C43

1.9K 297 108
                                    

BUNYI kerusi ditarik menggamit Nadhif untuk memandang ke ruang Juice Station. Lihat Haikal yang kelelahan di situ buat bibir mengukir senyuman kecil. Tanpa kata, kaki terus menghampiri Haikal. Bila Haikal tidak perasan akan kehadirannya, selamba Nadhif melemparkan kain Good Morning ke wajah lelaki itu.

"Woi!" Terkejut Haikal. Tuala Good Morning yang terasa lembab itu laju dilemparkan semula kepada Nadhif yang dah mengekek ketawa kecil.

"Jijik doh perangai kau, Dep." Sebal nada Haikal namun Nadhif hanya jongketkan bahu. Tak ambil hati langsung dengan tutur kasar Haikal. Memang sudah begitu cara mereka berinteraksi.

"Baru habis kelas?" Soal Nadhif. Jam di pergelangan tangan dipandang. Sudah jam 5 petang. Pasti kelas seni mempertahankan diri yang dikendalikan Haikal baru sahaja selesai. Lihat sahaja uniform taekwando yang belum dibuka Haikal.

"Macam tu lah." Balas Haikal malas-malas. Halwa yang baru sahaja keluar dari Staff Room dipandang dan terus sengih muncul di bibir.

Nadhif kehairanan. Arah yang menerbitkan sengih Haikal dipandang dan menggeleng kecil dia bila lihat ada Halwa di sana. Tanpa kata terus peha Haikal dipukul kuat. Sampai mengaduh kawan itu.

"Eh, Abang Haikal!" Ya. Aduh Haikal sampai Halwa pun perasan dan datang menyapa.

Menyeringai Haikal pandang Nadhif. Peha yang dipukul Nadhif tadi diusap kuat. Mahu hilangkan pedihnya. Geram dengan Nadhif yang tiba-tiba sahaja mahu cari pasal dengannya.

"Kau pahal ha? Sakit lah!" Marah Haikal. Tangan dah naik meluku kepala Nadhif tapi, Nadhif hanya bantai gelak sahaja.

"Kau tu. Sengih macam tu. Jangan nak kuat membuli adik aku sangat." Kata Nadhif sebelum dia berlalu dari situ. Sambil itu, sempat juga dia tangkap sebakul kain putih yang berada di sisi meja Haikal. Sekilas dobi dipandang sebelum ruang kerjanya tadi dihampiri semula.

Haikal mencebik. Tanpa mempedulikan amaran Nadhif, Haikal terus pusing badan menghadap Halwa yang sedang santai di kaunter dengan telefon di tangan. Mula lah nak otak cari idea mahu menyakat adik kesayangan Nadhif itu.

"Awa." Haikal mula memanggil.

Halwa memandang sekilas kepada Haikal. Malas melayan sebenarnya kawan abangnya yang seorang itu. Boleh tahan menyebalkan juga kadang-kadang. Patut pun boleh berkawan dengan Nadhif. Sama fiil rupanya.

"Awa yang rajin. Awa yang cantik." 

Dengar pujian Haikal, mata terus menjuling. Malas-malas Haikal dipandang. Telefon dah diletak mahu melayan fiil abang yang seorang itu. Kena carikan kawan gaduh juga si Haikal ni. Sama macam Nadhif. Baru aman sedikit hidupnya tidak diganggu.

Bukan nak kata apa. Untuk Nadhif sejak ada Nuf ayang selalu jadi kawan lawan mulut, Halwa memang sudah jarang disakat Nadhif. Kalau ada pun kadang-kadang sahaja. Tak sekerap dahulu. Dan walaupun Nufa yang disebalkan, ada juga rasa bersalah. Tapi, rasa syukur itu lebih  mendominasi rasanya.

Hehe. Sorry Kakak Nufa sayang.

"Awa." Panggilan Haikal menyentakkan Halwa. Haikal dipandang semula malas-malas.

"Abang Haikal nak apa ni?" Tanya Halwa malas-malas. Dia dah bangun dari duduk dan dapur mini menjadi tempat tujunya.

Haikal sengih bila lihat Halwa yang malas-malas mahu melayannya. Lambat-lambat kaki menuju ke kaunter. 

Nadhif dari jauh hanya melihat sahaja. Kepala dah menggeleng perlahan dengan tingkah Haikal. Kena carikan pasangan untuk Haikal ni. Baru Halwa kurang sikit jadi mangsa buli si Haikal.

"Kalau Cik Warda, Cik Warda dah ada kekasih." Dagu digaru perlahan. Cuba untuk fikir bagaimana mahu selesaikan masalah Haikal. Besar juga masalah Haikal ni. Kalau tak diselesaikan segara, habis orang lain yang menjadi mangsa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now