C4

2.7K 298 10
                                    

PINTU premis #OhMyDobi ditolak. Dengan langkah longlai, tempat kerjanya dimasuki. Malas mahu terlalu mesra, lurus sahaja langkah menuju ke kaunter. Ada Afrina, kakak iparnya di situ. Sibuk melayan pelanggan.

Sampai di kaunter, Nufa selamba berdiri di sebelah pelanggan dengan tangan menongkat dagu gaya malas. Silih ganti dia pandang Afrina dan pelanggan itu.

Bila perasan wajah pelanggan yang dirasakan asing, mula lah mata bergerak dari atas turun ke bawah. Scan.

'Tak pernah nampak pun.' Gumam hati Nufa perlahan. Mata tak selesai scan lagi.

Topi hitam. Singlet hitam dipadankan dengan kemeja sleveless checkered berwarna merah hitam. Seluar tracksuit dan sandal hitam. Sekali tengok, selekeh.

Dahi berkerut tengok penampilan lelaki itu. Runsing kejap. Dia macan selekeh, tapi menarik. Tapi selekeh. Eh.

Kepala digaru sekejap. Badan pun dah tegak. Blur sekejap dengan fikiran sendiri. Dan itu menarik Nufa untuk pandang lelaki itu sekali lagi.

"Pahal kau?"

Tersentak Nufa bila itu perkataan pertama yang dia terima saat mata sekali lagi mendarat pada lelaki itu.

Terkebil-kebil Nufa. Afrina dipandang. Kakak iparnya dah mula urut pelipis dengan perlahan. Penat dan malu mungkin ada adik ipar bebas macam dia.

"Takde hal." Balas Nufa seselamba yang mungkin. Selamba tu sampai dia tongkat dagu balik dan kembali pandang lelaki itu.

Afrina yang melihat, dah tepuk dahi. Ya Allah Nufa! Tak tahu malu betul!

Melihat perbuatan Nufa, terjongket kening lelaki itu. Tak sangka mungkin dengan tindakan Nufa yang selamba meniliknya atas bawah kembali.

Dia perhati aje dari tadi. Apa entah masalah gadis ini. Dah lah memotong barisan. Biadap pula tu tilik dia atas bawah, atad bawah tanpa henti.

"Errr, Encik Nadhif?"

Panggilan itu buat mereka berdua serentak memandang Afrina. Sengih Afrina dibuatnya. Muka dah bahang jugak lah sebab Nufa tapi takpe... kita pro.

"Kau Nadhif ke?" Soalan dari lelaki itu buat Nufa pandang sebelah semula.

Lelaki bernama Nadhif itu tak pandang dia pun. Sibuk mengisi borang keahlian.

Nufa garu dahi.

"Tak."

Nadhif menjeling. Gadis itu dah tak pandang dia. Bagus.

"Kak Na. Nufa ke belakang lah. Ada orang trigged lebih dekat sini." Dan selamba pula Nufa berkata begitu sebelum dia masuk ke bilik belakang. Lelaki kerek bernama Nadhif itu langsung tidak dia pandang.

Mendengar perlian itu, Nadhif angkat wajah. Tajam matanya pandang Nufa. Eh, eh. Kenal pun tidak. Tiba-tiba nak cari gaduh kenapa?

"Ish, budak ni!" Afrina menggumam geram. Nufa yang dah hilang di balik pintu dicari-cari. Kalau boleh cili, cili dah mulut kecil itu. Dengan orang tak kenal pun nak cari pasal.

"Takpe kak." Suara garau Nadhif menarik tumpuan Afrina.

Muka tanpa senyum itu dipandang. Kecut air liur.

"Agak-agak boleh siap bila?" Tanya Nadhif. Tangan dah serah borang yang diisi tadi. Jadi ahli mudah. Dia pun mungkin akan selalu berurusan dengan dobi ini.

Afrina senyum.

"In shaa Allah dalam masa 2 hari. Kalau ada apa-apa perubahan, encik boleh call kami lah." Kata Afrina ramah sambil hulurkan kad dobi mereka.

Nadhif mengangguk. Gadis bernama Nufa yang baru sahaja keluar dari bilik dengan sebakul pakaian di tangan dijeling sekilas.

