C41

1.8K 266 113
                                    

NIAT nak masuk ke dalam rumah secara sembunyi terbantut bila lihat Habeeba masih rancak menonton televisyen di ruang tamu. Tak jadi terus terjengket-jengket kaki sendiri. Sudahnya, sengih kekok sahaja Nufa ukirkan buat Habeeba yang sudah memandangnya kehairanan sendiri.

"Lambat kau balik. Overtime ke?" Tegur Habeeba sambil memandang jam di dinding. Jarum pendek sudah mahu ke angka 12, baru Nufa sampai ke rumah.

Nufa hanya sengih sahaja. Pintu dikunci dan Habeeba yang ada di ruang tamu dihampiri. Labuhkan duduk di sofa dahulu sebelum selamba tangan mengambil gelas Habeeba yang berisi suku jus epal. 

Habeeba hanya memerhati. Tangan masih setia bawa masuk kerepek pisang masuk ke dalam mulut. Mata pula tak sudah-sudah memandang Nufa yang masih belum menjawab pertanyaannya tadi.

"Overtime?" Habeeba kembali bertanya, inginkan kepastian. Bukan apa. Jarang si Nufa ni pulang lewat dari dobi. Kalau pulang lewat pun, pasti dia dimaklumkan terlebih dahulu. Ini, tiada pesan apa-apa, tahu-tahu terjengket-jengket masuk rumah sendiri serupa pencuri.

Nufa hanya kemam bibir sebelum dia mengangguk perlahan. Betul lah dia overtime, cuma bukan di dobi. Hehehe. Tak menipu kan kalau begitu?

"Banyak nampak kain baju kau kena handle sampai tak boleh nak tunggu esok." Habeeba dah memerli. Bau-bau curiga tu dah muncul. Lagi-lagi bila Nufa seakan-akan pasif menjawab pertanyaannya.

Kebiasaan Nufa bila pulang dari  kerja, mulut kecil itu pasti bising bak bertih jagung. Tak berhenti menceritakan hari sendiri di tempat kerja walau tiada siapa yang meminta. Habeeba kadang-kadang terpaksa melarikan diri nak elak dengar celoteh harian Nufa. Dan tiba-tiba balik lewat hari ini tanpa 'mesin bertih jagung'. Mana dia tak curiga?

Nufa hanya sengih. "Lebih kurang macam tu lah." Acuh tak acuh sahaja Nufa membalas. Tangan dah tergaru-garu dahi sendiri.

'Alah, Nufa. Tak boleh kekok lagi ke kau ni?' Kutuk Nufa sendiri. Makin nak mengutuk diri bila lihat pandangan curiga yang dilemparkan Habeeba kepada dirinya.

Habeeba mengunyah perlahan. Nufa tak lepas dari pandangan matanya. Sah ada sesuatu yang Nufa sorokkan daripadanya. Jika tidak, takde lah cangung semacam setiap gerak-geri kawannya itu.

Nufa buat-buat tak nampak sahaja dengan pandangan mata Habeeba. Telefon yang berdeting sekali tanda ada pesanan WhatsApp yang masuk, berjaya menyelamatkan Nufa untuk terus beriak kekok. 

Gelas diletakkan di atas meja dan telefon dibawa keluar daripoket telefon. Lihat nama Sayf yang tertera, terus tetingkap perbualannya bersama Sayf dibuka. Lelaki itu dah malas nak menaip gamaknya sampai habis dispam mesej suara. Tengok durasi pesanan suara itu, Nufa yakin yang Sayf hanya menjerit sahaja.

Nufa sengih. Pesanan suara yang paling panjang durasinya dimainkan. Skip yang pendek-pendek sebab dah faham dengan Sayf.

Sayf Dude
▶️ ----------------------

"Orang dating Cameron dah balik ke tu?! Kemahen dating sampai lupa nak me---"

Terpejam mata Nufa dengan jari laju menekan punat suara. Hilang suara Sayf disebabkan volume yang sudah diperlahankan. Bibir dikemam sebelum kepala diangkat. Cuba untuk tidak bertembung empat mata dengan Habeeba, namun gagal.

Bersama senyum sinis, Habeeba pandang Nufa. Kunyahan kerepek pisang jadi makin laju daripada kunyahan tadi. 

"Oh... overtime." Omel Habeeba perlahan seraya punggung dah diangkat mahu labuhkan duduk di sebelah Nufa.

Nufa hanya sengih sahaja. Kantoi busuk macam tu je dengan Habeeba. Semua sebab kepoh sepupu gadis itu sendiri merangkap kawan baik kepochinya.

Ya. Kita ada Sayf Hakim. Takkan tenang ya dunia kamu jika ada Sayf Hakim di dalamnya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now