C80

2.2K 260 50
                                    

TEMBIKAI yang telah dipotong kepada bite portion, Nufa masukkan ke dalam bekas tupperware. Sudah itu, bekas itu dimasukkan ke dalam polisterine box kecil yang penuh dengan ais batu.

Tersengih Nufa lihat buah-buah potong yang dah penuh dalam polisterine box itu. Boleh buat kudap-kudap buatnya dan Nadhif dalam perjalanan pulang nanti.

"Siap!" Kata Nufa sendiri seraya polisterine box ditutup. Tolak tepi, Nufa pergi ke sinki membasuh pisau dan papan pemotong yang dia guna tadi.

Sedang Nufa membasuh, tiba-tiba rasa kepalanya disentuh. Menoleh kepala terus dengan riak wajah terkejut. Bila nampak Nadhif ketawa halus di belakangnya, Nufa terus percikkan air kepada Nadhif.

"Hahaha!" Terlepas terus tawa besar Nadhif. Dan wajib lah lesung pipitnya muncul dengan cantik sekali, buat Nufa tersenyum sama.

Berjangkit senyum dek lesung pipit Nadhif.

"Baru balik kebun?" Pertanyaan Nufa, Nadhif balas dengan hmm pendek sahaja.

Sambung kerja, Nufa buat tidak endah kepada Nadhif. Masih sibuk membasuh peralatan-alatan yang diguna pakai tadi.

Lihat Nufa, Nadhif langsung merapat dan kedua tangannya ditongkat lurus di kiri dan kanan Nufa. Mengepung Nufa jika isterinya itu mahu lari.

Kemam bibir, Nufa sorok senyum. Cuba dia beriak tenang walau jantung dah berdetak hebat daripada biasa.

Dari sisi, Nadhif hanya tatap setiap gerakan tangan Nufa. Dan sesekali pandangannya jadi lembut bila wajah Nufa menjadi tempat labuhan matanya.

"Kita balik hari ni pukul berapa b?" Soal Nufa. Sengaja berbual kerana diam mereka ini buat dia lembik lutut.

"Huwainaa nak balik ke?" Soalan Nufa tidak dibalas, malah soalan lain pula dia lontarkan kepada Nufa.

Memuncung sedikit bibir Nufa sambil menggeleng kecil sebagai jawapan.

"Tak nak." Balas Nufa perlahan.

"Kenapa?" Nadhif bertanya. Tepat matanya pada bibir merah jambu Nufa. Muncung sekali lagi, tengok dia buat apa.

"Waina seronok duduk sini. Ada mak." Balas Nufa sedikit sayu.

Sungguh dia kata. Hajah Fazila adalah alasan mengapa dia mahu terus duduk di sini. Layanan Hajah Fazila kepadanya serta curahan kasih sayang Hajah Fazila kepadanya buat dia rindu dengan belaian kasih seorang ibu.

Nadhif diam.

Tangan dah mula beralih memeluk longgar Nufa. Perlahan tangannya mengusap perut Nufa. Dagu pula dah bertongkat pada bahu Nufa.

Nufa senyum kecil. Tahu itu sentuhan pujukan Nadhif.

"Tapi takpe lah. Kita dah lama cuti. Nanti ada masa, b bawa Waina balik sini lagi boleh?" Pinta Nufa.

Nadhif hmm pendek dan mengangguk kecil. Bahu Nufa pula dikucup sekilas sebelum Nufa yang masih belum selesai membasuh itu dipandang.

Lama betul membasuh. Ke sengaja nak luang masa bersamanya?

Pelukan Nadhif jadi makin erat, buat Nufa jatuhkan pandangan pada tangan Nadhif yang masih mengusap lembut perutnya.

Rama-rama!

Aku di sini menunggu kamu

Nadhif tiba-tiba menyanyi. Dengar suara Nadhif, Nufa terus menoleh. Dan toleh semula pandang sinki bila pipinya menerima kucupan Nadhif.

Mamat ni lah! Kat dapur ni! Tahu lah mereka berdua sahaja. Tapi kalau ada yang masuk dan nampak, tak ke malu kena bahan nanti?

Nadhif senyum. Nyanyian perlahannya disambung lagi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now