C70

2.3K 308 132
                                    

HULURAN McFlurry Oreo oleh Nadhif, Nufa sambut dengan senang hati. Tersengih dia bila rasa bekas sejuk ais krim itu di tangan. Tak cukup dengan itu sahaja, bahkan Nadhif juga menghulurkan satu paperbag yang berisi order tambahan mereka.

"Yes! Thank you!" Girang nada Nufa.

Nadhif hanya mengerling sekilas bersama senyum kecil. Brek tangan diturunkan lalu kaki mula menekan pedal minyak, menggerakkan kereta.

Nufa tak hirau apa dah. Seronok dia menyuap masuk McFlurry Oreo dalam mulut. Badan pula auto menari kecil bila ais krim vanilla bersama cebisan-cebisan oreo mencair di dalam mulut.

Nadhif tongkat kepala dengan tangan. Sekali-sekala, Nufa yang menikmati manisan itu dipandang bersama senyum.

"Nak?" Tawar Nufa. Satu sudu MacFlurry Oreo dah disua kepada Nadhif.

Tanpa balasan, Nadhif langsung rapatkan diri, minta disuap. Tahan sabar aje lah lihat riak terpaksa Nufa menyuapnya di hadapan mata.

"Sebab kau belanja aje tau aku setuju nak suap kau ni. Kalau tak..." Omel Nufa sambil kerling sekilas kepada Nadhif.

Terhambur kecil tawa Nadhif. Kepala menggeleng kecil sebelum tangan memutarkan stereng masuk ke satu simpang. Dan tidak lama kemudian, kereta berhenti.

Nufa laju pandang kiri dan kanan. Deretan kedai lot dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa berhenti?" Soal Nufa. Sambil itu suap lagi sesudu ais krim ke dalam mulut.

Nadhif hanya menggeleng kecil. Tak cover ayu sungguh minah ni. Bagus lah. Nadhif lagi suka Nufa jadi diri sendiri.

"Nak pergi 99 sekejap. Kau kunci pintu ni." Pesan Nadhif. Tangan dah buka pintu. Namun, soalan Nufa membantutkan kaki untuk pijak jalan tar.

"Lama ke?"

Menoleh dengan senyum senget, kening ternaik sedikit, tanda minat dengan soalan yang diajukan.

"Kenapa? Dah rindu ke?"

Nufa terus julingkan mata ke atas. Tanpa suara, badan Nadhif ditolak keluar dari kereta. Jengkel rasa bila dengar tawa yang meletus kecil itu. Bila Nadhif tutup pintu, laju Nufa menekan kunci.

Kita taat suami kita ya. Contohilah kita.

Kembali kepada McFlurrynya, Nufa suap lagi sesudu masuk ke dalam mulut. Sudah itu, bekasnya diletakkan ke dalam cup holder.

"Lagi? Ada burger apa ek tadi?" Soal Nufa bersama tangan yang dah mula memunggah beg kertas McDonald.

Berseri dengan senyuman wajahnya bila tangan bawa keluar bungkusan burger keluar dari beg kertas itu.

"Double Cheese Burger!" Sorak Nufa kecil. Suka bila burger kegemarannya ada. Macam mana Nadhif tahu pun, dia tak pasti. Tiada pula dia meminta atau memberitahu mahu semasa pesan tadi.

Jongketkan bahu, Nufa malas ambil pusing. Ada lah tu mana-mana Nadhif tahu. Daripada nalurinya ke, atau paling jelas daripada Sayf. Mamat tu kan pemecah mohor-mohor terbesar Nufa.

Bawa telefon keluar, Nufa ingin merakam momen ini. Tak mahu pun kongsi di media sosial. Saje buat kenangan.

Sejak putus dengan Mifzal, aplikasi Instagram memang dah berhabuk. Ruang profilenya juga kosong tanpa ada pautan gambar. Biar lah dulu dia healing betul-betul.

Healing dengan suami. Eceh!

Baru nak buka bungkusan burger, telinga menangkap bunyi deringan telefon. Seiring dengan itu, ada sesuatu yang menyala di tempat duduk yang ditinggalkan Nadhif tadi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now