C69

2.2K 294 94
                                    

DUDUK yang baru sahaja mahu berlabuh di atas sofa langsung terbantut bila telinga menangkap suara Halwa memanggilnya. Menoleh, ada Halwa yang mendekat dengan bantal kecil di tangan.

Dahi berkerut namun tetap juga duduk dilabuhkan. Tangan juga dah capai remote control TV yang ada di atas meja kopi. Malam ni ada bola.

"Abang," Halwa memanggil. Bersendeng dia di tepi sofa.

Nadhif hanya hmm tanpa butir. Punat-punat remote control ditekan untuk mencari siaran.

Halwa pandang sama TV yang dah berubah-ubah siarannya. Kemudian pandang Nadhif yang jelas tak minat langsung dengan kehadirannya.

Oh. Takpe. Halwa tahu macam mana nak tarik minat dan perhatian si abang.

"Kakak Nufa merajuk dengan abang ke?"

Tersentak terus Nadhif bila dengar soalan itu. Jari yang laju menekan tadi ikut sama terhenti. Telan liur, Halwa dipandang dengan wajah bersahaja.

Wajib cover ya. Malu lah. Baru 6 hari kahwin, dah merajuk-merajuk bagai. Tapi, ehem. Itu lah yang sedang terjadi.

"Mana ada." Datar nada Nadhif. Kemudian pandang televisyen pula, pura-pura tenang.

Hati berdoa terus supaya Halwa menerima jawapannya.

Alah. Bukan Nufa merajuk betul pun. Cuma main lari-lari kerana malu. Macam tempoh hari, sewaktu mereka baru 6 hari berlakon bercinta.

Nadhif tak salahkan Nufa. Dan Nadhif juga tak salahkan dirinya. Buat apa nak rasa bersalah jika apa yang terjadi di pondok tengah hari tadi adalah halal? Dia lelaki dan Nufa perempuan. Dia suami dan Nufa isteri. Sah-sah adegan manja seperti tadi akan berlaku. Dan paling penting, halal!

Tapi, nak buat macam mana. Perempuan dan malu itu saling melazimi. Dan Nadhif biarkan sahaja Nufa habis malu. Lagipun, lari-lari Nufa pun, matanya masih menatap wajah manis itu. Suara merdu itu pun dapat didengar. Namun tuan punya badan tak dapat disentuh lah. Kan lari?

"Kalau takde, kenapa macam satu hari ni Kakak Nufa menempel aje dengan Awa?" Pincing mata Halwa memandang Nadhif.

Nadhif masih lagi berlagak tenang. Ya. Sejelas itu larian Nufa daripadanya. Tak mahu merapat langsung!

Sekilas Nadhif memandang Halwa.

"Biar lah. Lepas ni, tak dapat dah kakak Awa tu menempel dengan Awa. Abang pastikan dia akan menempel dengan abang aje." Selamba Nadhif membalas kata.

Halwa langsung beriak geli.

"Eee, geli!"

"Biar lah." Bibir ternaik sinis. "Isteri abang."

Fakta yang satu itu buat mata Halwa menjuling ke atas. Tak boleh nak lawan. Nufa memang kepunyaan abangnya. Dan Halwa doa sampai bila-bila.

"Okey lah. Memandangkan abang tak kesah Kakak Nufa menempel dengan Awa, malam ni kira aci lah Kakak Nufa tidur dengan Awa." Halwa senyum senget. Kening juga diangkat beberapa kali.

Laju kepala menoleh kepada Halwa yang dah tutup mulut sembunyikan tawa. Suka bila dapat mengenakan dirinya.

"Eh, takde!" Nadhif tak bersetuju.

Halwa mencebik kecil. "Apa pula. Tadi kata biar."

Bersandar pada sofa, kepala menggeleng lagi. Tak cukup itu, jari telunjuk pun ikut digoyangkan sekali. Memang benar-benar tidak bersetuju.

"Eleh. Tak boleh dah. Kakak Nufa memang dah tidur dalam bilik Awa dah pun." Halwa memberitahu. Bantal kecil dipeluk dan kaki terus mahu melangkah pergi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now