'Muka kerek habis.' Kutuk Nadhif dalam hati.

"Err..."

Perasan dengan Afrina, mata pandang semula hadapan.

"By the way, kedai buah yang baru buka kat depan tu kedai family saya. Atas dia ada Kelas Pertahankan Diri. Tu kawan saya punya. Jemputlah singgah." Kata Nadhif sambil tangan hulurkan dua keping kad kepada Afrina. Mereka dah berjiran. Kena lah kenal-kenal.

"Oh. Haikal tu kawan encik lah ya?" Soal Afrina, teruja. Kalau Haikal dia kenal lah. Rajin lelaki itu hantar tuala dan baju-baju untuk dibasuh.

Nadhif angguk tanpa senyum.

"Tak perlu panggil encik. Panggil Nadhif dah cukup. Kita jiran."

Afrina angguk. Sambil tu senyum kekok. Nada tanpa tone itu buat dia rasa mereka macam bukan jiran aje. Ikhlas ke tak ikhlas Nadhif ni? Dah lah tak senyum. Muka ketat semacam.

"Jiran tapi muka ketat buat apa."

Dan kita ada Nufa Huwainaa semestinya. Budak selamba tu. Afrina dah jengilkan mata tapi Nufa masih selamba. Berani pula tu lawan mata dengan Nadhif sebelum hilang masuk ke bilik semula.

Nadhif hanya pandang kosong sahaja Nufa.

"Kerek." Komennya selamba. Buat rahang Afrina jatuh.

"Saya pergi dulu." Bersama pamitan ringkas itu, Nadhif terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

Tinggal Afrina yang terkebil-kebil sendirian di situ.

Nufa keluar dari bilik. Nadhif yang dah keluar dari premis dobi dipandang tak suka. Afrina dihampiri dan bahu kakak iparnya dicuit perlahan.

Pak!

Tiba-tiba kena pukul di bahu. Meringis sakit Nufa di situ.

"Kak Na dah kenapa ni?" Soal Nufa tak puas hati. Orang dah lah patah hati. Tak nak lah patah bahu jugak!

"Nufa kalau sehari tak cari gaduh memang tak sah kan?" Cekak pinggang Afrina di situ.

Nufa mencebik.

"Dia yang mula dulu." Selamba Nufa menyalahkan.

"Habis kalau dia mula, boleh sambung lah. Dia customer tau!" Afrina mengingatkan.

Sekali lagi Nufa mencebik.

"Apa-apa je lah. Dia orang baru ke?" Soal Nufa, mula ingin tahu. Wajah-wajah baru ni cepat aje buat dia menarik. Ada rupa ke, takde rupa ke. Tua ke, muda ke. Kalau dah kepochi seperti dia, semua menarik.

Afrina menggeleng. Beg plastik yang berisi pakaian kepunyaan Nadhif tadi diambil dan dibawa ke hadapan. Cepat dia buat kerja, cepat juga kerja-kerjanya siap. Nufa pula rajin mengekori.

"Kedai buah yang baru buka depan tu, family dia punya." Beritahu Afrina.

Nufa mengangguk.

"Haikal pula kawan dia."

Terjongket kening Nufa.

"Haikal Taekwando tu?" Tanya Nufa inginkan kepastian.

Afrina angguk. Dijeling sekilas Nufa. Wajah cemberut itu buat dia tergelak kecil. Dah agak, memang itu riaksi Nufa.

"Patut lah panas aje hati ni. Eloklah dua-dua jadi kawan. Sama-sama ketat, sama-sama poyo." Bebel Nufa sambil berlalu pergi. Rasa buang masa pula bertanya. Baik lagi dia sambung gosok baju di belakang.

Afrina menggeleng sambil sembunyi senyum. Macam-macam sungguhlah adik ipar dia ni.

Tangan kembali memasukkan satu persatu pakaian dalam mesin. Namun, tangan tiba-tiba berhenti. Ruang kaunter tempat berdirinya Nufa dipandang.

Perasan ada kelainan di wajah Nufa. Lagi-lagi mata lawa gadis itu. Nampak merah.

"Menangis ke?"

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Où les histoires vivent. Découvrez maintenant