C24

1.9K 263 67
                                    

SEBUAH kotak epal yang berisi buah epal segar Nadhif buka dengan penuh cermat. Tersenyum kecil dia melihat saiz buah epal itu. Besar! Tambah lagi warna kemerahannya mengiurkan. Pasti menarik minat setiap mata yang memandang. Sangat puas hati dengan apa yang dihantar pembekal kepadanya. Terima kasih untuk itu.

Tanpa buang masa, sebiji demi sebiji buah epal itu dikeluarkan daripada kotak dan disusun kemas di sebuah bekas kayu yang kosong. Sambil menyusun, mulut menyanyi perlahan, cukup untuk telinganya sahaja yang mendengar.

"Pasti manis ni." Gumam Nadhif sambil lihat sebiji epal di tangannya. Dekatkan sedikit pada hidung, haruman manis isi dalam epal itu terus menusuk masuk. Uh! Memang manis! Sampai terpejam matanya. Lidah pun seperti dapat rasa kemanisan buah epal itu.

"Wah!"

Mata terbuka dan kepala menoleh. Senyum lagi dia bila lihat Halwa yang dah melangkah laju ke arahnya. Mata adik kesayangannya itu pastilah tertumpu kepada epal merah cantik di tangannya ini.

"Besarnya, abang! Merah pula tu! Pasti manis!" Teruja suara Halwa menutur kata. Epal di tangan Nadhif diambil dan ditilik dengan senyum yang kian melebar.

Nadhif mengangguk, setuju.

"Kan? Kalau daripada pembekal kat kampung dulu, tak sebesar dan masak ranum macam ni kan?" Memori tentang perniagaan buah di kampung dulu terlayar dalam kotak fikiran. Jika dibandingkan, memang epal dari pembekal syarikat Fresh Fruit ini yang menang. 

Halwa pandang Nadhif dan mengangguk setuju sama. Bibir masing dah merekah senyuman lebar. Sambil itu mata tak lepas daripada memandang buah epal di tangan Halwa. Alahai. Comel sungguh perlakuan masing-masing.

Terhenti seketika Haikal yang baru ingin melangkah masuk ke dalam kedai WHole Fruit. Berkerut dahi memandang tingkah dua beradik yang tetap pandangannya pada buah epal di tangan. Menggeleng kecil, Haikal merapati mereka berdua.

"Korang buat apa ni ha?" Nadhif dan Halwa dipandang silih berganti. 

Dengar Haikal yang menyapa, serentak Nadhif dan Halwa menoleh serentak memandang Haikal. Masing-masing tunjuk buah epal di tangan. Haikal kehairanan sendiri sekali lagi. Kenapa dengan epal hari ini? Trending di twitter ke?

"Abang Haikal! Tengok epal ni! Ranum kan? Mengiurkan kan?" Suara Halwa jelas teruja. Epal di tangan diserahkan kepada Haikal.

Menerima buah itu di tangan, Haikal tayang muka hairan. Nadhif yang diam namun tersenyum bangga sedari tadi dipandang tidak lepas, cuba meminta jawapan dengan cara diamnya yang tersendiri. Namun hampa! Nadhif langsung tidak beri respon bahkan lelaki itu selamba angkat ibu jari kepadanya.

Menggeleng, Haikal letak buah epal dalam bakul. MAlas mahu melayan dua beradik yang aneh itu. Mana ada buah yang boleh naikkan mood seseorang? Jika ada, maknanya orang itu sama spesies dengan dua beradik ini. Spesies aneh!

"Dah lah. Ni... budak-budak aku nak turun melepak dekat sini sebelum sambung training semula." Beritahu Haikal. Bahu Nadhif dah dipaut dan Halwa dipandang sambil kening dijongket beberapa kali. Beri signal yang gadis ini akan sibuk tidak lama lagi.

Jatuh terus bahu Halwa dengar kata-kata Haikal tadi. Senyum pun dah hilang. Diganti dengan bibir yang memuncung panjang. Tak suka!

"Alah, Abang Haikal! Suka lah tengok Awa sibuk, tak menang tangan!" Omel Halwa tak puas hati. 

Nadhif tersenyum sahaja lihat perilaku si adik. Nyata tak puas hati ya di situ. Haikal pun ikut sama tersenyum. Senyum menyakat yang pastinya.

"Apanya. Ini, Nadhif kan ada?" Bahu Nadhif ditepuk kuat. Namun, laju sahaja Nadhif menggeleng seraya menepis tangan Haikal yang masih bergayut di bahunya. 

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now