C45

1.8K 261 78
                                    

BUNYI ketukan mengejutkan Nufa dari tidur. Terpisat-pisat dia bangun sambil pandang sekeliling. Furaiha yang masih elok berbaring di ribanya dipandang kosong.

Tok! Tok!

Menoleh ke kanan, Nufa nampak Numair yang sudah menyuruhnya keluar dari kereta. Tapi, mungkin dia nampak blur sangat, fed up si abang jadinya. Langsung pintu kereta dibuka Numair.

"Bangun lah, arnab. Tidur aje kerja. Kita dah sampai ni."

Segar terus mata Nufa dengan kata-kata berbudi bahasa si abang. Geram aje Numair dipandang. Namun si abang hanya beriak macam biasa. Lagi tambah menjengkelkan.

"Agaknya lelaki dalam circle aku memang annoying. Huh!" Omel Nufa seraya menjeling Numair yang masih belum beranjak pergi.

"Ha mengutuk lah tu." Suara Numair di belakang buat Nufa mengajuk sama. Menyampah.

Salah apa lah dia dengan Numair sampai begini layanannya. Dia anak bongsu tau! Anak perempuan tunggal pula tu! Sepatutnya dimanjakan. Ini... lain pula jadinya.

"Bising lah, angah! Pergi sana!" Nufa menghalau. Badan dah pusing menghadap Furaiha.

Numair mencebik dan berlalu pergi darj situ. Niat mahu ambil Furaiha dibatalkan. Biarlah Cik Asu awak yang melayan ya, sayang. Abi dah dihalau.

Nufa menggeleng perlahan. Mujur juga Numair beredar. Kalau tak, jadi Karen dia di sini.

Furaiha yang masih tidur dipandang. Mahu dikejut, namun suara Afrina dari belakang membantutkan perlakuannya.

Nufa menoleh.

"Biar aje Aiha tu. Pergi masuk jumpa abah. Berseri sangat tu muka abah bila Nufa betul-betul balik." Lembut sahaja Afrina memaklumkan.

Nufa langsung senyum.

"Ye ke? Eee, rindu abah. Ni Aiha?"

"Biar. Nanti Kak Na suruh angah angkatkan."

Nufa mengangguk. Tak lengah, penuh cermat kepala Furaiha dialihkan dari riba. Sudah itu, dengan langkah ringan dia meluru masuk ke dalam rumah. Mahu jumpa abah tersayang.

Well. Sekurang-kurangnya abah yang paling lima bintang dalam circle lelakinya. Hehehe.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

PENUH berselera Nufa di meja makan. Lauk-pauk kampung kegemarannya buat dia bertambah nasi. Senang Haji Noor melihatnya.

"Makan lagi, adik. Tambah lagi. Ni, Lala Masak Pedas ni." Haji Noor menyudukan lauk kegemaran si anak ke dalam pinggan.

Tersenyum Nufa sambil mengangguk. Melihatkan itu, Haji Noor ikut sama tersenyum. Tangan kirinya naik mengusap lembut kepala si anak. Senang bila lihat Nufa begitu berselera menjamah setiap hidangan yang dimasaknya.

"Sedap lah masakan abah. Cenggini!" Nufa angkat ibu jari tinggi. Sambil itu senyum sekali dengan comel. Khas untuk abah tersayang.

Haji Noor lepaskan tawa bangga. Terangguk-angguk juga kepala sambil cedokkan Kangkung Goreng Belacan ke pinggan Nufa.

Numair yang melihat layanan Haji Noor kepada Nufa hanya mampu menggeleng kecil.

"Manja yang amat!"

Afrina hanya tersenyum sahaja. Perlahan tangan menepuk peha si suami. Bagi isyarat kepada Numair supaya tidak menyakat. Bukan akan menang pun.

Dengar omelan Numair, mati terus senyum Nufa. Numair dijeling tidak puas hati. Makanan dalam mulut dihabiskan. Sambil itu cari ayat untuk membalas.

"Biar lah. Angah cemburu kan? Kalau cemburu, cuba cakap lurus-lurus. Jangan simpang-siur. Takde siapa faham."

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now