C6

2.5K 314 19
                                    

PINTU #OhMyDobi dikunci rapi sebelum Nufa dongak pandang atas. Shutter yang masih belum diturunkan buat dia lepas nafas sendiri. Rasa geram menjengah dalam hati tiba-tiba. Rasanya sudah dia pesan kepada angahnya, Numair untuk tolong turunkan shutter sebelum bawa Afrina pulang. Mesti lupa orang tua tu. Ingat isteri aje. Adik dia yang pendek dan akan struggle nanti dia lupa. Ceh.

Malas, Nufa buka kembali pintu kedai untuk ambil kerusi di dalam. Nak bergantung kepada ketinggian dia, memang tidak lah. In shaa Allah lah kiamat pun takkan terturun shutter tu.

Dapat kerusi, Nufa jatuhkan tote bag ke lantai. Penuh cermat dia panjat kerusi kemudiannya. Terima kasih kepada kependekannya, dah panjat kerusi pun perlu jongket lagi. Huh! Menyampah. 

Penuh susah Nufa nak gapai pemegang shutter namun hampir lima minit, berjaya juga. Terus dia lepaskan nafas lega sebelum sepenuh hati dia tarik shutter ke bawah. Itu pun penuh mengah dan tercungap-cungap menarik nafas. 

Selesai, kerusi dimasukkan semula ke dalam premis dobi sebelum dia kunci pintu dan tarik shutter sepenuhnya. Kunci mangga dikeluarkan dan shutter dimangga. Selamat. Terus terduduk Nufa di atas lantai melepaskan lelah seketika. 

"Sumpah aku membebel dekat angah nanti!" Omel Nufa di bawah nafas. Sambil itu punggung dah diangkat dari lantai. Kunci pun dah dicampak masuk ke dalam tote bag kepunyaannya lantas telefon pintarnya dibawa keluar. Mahu telefon Sayf. Sayf kata mahu bawa dia makan hari ini. Ada surprise katanya.

Bersandar di dinding, Nufa lekap rapat telefon di telinga. Sabar dia tunggu Sayf menjawab panggilannya namun setelah hampir lima kali deringan, operator yang menjawab panggilannya. Berkerut terus dahi Nufa. Telefon dipandang kehairanan.

"First time ni. Kenapa dia tak jawab?" Nufa menyoal diri sendiri. Sayf memang jarang ghosting dia seperti Mifzal selalu ghosting dia sebelum perpisahan mereka. Kadang terconfuse dengan siapa dia bercinta. Sayf atau Milfaz. Tapi takde lah confuse sangat. Sayf kawan baik dia. Dia tahu itu.

Sekali lagi nombor Sayf didail dan perkara yang sama berlaku sekali lagi. Suara robot operator yang menjawab panggilannya. Mula lah Nufa rasa darah nak naik sampai kepala. Perlahan-lahan, Nufa pejam mata dan nafas ditarik dalam-dalam.

"Huuu." Perlahan-lahan juga dia lepaskan nafas. Bibir dikemam rapat sebelum dia ukir senyuman, cuba untuk tenangkan diri sendiri. Topi di atas kepal apn dah dibetulkan sebelum Sayf dihubungi sekali lagi.

Tut tut... 

Tangan peluk tubuh sendiri.

Tut tut...

Topi di kepala dibetulkan.

Tut tut...

Kaki dah mula bergerak. Ke kiri, ke kanan.

Tut tut...

Mata dipejam, tahan geram.

"Sorry, the number you---"

"WOI!" Menjerit terus Nufa di situ bila sekali lagi operator yang menjawab panggilannya. Sumpah darah dah naik sampai kepala. Menggelegak habis. 

WhatsApp dibuka dan Pinned Chat bersama Sayf ditekan sebelum ikon mikrofon ditekan geram. Nak hantar voice message. Nak lepaskan geram kepada Sayf yang buat hal di akhir harinya.

"I'm having my bad day, Sayf! Kau kata nak ambik aku!!!" Menjerit Nufa di situ melampiaskan rasa marahnya. Tak peduli dengan pandangan beberapa orang yang lalu lalang di situ. 

"Kau tahu tak dari pagi tadi lagi! Dari pagi tau!!!" Nufa teruskan hantar voice message kepada Sayf. Tak sedar daripada berdiri, dia dah duduk mencangkung perlahan-lahan di sebelah dinding. 

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now