C88

1.8K 226 21
                                    

KERJA Nufa buat masa ini sudah selesai. Lihat Warda yang diam bermain telefon di sisi buat Nufa bosan sendiri. Afrina pula memang dah lama tak masuk kerja kerana sudah sarat mengandung. Tinggal tunggu hari.

Dalam diam, Nufa mengeluh kecil.

"Kau kenapa?" Mungkin Warda dengar keluhannya, itu yang si gadis bertanya. Sebagai jawapan, Nufa geleng sambil senyum kecil sahaja.

"Aku nak per-"

"Nak pergi kat suami kau? Pergi lah. Aku tak peduli. Pergi, pergi! Memang kau seorang aje yang tempat kerja dekat dengan suami kau." Warda memotong laju ayat Nufa. Sambil itu tolak-tolak perlahan bahu Nufa.

Berkerut dahi Nufa sebelum dia tepis kuat tolakan Warda. Mengekek kecil gadis itu dibuatnya. Lagi tambah kerut di dahi Nufa.

"Kau merepek apa ni?" Soal Nufa.

Warda hanya julingkan mata ke atas. Telefon diletak atas meja kaunter seraya bibir menjuih ke pintu hadapan.

Sekilas Nufa pandang pintu. Tiada siapa pun. Elok pula tu pintu kaca itu tertutup. Dobi ni pun kosong aje. Cuma ada mereka berdua sahaja.

"Apa?" Nufa tak faham.

Warda julingkan mata ke atas sekali lagi.

"Sejak-sejak lepas kahwin ni, blur tu memang mencanak naik sampai ke bulan ya?" Sindir Warda dalam gurauan.

Nufa hanya geleng kecil.

"Kau nak pergi jumpa Nadhif kan? Pergi lah. Biarkan aku menyendiri di sini." Warda buat ayat sedih. Siap olok-olok lap hujung mata dengan jari lagi.

Drama Queen!

Nufa bangun malas nak layan drama murahan Warda.

"Betul lah orang tua kata, jangan menyampuk. Kan dah ke lain." Nufa tolak kerusi dan bawa langkah kaki masuk ke dalam bilik staf.

"Eh, kau nak ke mana? Pintu kat sana!" Lurus jari Warda tunjuk pintu premis #OhMyDobi.

"Aku tak kata aku nak pergi jumpa Nadhif." Mudah Nufa cakap.

"Tadi kata nak jumpa Nadhif." Warda garu dahi. Pelik dengan Nufa.

"Bila masa? Yang cakap tu kau. Aku baru cakap nak per. Perkataan pergi pun tak habis lagi kau dah menyampuk buat kesimpulan sendiri." Malas-malas Nufa bebel panjang lebar dengan gaya cekak pinggang.

Penat melayan Warda ni kadang. Tabah sungguh Putra.

Dengar bebelan kecil Nufa, Warda jadi sengih sendiri. Terangguk-angguk dia dengan tangan rapat bersama.

"Dah tu kau nak buat apa dalam bilik staff tu?" Soal Warda.

Hairan lah. Bilik staff tu tak ada apa-apa yang menarik pun. Cuma ada satu almari untuk letak barang-barang mereka. Kemudian ada tilam nipis dan beberapa biji bantal. Itu sahaja. Kosong!

Tak bersuara, Nufa langsung buat gaya tidur. Tangan dirapatkan sebelum dibawa hampir ke telinga. Kepala disengetkan sedikit dengan mata tertutup.

Warda angguk. Mengerti. Tengok jam pun, memang masa-masa pencernaan perut.

"Okey. Selamat berehat." Ucap Warda sambil angkat ibu jari. Kemudian pusing tubuh keb hadapan dan sambung main telefon.

Nufa senyum hambar sebelum masuk ke dalam bilik staff.

Suis kipas dibuka sebelum langsir dibuka luas. Tak mahu buka lampu biar ruang sedikit malap. Senang dia berlayar ke alam mimpi nanti.

Mulut yang sudah menganga besar dek menguap Nufa tutup. Malas-malas Nufa pergi ke tilam. Kibas sedikit tilam sebelum badan direbahkan di situ.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now