C17

1.8K 229 17
                                    

SEPI meja tanpa sebarang suara bualan. Bilangan ahli meja ada enam orang tapi tiada seorang pun yang keluarkan suara. Sibuk dengan potongan pizza masing-masing. Hanya tiga orang sahaja yang berbalas pandangan mata. Selebihnya, buat muka bosan. Lebih teruk lagi, langsung wajah tak diangkat.

Ya. Tiga orang itu semestinya Nufa, Nadhif dan Haikal. Halwa, Warda dan Afrina yang ada bersama cukup tersepit dengan rasa kekok.

"Haih." Nufa lepaskan nafas lelah. Setelah 25 minit berlalu, dia angkat bendera putih. Pasrah dengan rasa tidak selesanya.

Dengar hela nafas Nufa, terus lima pasang mata tertumpu kepadanya. Dan Nufa angkat wajah tayang riak bosan.

"Can't you both read the room?" Nufa tanya sambil peluk tubuh. Nadhif dan Haikal dipandang silih berganti dengan wajah yang jelas bosan.

Soalan Nufa buat kening  dua lelaki itu terangkat. Masing-masing berpandangan sesama sendiri sebelum mereka buang pandang kepada Nufa.

"Excuse me. This is MY kedai. Kalau kau rasa tak selesa, aku sangat berbesar hati bentangkan karpet merah untuk kau angkat kaki dari sini." Nadhif membalas. Kerek namun tenang.

Haikal di sebelah Nadhif sembunyi senyum sinis. Ada Warda, imej kena jaga sikit. Tapi... good job, Dhif!

Nufa julingkan mata. Potongan pizza diambil sebelum dia tolak kerusi. Mahu berangkat pergi dari situ. Malas mahu duduk satu ruang dengan dua lelaki kerek itu.

Nufa yang dah bangun itu terbitkan senyum sinis di hujung bibir Nadhif dan Haikal. Di bawah meja, mereka berhigh-five.

1-0!

"Eh, Kakak Nufa." Namun Halwa pantas menghalang. Ditariknya lengan Nufa untuk menghalang.

Hilang terus senyum sinis kemenangan tadi dek perilaku Halwa. Lagipula, tajam sahaja pandangan adik manis itu ke arah mereka. Diberi amaran tanpa suara.

"Alah, Wa. Dia nak pergi, biar lah." Nadhif bersuara malas. Dah serabut sedikit dengan Halwa yang tak sudah-sudah mahu membela si gadis punk emo itu.

Warda dan Afrina berpandangan sesama sendiri. Salah ajak join lah. Sepatutnya dibiarkan sahaja dua lelaki itu makan di tempat lain.

Nufa jeling Nadhif. Tahan geram.

"Biar lah, Halwa. Akak pergi dulu. Warda dan Kak Na. Korang nak duduk sini lagi?" Soal Nufa. Rakan sejawat dan kakak iparnya dipandang minta jawapan.

"Err..."

Bila nama dipetik tiba-tiba, mula lah otak lambat beri informasi. Jawapan angguk geleng yang mudah pun tak dapat diberi.

"Nak stay, stay lah. Nufa nak balik. Tak elok untuk penghadaman perut kalau berlama di sini." Sinis dan pedas kata-kata Nufa. Sengaja. Sengaja lagi dia jeling tajam kepada Nadhif dan Haikal.

Halwa nak menghalang tapi pantas Nufa menggeleng. Tanda tidak mahu.

"Bagus lah tu. Emosi aku pun tak stabil kalau kau ada kat sini." Bagai mencurahkan minyak ke api kata-kata Nadhif. Buat Nufa tahan nafas.

"Abang!"

Nadhif angkat kening. Muka innocent habis. Halwa pula yang geram.

"Err... Kami rasa kami ikut Nufa lah. Lunch hour pun nak habis dah ni." Warda bersuara. Serba salah.

Haikal terus duduk tegak seraya hulurkan sehelai tisu kepada Warda. Nadhif pun sama. Tunak pandang Warda dengan senyum kecil tertempel di bibir.

Melihatkan perubahan sinis kepada mesra dua lelaki itu terhadap Warda, sumpah Nufa rasa jengkel. Berubah macam itu. Sumpah biased betul dua lelaki itu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now