C32

2K 291 118
                                    

BIBIR digigit perlahan. Mata melilau tak mahu pandang Nadhif. Walaupun tidak melihat Nadhif, Nufa tahu yang sedari tadi lagi mata Nadhif tak lepas daripada memandang wajahnya.

"Akak dengar tak Awa cakap ni?" Soalan Halwa menyentakkan Nufa. Muka blur ditayang dengan mata yang terkedip-kedip laju.

Halwa kerutkan dahi. Pelik dia dengan kelakuan Halwa. Sedari dia balik berjumpa Zia, Nufa seolah-olah sudah bertukar karakter.

Aneh.

"Hehehe.... Awa. Sorry." Tangan Halwa diraih, minta salam. Sedar dengan kesalahan diri yang hilang fokus daripada bual rancak Halwa.

Sekilas pandang Nadhif, wajah terus bertukar eksperesi. Wajah tak puas hati. Kalau ikutkan kejujuran hati, mahu sahaja dia meletakkan kesalahan ini kepada Nadhif.

Yalah. Siapa suruh lelaki itu buat dia tak tentu arah dengan soalan tadi.

Jatuh bahu Nufa dibuatnya. Otak diperah hebat mahu mencari sebab mengapa soalan itu dilontarkan Nadhif.

Nak bertanya, lelaki itu yang angkat kaki terlebih dahulu. Tinggalkan Nufa selamba begitu sahaja. Sampai ke sudah, sebarang penjelasan langsung tak diberikan sampai lah Halwa datang dan bersembang dengannya semula.

Ikut perkiraan. Ini sudah mahu masuk jam kedua dia ditinggalkan tergantung oleh Nadhif. Huh!

"Abang." Dengar suara Halwa memanggil abang, terus monolog Nufa hilang melayang.

Mata terus pandang ke arah Nadhif. Dan ya, seperti tadi lelaki itu masih selamba. Dengan muka yang jelas tanpa riak dan sedikit pun mata coklat cantik itu tidak terarah kepadanya.

"Annoying." Tanpa sedar, Nufa lepaskan kata dengan tangan dah menongkat dagu. Kalih mata daripada Nadhif, jus dalam gelasnya dipandang.

Halwa hilang kosa kata. Tak berkelip mata pandang Nufa sebelum mata berkalih kepada si abang.

Dari jauh, Nadhif pandang Nufa. Dan lihat muka jengkel Nufa, bibir Nadhif ternaik sinis.

"Kenapa dengan kakak?" Halwa cuba bertanya Nadhif dengan gerak mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa dengan kakak?" Halwa cuba bertanya Nadhif dengan gerak mulut.

Nadhif jongket bahu tanda tidak tahu dan sumpah dia memang tidak tahu.

Pandang semula Nufa, topi diangkat sedikit. Masih lagi mata bundar itu tidak memandangnya. Entah kenapa, Nadhif jadi terhibur.

"Halwa." Panggil Halwa tapi mata pandang Nufa. Bila Halwa menoleh, baru mata itu tumpu kepada adiknya semula.

Bibir tak dapat tahan senyum daripada mekar di bibir. Sudahnya tangan mengusap perlahan dagu dengan kepala yang menunduk sedikit. Tak peduli dengan dahi berkerut Halwa akibat tingkahnya.

Well. Ask kakak dia tu. Muka masam macam tu tapi comel. Bukan salah dia mahu salah tingkah pun.

"Abang?"

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now