CUPID

2.7K 261 90
                                    

WAJAH diraup sebaik sahaja bacaan doa selesai. Nadhif menoleh pandang Nufa yang sudah sayu sendiri. Lembut tangan mengusap belakang tubuh Nufa, menyalurkan kekuatan dan ketenangan. Nufa yang menerima hanya angguk kecil dan seka air mata di tubir mata.

"Bonda okey?" Soalan daripada si cilik Nazmin Hulaif buat mata Nadhif dan Nufa bertukar arah. Lurus memandang anak kecil mereka yang dah mara mahu peluk untuk memujuk.

Nufa senyum. Tubuh Nazmin dipangku sebelum sisi kepala Nazmin dikucup penuh sayang.

"Bonda okey tak?" Soal Nazmin sekali lagi bila Nufa tak beri sebarang jawapan.

Nadhif hanya menggeleng. Si anak ini. Selagi soalannya tak berjawab, sepuluh kali lah diulangnya nanti tanpa jemu.

"Bonda okey, Amin. Awak tu, kenapa menangis sungguh-sungguh? Lebih awak lagi daripada bonda." Perli Nadhif. Sengaja bahu si anak ditolak perlahan, menyakat. Buat tak nampak jeling geram si anak kepadanya.

"Mana ada Amin menangis. Mata Amin masuk habuk. Kita kan kat kubur ni. Banyak habuk." Nazmin membela diri. Matanya yang basah digosok perlahan.

Nufa senyum. Kepala Nazmin diusap perlahan.

"Mana datang habuk entah. Debu, Amin. Debu! Bukan habuk." Nadhif masih belum habis menyakat lagi.

Nazmin dah mencebik. Nak menangis. Tak suka bila dirinya diserang begitu sampai dia tiada jawapan mahu membalas. Mula lah tangan kecilnya menolak perlahan lengan Nadhif. Geram dengan abahnya.

Lihat bibit pergaduhan dua lelaki itu, Nufa pusing sendiri. Sudahnya, dia tarik Nazmin erat dalam pelukan. Manakala Nadhif, Nufa beri isyarat mata supaya berhenti.

Kat mana-mana, pantang dapat peluang si abah ni. Nak menyakat anak aje kerjanya. Macam budak-budak!

"Dah lah." Kata Nufa pendek.

Nazmin jeling sekilas Nadhif seraya tangan naik peluk Nufa. Sempat dia senyum sinis. Tahu dia berjaya buat abahnya diam-diam geram dengan tingkah manjanya bersama si bonda.

"Abang, air." Pinta Nufa.

Kubur di hadapan mereka dipandang. Sayu hati Nufa bila lihat Nadhif menyiram kubur itu dengan air mawar. Makin sayu, makin dia erat memeluk Nazmin, minta kekuatan diam-diam.

Ya. Kubur ini ialah kubur bayi pertama pertama Nufa dan Nadhif.

Ya. Nufa keguguran akibat perbuatan kejam Ayesha dahulu. Belum lagi sampai di hospital, baru dalam  perjalanan ke hospital. Nufa dan Nadhif menerima khabar duka itu.

Hentakan kuat itu tak dapat selamatkan kandungan Nufa yang masih lagi baru.

Sungguh. Gelap dunia Nufa mendapat khabar itu. Bukti kasih sayangnya dan Nadhif pergi selamanya tanpa sempat rasai hangat belaian kasih mereka.

Pilu hati Nufa terpaksa melalui pantang, namun tiada tubuh kecil di sisinya bersama.

Sungguh kejadian tiga tahun lalu itu benar-benar jadi kejadian hitam dalam hidup Nufa. Takkan boleh dia maafkan Ayesha kerana itu.

Walaupun Ayesha sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman setimpal mengikut undang-undang jenayah, Nufa tidak mampu melepaskan dan memaafkannya begitu mudah.

Sungguh, Ayesha melampau dan mengecewakan.

"Bonda, tengok abah ni..." rengekan Nazmin buat memori silam Nufa terbang pergi.

Pandang Nadhif, Nufa menggeleng kecil. Boleh pula lelaki itu sengaja menuangkan air di kaki si anak. Memang cari pasal sungguh lah!

"Abang..." meleret suara Nufa berbunyi amaran.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now