C8

2.4K 274 28
                                    

TERBUKA sahaja pintu lif, Nufa terus melangkah keluar dengan tenang. Tak pandang kiri kanan, kaki terus melangkah menuju ke Iriz merah yang terparkir tidak jauh dari lobi apartmentnya. Senyum kecil bila lihat Sayf menunggunya tenang dengan telefon di tangan. Tak lain tak bukan tengah mesej ibu kesayangan lah tu. Melapor.

Tanpa lengah, tangan laju membuka pintu. Tapi bila dapati pintu itu berkunci, berkerut terus dahi. Berkali-kali dia cuba buka tapi tetap juga pintu itu berkunci. Terus dia pandang Sayf yang dah pandang dia dengan muka tanpa riak.

"Kau kenapa weh?" Soal Nufa hairan. Tingkap dia ketuk berkali-kali sambil buat isyarat suruh Sayf unlock kereta. Dia mahu masuk dan nak ke kerja.

Sayf tongkat kepala dan menggeleng. Nufa dipandang tanpa riak. Dia nak balas dendam sekejap kepada Nufa. Tunggu dia. Berani buat orang risau malam semalam. Jerit-jerit sambil menangis dalam voice message sampai dia pecut kereta macam orang gila ke dobi. Bila sampai, budak bertuah ni dah takde. Call berkali-kali tak angkat.

"Buka lah Sayf! Aku dah lambat ni!" Marah Nufa. Pintu dibuka berkali-kali namun gagal. Masih terkunci. Pasrah, Nufa angkat tangan.

Sayf tegakkan duduk. Jari menggamit Nufa untuk ke tempatnya. Nufa yang dah pasrah hanya akur. Yang menurut perintah. Kaki dibawa malas kepada Sayf. Tangan memeluk tubuh dan badan menunduk sedikit bila Sayf turunkan cermin tingkap.

"What? Aku buat apa?" Soal Nufa sebelum sempat Sayf bersuara.

Berkawan dengan Sayf sejak di sekolah menengah buat dia masak sangat dengan perangai lelaki ini. Kalau tiba-tiba jadi adik syaitan, ada lah tu benda yang dia tak pas hati. Sengaja ajak gaduh. Kalau takde salah dan silap, perangai macam malaikat. Baik dan manis 24 jam.

Sayf jongket kening. Kagum sekejap dengan Nufa yang faham apa yang dia mahu. Dan memandangkan Nufa dah faham, dia tak perlu banyak membebel. Terus telefon dipegang tinggi separas telinga kemudian satu voice message ditekan.

"I'm having my bad day, Sayf! Kau kata nak ambik aku!!!"

Nufa kemam bibir dengar jeritan sendiri. Badan terus tegak. Tangan dah digenggam rapat di belakang badan. Gaya tak ubah bak pesalah yang sedang menanti hukuman dijatuhkan. Sah Sayf tak puas hati pasal malam semalam.

"Kau tahu tak dari pagi tadi lagi! Dari pagi tau!!!"

Sayf tahan gelak. Nak ambil mode serius walaupun suara Nufa ada tercrack sikit dalam voice itu.

"Mifzal... Ayesha... dia... Lepas tu angah..."

Nufa tundukkan kepala. Malu lah pulak. Kenapa lah Sayf buka kes pagi-pagi begini.

"Dan dah habis. Macam tu aje." Kata Sayf setelah selesai voice message dimainkan. Telefon dia campak ke riba dan Nufa dipandang tanpa riak.

Nufa dah garu kepala sendiri. Bibir pula dah tarik sengih. Tak tahu nak beri jawapan macam mana. Tahu diri salah. Mungkin Sayf risau sebab semalam memang telefonnya dah habis bateri. Kalau Sayf call berkali-kali pun di atak boleh nak jawab. Lelaki ini risau kut. Kan?

"Err, ada lagi lepas tu."

"Kepala kau lah!" Kasar bahasa Sayf. Nufa hanya sengih sahaja. Tak terasa, bahkan sudah terbiasa. Tak nama kawan baik lah kalau bahasa sopan aje dua puluh empat jam. Mereka bukan buku teks Bahasa Melayu nak ayat tersusun aje. Ya dak?

"Kau tahu tak aku pecut macam orang gila nak ambil kau kat dobi. Sikit lagi nak kena saman tau. Tup tup kau takde. Kau gila ke apa, perempuan?" Kata Sayf. Tenang namun ketenangan itu yang menggoyahkan sebenarnya. Tenang tapi bahasa kasar. Ingat okey ke?

Nufa sengih lagi. Tak nak berbahas sebab sedar salah diri sendiri.

"Kalau dah balik, mesej lah. Ni tak... kena menapak pula kat rumah kau tengok kau ada ke tak. Nasib baik ada, kalau takde? Aku nak jawab apa dekat Numair? Dengan abah kau kat kampung tu? Hah?" Bebel Sayf.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Место, где живут истории. Откройте их для себя