C25

2K 281 136
                                    

TANGAN lurus naik membuat renggangan kecil. Lega sedikit rsa badan bila urat dirasakan longgar. Kemudian, dalam-dalam Nufa tarik nafas sebelum ia dihembus perlahan. Sambil itu mata melilau melihat Juice Station yang dah mula lengang dari pelanggan.

"Tak sangka penat juga ya buat air. Ingatkan mudah aje." Gumam Nufa perlahan seraya mencabut apron yang tersarung di badan.

Bibir ukir senyum kecil. Walaupun penat, dia dapat rasa pengalaman yang baru. Terima kasih kepada Halwa yang berterusan memujuknya untuk membantu gadis itu tadi.

Oh, ya. Bercakap tentang Halwa, mana entah gadis itu menghilang. Lepas kata sakit perut mahu ke tandas, terus lesap gadis itu. Batang hidung pun tak nampak dah. Mula lah kepala Nufa bergerak mahu mengesan keberadaan Halwa. Mana lah tahu dia tak perasan Halwa sepertimana dia tidak perasan akan Nadhif.

"Cari siapa?" Sedang Nufa sibuk mencari Halwa, satu suara garau menyapa. Terus beralih pandangan Nufa, lurus ke kaunter bayaran.

Nadhif Hamza. Elok pandang dia dengan muka beku tanpa riak. Semerta, rasa penat yang baru hilang kembali.

Oh, man. Mohon lelaki ini tak cari pasal dengannya.

"Halwa." Balas Nufa pendek. Rasa nak cari Halwa dah terbang melayang. Rasa mahu pulang ke tempat kerjanya yang asal pula membuak-buak dalam dada. Kalau tak kerana kehadiran Nadhif di hadapan ini, pasti dia boleh berlama lagi.

"Dia tengah rehat kat belakang." Beritahu Nadhif. Nufa yang sedang melipat malas apron di tangan dipandang sekejap-sekejap.

Nufa mengangguk. "Oh. Is she okay?" Sekadar berbasa-basi. Takde pun nak borak rancak dengan Nadhif.

Nadhif angguk juga. Nufa dikerling sekilas. Gadis itu seperti sudah mahu bergerak pulang. Dan itu buat Nadhif malas-malas menghampiri gadis itu. Berdiri di hadapan Nufa, dia lihat Nufa mendongak ke atas sedikit untuk memandangnya. Namun seperti biasa. Riak gadis itu memang seperti mahu cari gaduh.

"Come on. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau." Jengkel nada Nadhif. Seperti Nufa, dia juga dah tayang riak seperti mahu cari gaduh. Salahkan Nufa. Gadis itu yang mula dahulu.

Kening Nufa terjongket kecil. Tawa sinis terlepas.

"Siapa kata aku nak buat apa-apa dekat kau?" Sama, nada yang dilontarkan Nufa juga sedikit jengkel.

Nadhif julingkan mata. Menyampah. Kata-kata Nufa tak dibalas. Pun begitu, dia masih belum berganjak. Elok berdiri lurus di hadapan Nufa dengan tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar. Mungkin hairan, dahi licin Nufa dah berkerut kecil.

"Kau nak apa ni? Aku nak balik." Ujar Nufa. Tangan dah disilang malas ke dada. Nadhif juga dipandang dengan pandangan yang bosan. Dalam hati berdoa supaya lelaki tinggi lampai di hadapannya ini tidak cuba cari fasal dengannya.

Senyum kecil terukir di bibir kecil Nadhif. Sinis. Dan Nufa yang melihat sudah mula rasa geram. Tanda-tanda nak cari fasal itu memang ada ya. Nampaknya doanya tadi dimakbulkan.

Tangan Nadhif depakan. Badan pula digerakkan ke kiri dan ke kanan. Tujuan hanya satu. Nak tunjuk kepada Nufa yang di kiri dan kanannya masih ada ruang yang boleh dilalui Nufa jika gadis itu ingin beredar.

Nufa julingkan mata. apron dihempas sedikit kasar di atas meja kaunter. Faham dengan apa yang mahu disampaikan Nadhif kepadanya.

"Aku tak rasa badan aku terlalu besar sampai tutup semua ruang?" Perli Nadhif.

Malas mahu layan, Nufa mahu bergerak pergi. Namun, langkah kakinya mati bila Nadhif terang-terangan menghalang jalannya. Dia ke kanan, lelaki itu ikut sama ke kanan. Dan bila dia ke kiri, lelaki itu turut sama ke kiri. Sudahnya, Nadhif dijeling tajam.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now