C98

1.9K 198 12
                                    

TOPI yang sedikit bergerak ditiup angin, Nufa pegang dengan kemas. Beberapi kali juga topinya itu ingin terbang daripada kepala, namun sedikit pun itu tidak mematikan mood ingin menyusuri pantai. Sebaliknya, Nufa lagi teruja ada lah! Tak sangka dia dapat kembali lagi ke sini semula. Bersama Nadhif semestinya.

Kaki yang memijak pasir pantai yang lembut, dipandang Nufa bersama dengan senyum lebar yang tak pernah pudar. Teringin betul ingin rasa halus pasir oleh tapak kaki, gamit Nufa mencabut sandal coklatnya. Tapi, belum sempat dia bongkok badan mahu ambil sndal, ada satu tangan dah memegang sandalnya terlebih dahulu.

Angkat wajah, tesenyum Nufa lihat Nadhif yang dah segak berdiri di sisinya. Lihat naik turun nafas Nadhif, Nufa tebak yang lelaki itu baru habiskan larian daripada chalet ke sini. 

"B lari ke?" Nufa menyoal. Tangan auto merangkul longgar lengan Nadhif.

Memang sejak mengandung ini, dia suka sangat peluk lengan Nadhif. Pantang kalau Nadhif mendekat, pasti lengan lelaki itu yang akan jadi sasarannya. Tak kesah lah di mana dan pada waktu bila pun.

Nadhif letuskan tawa kecil bersama anggukan sebagai jawapan. Bahu Nufa dirangkul kemudiannya. 

"Risau abang tinggal Huwainaa sorang-sorang." Balasan Nadhif buat Nufa menjeling manja ke arah Nadhif.

"Over," Omel Nufa di bawah nafas seraya pandangan dibuang ke arah laut yang luas terbentang di sisinya.

Tersenyum Nadhif. Diam-diam dia memandang Nufa yang jelas terlihat tenang dalam rangkulannya, Sedikit sebanyak, Nadhif rasa lega dan syukur untuk itu. Nufa seperti sudah semakin pulih daripada sisi depresi yang dialaminya beberapa hari lepas.

"Kita duduk sana jom? Abang belikan air kelapa untuk kita." Pelawa Nadhif sambil tunjuk ke arah sebatang pokok kelapa. 

Setuju, Nufa mengangguk sebelum mereka berpisah haluan buat seketika. Nufa ke pokok kelapa manakala Nadhif bergerak ke gerai yang menjual air kelapa. 

Duduk di bawah pokok kelapa beralaskan sandal, Nufa memandang Nadhif dari kejauhan. Sempat mereka berbalas senyum bila Nadhif sekejap-sekejap menoleh ke arahnya. Nufa sampai rasa nak tergelak pula bila hal itu berulang sehingga dua tiga kali, malah lebih! 

Dah macam budak sekolah bercinta aje fiil mereka berdua ini. Walhal masing-masing tengah hitung bulan dan hari nak jadi mak ayah aje ni.

Laut menjadi pusat pandangan Nufa sekali lagi. Tenang rasanya hati lihat ciptaan Tuhan yang satu itu. Hilang kecamuk jiwa yang dia alami beberapi hari lepas. Terima kasih kepada Nadhif. Memang lelaki itu menduduki tempat pertama dalam hati jika berkaitan dengan hal ehwal dirinya.

Kadang terfikir. Memang begini ke sikap lelaki bila  sudah mencintai?

"Sayang," Panggilan itu buat monolog hati Nufa terbang seketika. Nadhif yang dah hampir dengan dua biji kelapa di tangan dipandang Nufa dengan senyum kecil.

Tangan Nufa depakan untuk sambut kelapa itu, namun lain pula yang jadi bila Nadhif tiba-tiba rapatkan diri masuk dalam depa tangannya, Tergelak terus Nufa bila rasa Nadhif sangkut dagu d bahunya.

"Waina nak sambut air kelapa, bukan b." Jelas Nufa seraya menolak Nadhif sedikit menjauh.

Tersenyum, Nadhif mengangguk. Sebiji kelapa dihulurkan kepada Nufa dan dengan senang Nufa sambut huluran itu lalu mula menyisip airnya perlahan.

"Abang tahu. Saje aje nak bergurau dengan Huwainaa." Balas Nadhif lembut. Air kelapa disisip sama. Tapi, mata tak lepas pandang Nufa.

Entah lah. Belum puas rasanya dia menatap wajah itu. Mereka dekat, tapi terasa jauh untuk beberapa hari kerana insiden hitam itu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now