C31

2K 288 86
                                    

RIUH kereta dengan suara teruja Sayf dan Warda. Dan semestinya, topik teruja mereka pastilah Nufa dan Nadhif sebentar tadi. Yalah, tak sangka pula dapat lihat 'kapal' mereka berlayar terang-terangan seperti tadi.

"Agak-agak Sayf kan, Encik Nadhif minat tak dekat Nufa?" Soal Warda. Duduk dah dibetulkan. Senget separuh badan menghadap Sayf yang tenang memandu di sebelah.

Sayf senyum senget.

"Daripada pandangan mata seorang lelaki, Sayf rasa Dhif ada kut suka sikit-sikit dekat Nufa." Dagu diusap perlahan.

Warda hanya mengangguk tanda faham.

"Tapi sungguh. Warda memang suka kalau Encik Nadhif dengan Nufa. Walaupun baru aje kenal dengan Encik Nadhif, Warda suka dan senang dengan dia. Kalau dengan Mifzal dulu, ambil masa juga nak setuju hubungan mereka berdua." Beritahu Warda tanpa diminta.

Memang pada mulanya agak susah juga nak terima hubungan Nufa dan Mifzal dahulu. Bukan sebab Nufa tak sesuai dengan Mifzal, tapi ada satu sisi Mifzal yang buat Warda simpulkan Mifzal anggap Nufa tak pernah layak untuk berdamping dengan lelaki itu lebih lama. Dan dia tak suka sikap yang satu itu. Tapi, lihat bahagia bersama Mifzal, Warda tak boleh banyak bunyi. Hany amenerima dan hantar doa dalam diam sahaja.

Sayf pandang Warda. Riak wajahnya jelas tunjuk dia juga bersetuju dengan apa yang Warda bicarakan.

"Kan? Mifzal dan Nufa macam bengkok sikit. Kalau dengan Nadhif, nampak cahaya lurus tu." Kata-kata setuju Sayf undang tawa kecil Warda.

"Sayf setuju kalau Nufa dengan Warda. Sebab tu Sayf fikir nak jadikan Nadhif sebagai someone Nufa. Tapi, minah tu tak nak pula. Aiseh!" Stereng kereta dipukul perlahan sebelum ia kembali dipegang erat.

Kening Warda terjongket kecil mendengar kata Sayf. Penuh minat dia memandang Sayf, untuk dengar dengan lebih lanjut.

"Someone?"

Sayf mengangguk.

"Si Nufa tu, katanya nak buat plan balas dendam. Tapi, tiba-tiba dia tak jadi nak teruskan pula. Sayf geram lah. Yalah, punya teruk dia menangis sebab si Mifzal tu... tup tup tak jadi nak balas dendam." Cerita Sayf bersungguh.

Warda angguk kecil. Dia tahu juga Nufa nak balas dendam, tapi tak tahu pula gadis itu sudah undur diri tanpa sempat berjuang.

"Lepas tu?"

Sayf senyum senget. Eh, comel pula makwe orang ni.

"Lepas tu, Sayf ada cadangkan lah supaya Nufa ni pi upah mana-mana orang tunjuk dia bahagia. Konon dah move on dengan Mifzal yang dah ada pengganti tu. Tapi, dia tak nak." Mencebik kecewa Sayf di akhir kata.

Warda berkerut tak puas hati.

"Ada juga cadang upah orang supaya Mifzal digoda, itu pun ditolak."

Warda buat muka jelek.

"Itu memang sahih kena tolak. Buatnya kalau perempuan upahan tu yang tergoda, tak ke sama nasib hidup macam Nufa nanti." Warda menolak mentah-mentah. Membayangkan Mifzal buat hal yang sama pada gadis lain, buat darahnya menggelegak marah sendiri.

Membulat mulut Sayf. Kepala terangguk-angguk sama.

"Faham, faham."

Warda angguk sekali.

"Lepas tu. Someone Nufa tu?"

Sayf petik jari. Kembali ke topik yang boleh diterujakan bersama.

"Someone Nufa tu..."

Dan plan balas dendam bagi pihak Nufa diceritakan penuh kepada Warda. Dan setiap kali Warda mendengarnya, senyuman jadi makin lebar. Sesekali tangan juga bercantum dek rasa teruja.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now