C61

2K 330 164
                                    

NUFA duduk bersedirian di dalam bilik tidurnya. Wajahnya yang memantul di cermin dilihat tanpa ada segaris senyum pun terlakar di bibir. Pejam mata, Nufa jatuhkan kepala seketika.

Dada dah berdebar halus. Bahkan sejak 3 hari yang lalu debaran ini tidak mahu hilang. Setiap detik, pasti hadir menimbulkan peluh dingin di dahi.

"Nufa?" Suara Afrina yang kedengaran disertakan dengan muka pintu yang diketuk perlahan buat Nufa angkat kepala dan menoleh.

Nampak Afrina yang mengintai ke dalam di sebalik pintu yang dah dibuka sedikit.

"Kak Na," lemah sahaja sahutan Nufa. Selemah bibir yang menguntum senyuman hambar.

Afrina lepaskan nafas perlahan seraya tersenyum. Menapak ke dalam bilik Nufa yang sudah berhias cantik, pintu bilik ditutup rapat. Kemudian, Nufa yang jelas resah dipandang.

"Okey tak ni?" Afrina menghampiri. Kepala Nufa yang kemas berbalut selendang putih diusap perlahan.

Nufa mendongak kecil. Afrina nampak sekilas bibir yang dicalit warna merah cair itu menggeletar sedikit. Tanda tuan badan menahan gemuruh dan tangis.

Gelak halus terkeluar, buat Nufa mengalihkan pandangan dari wajah si kakak ipar. Kita punya gabra dan gemuruh nak menghadap jam 10 pagi nanti, kakak seorang ini boleh gelak pula.

Ada apa dengan jam 10 pagi nanti? Semestinya, sesuatu yang semua nantikan. Nikah.

Ya. Nufa dan Nadhif akan menikah jam 10 pagi nanti.

"Sorry." Ucap Afrina dalam baki gelaknya.

Nufa lepaskan nafas berat. Jemari dan tangan yang indah terhias inai merah dipandang.

"Betul ke ni, Kak Na?" Ragu Nufa bertanya.

Dan sejujurnya, ini bukan kali pertama Nufa ajukan soalan yang sama.

Sejak Nadhif datang ke rumah Haji Noor, dan sejak Nufa datang ke rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila, soalan itu tak pernah lekang dari bibir Nufa.

Bahkan sepanjang persiapan majlis, iaitu tiga bulan yang lalu, Nufa seringkali terlihat dalam menung. Bila disoal kenapa, soalan 'betul ke ni' pula yang dikeluarkan.

"Dah tiga bulan, Nufa masih belum yakin?" Soal Afrina. Bahu Nufa diusap perlahan, cara untuk cuba menenangkan.

Nufa panggung kepala.

Jika tanya Nufa, dia sendiri masih belum jelas dengan keputusan hati. Namun, entah kenapa bila orang sekelilingnya bertanya mengenai halnya dan Nadhif, lidah ringan pula mengiyakan. Tapi, bersama sedikit ragu selepas itu.

"Nufa..." Kata mati.

Afrina hanya menanti.

"Kalau Nufa tarik diri?"

Afrina tergamam dengan soalan yang ditanyakan. Tambah lagi bila wajah Nufa seakan berharap jawapan yang positif daripadanya.

Terkebil-kebil mata Afrina mahu cari jawapan.

"Nufa rasa... Nufa rasa...." Kata mati sekali lagi. Bibir bawah sudah digigit lembut.

Afrina cuba terlihat tenang walau jantung nak tercabut juga dengan fiil si adik ipar ini. Lagi 15 minit nak mula majlis, boleh pula jadi macam ni.

Hela nafas berat, mata Nufa dah sedikit berair.

"Nufa rasa Nufa belum cukup sedia." Perlahan tutur kata Nufa. Jemari bermain sesama sendiri.

Afrina atur nafas tenang. Entah apa lah yang buat adiknya dihurung rasa gugup bersangatan begini. Tapi, dia sendiri boleh faham dan mengerti. Nak tempuh satu alam bersama orang baru, siapa sahaja yang tak akan gugup kan?

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now