C92

1.9K 230 27
                                    

SAYUR-SAYURAN yang dipotong untuk salad, Nufa masukkan ke dalam sebuah mangkuk kaca besar. Gaul biar semuanya bercampur, Nufa capai salad dressing sebelum masukkannya dalam kuantiti yang Nufa suka pada saladnya.

"Hai, kakak!" Sapaan Halwa buat Nufa alih pandangan seketika daripada saladnya. Tersenyum dia menyapa Halwa yang dah berdiri tegak di sisinya.

"Wow! Salad!" Teruja suara Halwa melihat snek malam Nufa. Tangan mula lah gatal curi-curi ambil sedikit salad Nufa.

Lihat itu, Nufa hanya geleng perlahan sahaja. Tak banyak kata, sebiji mangkuk kecil serta garfu diambil dan diserahkan kepada Halwa.

"Ayu sikit. Awak tu anak dara." Tegur Nufa sambil berlalu menuju ke oven. Mahu bawa keluar daging yang dia dah bakar dua jam lalu untuk dimakan bersama salad.

Halwa hanya sengih sahaja. Seronok dia mencedok masul salad ke dalam mangkuk sebelum elok dia panjat para dan dudul berjuntai kaki di situ.

Nufa geleng sekali lagi.

"Alah, alah anak dara seorang ini. Makin ditegur makin bebas pula ya?" Bebel Nufa kecil. Namun Halwa hanya hambur gelak sahaja sambil menikmati salad buatan Nufa.

"Tu daging nak makan sekali dengan salad ni ke, kakak?" Soal Halwa.

Nufa angguk sahaja. Daging bakar dialihkan dari tray pembakar kepada papan pemotong. Pisau diambil dan dihiria nipis daging bakar itu. Senyuman tak lekang bila cubaan resepi daging bakar itu menjadi.

"Yes!" Sorak Nufa kecil sambil angkat daging yang dicucuk pada garfu. Tunjuk pada Halwa, wajahnya memang teruja sungguh.

Halwa tepuk tangan perlahan, meraikan apa yang menggembirakan Nufa. Bila nampak Nadhif yang baru muncul di dapur, laju Halwa juih-juih bibir kepada Nufa.

"Wow! Sedapnya bau!" Tegur Nadhif. Nufa dipandang sekilas sebelum laju mata mencari punca aroma bakar enak itu.

"Sesedap rasanya!" Halwa bersorak. Lompat turun dari para dapur, Halwa hulurkan mangkuk kepada Nufa.

Nufa yang mengerti akan kemahuan si adik ipar, terus memasukkan hirisan-hirisan daging ke dalam mangkuk itu.

"Thank you! Kakak is the best!" Sorak Halwa sebelum dia peluk Nufa erat. Sengaja kemudiannya dia menjelirkan lidah kepada Nadhif yang dah bulat mata pandang mereka berdua.

"Eh, eh. Jauh sikit ya. Isteri abang ni ya!" Laju Nadhif beri amaran. Bergerak dia mahu leraikan pelukan Halwa daripada Nufa tapi si adik lebih laju melarikan diri keluar dari situ.

Nufa hanya gelak kecil sahaja. Hilang Halwa dari situ, Nufa kembali menghiris nipis daging bakarnya. Sedar Nadhif dah berdiri rapat di belakangnya, namun Nufa buat tidak endah sahaja.

Nadhif berdiri di belakang Nufa. Tangan dah naik memeluk longgar pinggang Nufa dari belakang. Dagu pula dipaut pada bahu Nufa. Diam mereka selesa begitu.

"Nah b." Pelawa Nufa memecahkan diam mereka seraya sehiris daging dihulur kepada Nadhif.

Senyum kecil, Nadhif nganga minta disuap dan Nufa hanya turutkan. Daripada adik sampai ke abang suka bermanja. Mujur dua beradik sahaja. Kalau sepuluh? Tak menang tangan Nufa nanti melayang semuanya.

"Hmmm, sedapnya." Puji Nadhif seraya mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Nufa. Satu tangan lagi naik memeluk bahu Nufa.

Nufa senyum.

"Tapi kita kan dab dinner tadi? Huwainaa masak ni ada apa-apa jadi ke?" Soal Nadhif.

"Takde apa pun. Tadi masa b ke surau Waina scroll TikTok. Jumpa orang buat resepi ni. Terliur tengok, rasa nak makan. Nasib baik ada bahan. Kalau tak, menangis dah Waina." Cerita Nufa. Sehiris daging lagi disuakan kepada Nadhif.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now