C44

1.7K 234 34
                                    

KERETA Sayf berhenti di hadapan dobi. Tanpa lengah, Nufa terus cabutkan tali pinggang keledar sebelum Sayf dan Habeeba dipandang silih berganti. Senyuman diukir lantas perut yang sudah penuh ditepuk perlahan.

"Tak senonoh lah kau ni Nufa." Sayf menggeleng perlahan.

Dengar sahaja komen Sayf, Nufa terus tarik muka. Tak puas hati dengan komen Sayf yang bersahaja. Dah lah kena side eye juga.

"Biar lah."

Sayf geleng lagi.

"Cuba lah sopan sikit. Beringat sikit yang kau dah ada someone."

Dahi dah berkerut dan Nufa pandang Habeeba. Terlihat Habeeba hanya jongketkan kening dua tiga kali.

"Tak payah nak buat-buat blur. Nanti aku caras baru tahu." Selamba Habeeba tutur kata seraya bersandar di kerusi. Kuku dibelek dan Nufa dikerling sekilas. Gaya diva abad ini.

Sayf hanya simpan senyum manakala Nufa dah mencebik. Rasanya dah tahu siapa yang menjadi topik bualan sekarang ini.

"Caras lah. I don't care at all." Kata Nufa selamba sambil flip tudung bawalnya.

Habeeba senyum senget. Sambil itu main mata dengan Sayf. Dalam kepala masing-masing dah punya plan sendiri.

Tiada balasan daripada Sayf dan Habeeba buat Nufa julingkan mata sendiri. Tanpa lengah terus pintu dibuka. Mahu keluar dan masuk kerja. Waktu rehat sudah habis.

"Okey lah. Aku pergi masuk kerja dulu." Kata Nufa sebelum tangan dilambai kepada dua temannya itu.

Habeeba akan pulang ke rumah memandangkan jam 4 nanti managernya akan ambil di rumah untuk kerja modelingnya. Sayf pula akan kembali ke universiti untuk kelas petang.

"Thanks Beeb teman aku kerja hari ni." Ucap Nufa sambil senyum manis.

Habeeba menggeleng kecil.

"Eh, salah ni. Aku yang patut berterima kasih dengan kau. Hensem abang kedai buah tu. Esok aku nak datang lagi. Malam ni kita buka meja bincang plan macam mana aku nak ngorat dia okey?"

Dengar kata Habeeba, terus Nufa menoleh pandang Habeeba atas bawah. Tak jadi nak keluar kereta.

Sayf tarik senyum senget. Mesti Nufa tak sedar riak wajahnya sekarang. Macam cemburu ya kawan dia yang seorang itu. Tapi takpe. Terlalu awal untuk buat kesimpulan.

"Ha, betul! Dah kau tak nak Adep jadi someone kau, aku bantu Beeb aje lah. Aku pun memang berkenan dengan Adep. Kalau kena cara, untung dia jadi family aku." Sayf menutur kata teruja dengan kepala yang terangguk-angguk sedikit.

Kalau tadi Nufa pandang Habeeba atas bawah, atas bawah, kali ini Sayf pula yang menerima pandangan itu.

"Korang plan lah sendiri. Tak payah ajak aku." Kata Nufa. Tak mahu melayan, terus dia boloskan diri keluar dari kereta.

Pintu ditutup dengan geram. Gedegang bunyinya. Menjerit kecil Sayf dan Habeeba di dalamnya.

Sayf senyum menyakat. Tingkap diturunkan dan tak lama kemudian nampak Nufa yang sudah membongkok memandangnya.

"Marah ke, Nunu?" Kening diangkat dua tiga kali.

Tanpa lengah, Nufa terus buat-buat gaya mahu muntah. Dijelingnya Sayf sebelum lahu dia berlalu pergi dari situ. Tak mahu berlama dengan mereka yang memanaskan hatinya.

Timbeh.

"Tak kuasa aku. Bye, jumpa nanti." Pamit Nufa tanpa berpaling lagi.

Sayf dan Habeeba hanya menghantar Nufa lewat sorot mata. Habeeba kemudiannya terus tukar tempat. Tempat penumpang hadapan dipenuhinya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now