C48

2K 247 59
                                    

BAKUL yang penuh dengan duvet dan cadar tebal diletakkan di atas lantai. Kuat bunyi yang terhasil bila permukaan bawah bakul bertemu lantai. Itu dah buktikan yang isi bakul memang berat. Tambah lagi dengan peluh halus yang dah membasahi dahi Nufa dan Warda.

"Thank you, Warda." Ucap Nufa sambil mengelap dahinya dengan hujung lengan baju.

Warda yang dah berlutut di sebelah bakul hanya buat isyarat okey sahaja dengan tiga jarinya.

"Aku settle sini lah. Kau boleh turun." Kata Nufa. Kaki dah mula menolak perlahan bakul untuk ke ampaian.

Warda pandang Nufa tak berkelip. Kemudian pandang pula tiga buah bakul yang mereka bawa naik sebentar tadi. Semua berisi duvet dan cadar tebal.

"Serious lah kau nak buat sorang-sorang?" Tanya Warda. Tangan tunjuk bakul.

Bukan mudah ya. Sudah lah berat, besar pula tu! Tapi, kalau Nufa dapat buat seorang diri memang cukup terbukti yang Nufa seorang gadis yang tabah! Gituh!

Nufa angguk lagi. Badan dah membongkok dan perlahan-lahan dia menolak bakul ke ampaian.

Cepat mula, cepat siap. Cepat dia boleh pergi Family Mart beli souffle. Membayangkan yang souffle lembut lagi sejuk masuk mencair di dalam mulut, Nufa lajukan tolakannya.

Pembakar semangat!

Warda diam-diam bangun. Dia ikut sama menolak baki bakul ke ampaian. Setakat ini sahaja kut yang dia boleh bantu. Kerjanya di bawah pun banyak lagi.

"Kalau macam tu, aku turun dulu. Apa-apa kau jerit je ya?" Pamit Warda sambil berjalan ke muka pintu.

Nufa hanya mengangguk kecil. Tangan dah mula bergerak menghalau Warda turun. Dan bila Warda turun, terus Nufa keluarkan telefon.

"Untuk ringankan kerja, kita perlukan sedikit energy booster!" Perlahan Nufa berkata seorang diri.

Playlist dibuka dan lagu yang boleh marakan semangatnya berkerja dipilih dengan teliti. Selesai memilih, butang play ditekan.

Tersenyum bila telinga mula menangkap melodi dari speaker telefon. Terangguk-angguk kecil, telefon dimasukkan dalam kocek kemejanya.

I might never be your knight in shinin' armor

Kepala bergoyang kecil dan mula ikut sama menyanyi kecil.

I might never be the one you take home to mother
And I might never be the one who brings you flowers
But I can be the one, be the one tonight

Tersenyum, Nufa mula mengambil satu duvet yang lembab keluar dari bakul. Digantung dahulu duvet itu di atas besi ampaian sebelum dengab cermat Nufa membukanya supaya tidak bergumpal.

When I first saw you
From across the room
I could tell that you were curious, oh, yeah
Girl, I hope you're sure
What you're looking for
'Cause I'm not good at making promises

Tangan berhenti seketika sebelum dikepal dan dibawa ke mulut. Kononnya mikrofon.

But if you like causing trouble up in hotel rooms
And if you like having secret little rendezvous
If you like to do the things you know that we shouldn't do
Then baby, I'm perfect
Baby, I'm perfect for you

Pecah kecil tawa Nufa. Rasa kelakar dengan diri sendiri. Mujur lah takde siapa-siapa di atas ini.

"Adoi, Nufa! Sambung kerja cepat!" Dengan saki baki tawa, Nufa ingatkan diri sendiri. Masih banyak lagi duvet dan cadar yang perlu dijemurnya.

And if you like midnight driving with the windows down
And if you like going places we can't even pronounce
If you like to do whatever you've been dreaming about
Then baby, you're perfect
Baby, you're perfect
So let's start right now

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now