C18

1.8K 234 45
                                    

PINGGAN yang sudah licin, Nufa bawa ke sinki. Dibasuh peralatan makan tanpa suara sebelum dia kembali semula ke meja makan. Telefon yang masih lagi menyala diambil. Jelas terpampang wajah Sayf di dalam kereta di skrin.

Ada budak manja suruh teman dia balik kampung dalam kereta.

"Sampai mana dah, Sayf?" Soal Nufa malas-malas. Air putih yang masih berbaki setengah gelas diteguk perlahan.

"Aku baru lepas tol, dodol. Jauh lagi perjalanan aku." Balas Sayf. Rasanya tadi baru Nufa tanya soalan yang sama. Ni dah kena tanya semula soalan yang sama. Sungguh lah nampak Nufa malas di situ.

Nufa gelak. Letak tudung di kepala dia betulkan.

"Kau balik berapa lama ni?" Soal Nufa. Kalau Sayf pergi lama, bosan lah dia tanpa Sayf di sisi.

Sayf fokus dulu kepada pemanduan. Nufa nampak Sayf pusingkan stereng kereta. Masuk simpang agaknya.

"Tiga hari kut. Nak tunggu Beeb lepas rindu dengan kampung dulu." Balas Sayf tenang selepas itu. Sesekali wajah Nufa di skrin dipandang.

"Beeb balik sekali kat KL nanti?" Soal Nufa. Ain Habeeba, sepupu Sayf juga merangkap kawan sekelasnya dulu baru sahaja pulang dari Jepun. Baru habis projek fotografi di sana.

Ain Habeeba. Model Muslimah untuk barang kemas ternama di Malaysia. Hebat bukan? Nampak aje cekia-cekia, tapi hebat.

"Mestilah balik. Mahu kena tibai dengan Mak Uda aku kalau tak ingat jalan pulang."

Auto ketawa kecil Nufa dibuatnya. Terbayang terus wajah garang Mak Uda a.k.a Puan Hudah, mak kepada Ain Habeeba. Jangan dibuat Mak Uda seorang itu.

"Pastu balik KL nanti dia duduk mana?" Soal Nufa.

Wajah Sayf berkerut.

"Soalan apa kau tanya ni? Dia housemate kau kan? Sah-sah lah dia duduk dengan kau."

Nufa mencebik sedikit.

"Mana lah aku tahu. Nak dekat 6 bulan kat Jepun tu. Mana tahu nak duduk rumah naik taraf sikit."

Sayf menggeleng.

"Buang duit namanya. Kau pun tahu perangai berjimat cermat dia macam mana."

Nufa hanya angguk. Ingat sangat. Ain Habeeba tak peduli namanya yang makin meningkat. Untuk berjimat, duduk rumah sewa di kawasan setinggan pun pernah. Mujur lah bertemu dia di sini. Boleh jadi housemate dan bersama-sama dalam penjimatan.

"Hmmm."

Sayf pandang Nufa.

"Why? What happened?" Laju Sayf bertanya bila dengan deham panjang Nufa. Ada lah tu benda tak kena.

"Kau takde ni... nanti kalau Mifzal nak jumpa macam mana? Aku tak nak hadap dia." