C14

2.2K 264 34
                                    

PRE-LOVED SALE

TERSENYUM Nufa tulisan tangannya sendiri. Tambah bunga-bunga sedikit dan dah kertas bersaiz A3 itu dah boleh ditampal. Tak berlengah, self-on-tape diambil bersama dengan gunting. Kertas A3 di tangan di bawa bersama ke pintu dobi. Senyum lagi dia lihat baju-bajunya yang dah bergantungan cantik di rak besi yang baru dia beli bersama Sayf pagi tadi.

Seronok, kertas A3 ditampal pada dinding kaca dobi. Sambil tampal, sambil dia menyanyi kecil. Tak sabar untuk dapat semula duit pelaburannya. Walaupun mungkin tak akan sama jumlahnya seperti dahulu, dah kira okey ada daripada tiada langsung.

Warda menggeleng kecil sambil tersenyum. Nufa yang tampak riang dihampiri.

"Amboi, kemain dia! Semangat." Bersandar di pintu dobi, Warda menyapa.

Nufa senyum sahaja. Dia selesaikan kerja menampal kertas dahulu sebelum dia pusing menghadap Warda yang masih sama di tempatnya. Pintu dobi. Senyum pun masih sama.

"Semangat lah weh. Aku nak jual memori aku dengan lelaki jerk tu. Tak tahan nak berlama dah." Ujar Nufa. Baju-baju yang tergantung di rak disusun rapi. Pegang-pegang sikit rasa material kain buat kali terakhir. Sedih dah tak boleh nak jadi terlalu perempuan sangat lepas ini. Tapi, tak apa. Nanti satu masa dia pasti waktu itu akan tiba jua.

Warda senyum kelat.

"Aku sebenarnya tak sangka lagi sebenarnya yang kau dengan Mifzal dah break-up. Lagi sebab dia curang. I mean, tiga tahun ni aku tengok dia layan kau okey aje. Memang tip-top habis! Tak berkurang pun perhatian dia pada kau malah aku tengok makin bertambah. Tak sangka pulak dia curang." Kata Warda. Sambil itu garu dahi sikit. Muka pun tayang riak tidak percaya.

Nufa angkat bahu. Dia masuk semula ke dalam dobi diekori dengan Warda selepas itu. Duduk dilabuhkan di kerusi kemudiannya dan Warda berbuat yang sama. Dah copy paste semua pergerakannya. Nak tahu cerita lagi lah tu. Semalam tak puas lagi dengar 'tuang teh' dia.

"Nak buat macam mana. Dah takde jodoh." Balas Nufa mudah. Malas dah nak ulas hubungan yang sudah berakhir ini.

Warda angguk sahaja. Jari bermain dengan pen.

"Tapi kau kuat doh. Kau tak ambil masa yang lama murung semua. Kalau aku jadi kau... uish." Bicara Warda terhenti. Kepala dah tergeleng-geleng. Macam membayangkan dalam kepala keadaan dirinya jika dia di tempat Nufa sekarang.

"Tiga tahun kut!" Tiga jari Warda angkat.

Nufa hanya sengih kelat. Kalau lah Warda tahu bagaimana dia lalui malam-malamnya sebelum ini.

"Nak buat macam mana? Takkan aku nak meraung, melalak tiga tahun juga. Hidup kena teruskan walau dia dah takde dalam plan hidup aku. Kita bina plan hidup baru lah." Tenang sahaja Nufa kata. Rasa nak tergelak dengan kata-kata sendiri, tapi itu lah. Dia cuba selarikan perbuatannya dengan kata-kata.

Warda terangguk-angguk. Bahu Nufa ditepuk perlahan.

"Kau sabar eh. Dia belum cukup terbaik untuk jadi jodoh kau." Pujuk Warda dan Nufa hanya mengangguk.

"Kumbang bukan seekor. Entah-entah kumbang kau sebenarnya dekat aje." Warda dah mula masuk mode mengusik. Tengok aje senyuman macam nenek kebayan dia tu. Buat Nufa dah berkerut sendiri.

"Dekat mana pulak? Merepek kau ni." Menggeleng Nufa. Malas melayan.

Warda sengih lagi. Tangan dah menongkat dagu.

"Alah, dekat-dekat aje lah. Kau tahu tak berapa ramai oppa-oppa hensem yang walk-in kita punya dobi ni? Berlambak tau. Nak kira pakai kalkulator pun belum tentu lepas! Berlambak kan?"

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now