I rebut balik kebahagiaan dia." Balas Mifzal perlahan. Air sirap sejuk yang dihidang, Mifzal teguk perlahan tanpa memandang Nufa mahupun Nadhif.

Nufa dan Nadhif berpandangan sesama sendiri. Tangan yang dah tutup wajah Nufa pun dah mulai turun perlahan-lahan ke riba.

"Ye ke?" Serentak pasangan itu bertanya, gamit tawa halus daripada Mifzal.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now