C89

1.7K 235 66
                                    

BERSIAP untuk ke kerja seperti biasa, pagi Nufa dan Nadhif hari ini dikejutkan dengan deringan loceng rumah seawal jam 7:45 pagi. Berkerut Nufa yang sedang menggosok selendang. Hairan Nadhif yang baru merendam bihun di dapur.

Keluar daripada keberadaan masing-masing, Nufa dan Nadhif berbalas pandangan.

"Siapa datang?" Tanya Nufa perlahan.

Nadhif hanya jongketkan bahu sebelum dia bergerak untuk buka pintu. Nufa pula hanya statik di tempatnya, tidak berganjak. Lebih suka untuk mengintai sambil siap-siap sarung selendang yang baru separuh digosok atas kepala.

Nadhif ucap basmalah perlahan sebelum kecil dia membuka pintu. Mengintai sedikit sebelum pintu dibuka meluas.

"Lah, Awa." Nadhif pusing belakang beritahu Nufa.

Nufa lepas nafas lega. Ingatkan siapa lah yang ganggu kemanan pagi mereka berdua.

Halwa senyum kelat sebelum dia menoleh ke sisi kanannya sekilas. Seakan memberi isyarat kepada Nadhif. Nadhif yang faham ikut sama memandang sisi kanan Halwa.

Jatuh rahang sekejap bila lihat ada Nourin di situ. Siap melambai penuh teruja pulak tu. Langsung Halwa Nadhif pandang laju.

Halwa urut pelipis dahi.

"Buka pintu. Halwa penat emosi ni." Lemah permintaan Halwa.

Nufa dah hairan bila Nadhif masih belum buka pagar rumah. Terus kaki mengoral langkah ke sana.

Tak sempat Nadhif nak menghalang, Nufa dah elok berdiri di sisinya. Mula-mula nampak senyum manis Nufa menyambut Halwa namun senyum itu cepat muncul bila Nourin muncul merangkul bahu Halwa.

"Oh." Pendek kata-kata Nufa sambil balas pandang dengan Nadhif dan Halwa.

"Memang tak nak buka kan pintu ke? Kesian Awa dan Rin berdiri lama depan pintu ni." Ucap Nourin tak peduli suasana sekeliling yang sedikit tegang.

Ah! Nourin peduli apa. Tiga hari dia tahan sabar dengan perangai Halwa yang tak sudah-sudah merahsiakan keberadaan Nadhif dan Nufa. Dan akhirnya, dia ambil peluang dalam keterpaksaan Halwa.

Halwa mahu pulang kerana susah barang-barangnya ada di tempat berasingan. Lagipula, Habeeba akan terbang ke Korea atas urusan kerja. Takkan Halwa masih lagi nak duduk di apartment sewa itu kan?

"Nourin buat apa kat sini?" Soalan itu lurus Nufa tanya tanpa selindung ketidak selesaannya sedikit pun.

Nadhif dan Halwa hanya diam sahaja. Masing-masing telan liur dengan perubahan suara serius Nufa.

Garang! Grrr!

Nourin senyum sinis.

"Rin ikut Awa. Lagipun Beeb takde kat sana. Takkan Rin nak menumpang lagi kan?" Mudah Nourin balas sambil pintal hujung selendang.

Nufa peluk tubuh.

"Kalau dah tahu tak nak menumpang, kenapa tak balik rumah sendiri aje? Ini datang sini, tak kira menumpang juga ke?" Tak peduli apa dah. Biar lah nampak dia jahat dan kasar sekalipun. Nufa tak peduli.

Kelat terus wajah Nourin dengar kata-kata Nufa.

"A---"

"Perangai kau ni, buat aku ragu tau tak." Tajam mata Nufa pandang Nourin.

Masing-masing dah telan liur.

"A–apa?" Nourin buat-buat berani.

"Kau ni entah ya, entah tidak ada reunion. Takkan tiga hari reunion kau kut? Ke sebulan? Kw reunion kau habis bila rancangan kau berjaya?" Bertubi-tubi soalan sinis dikeluarkan oleh Nufa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now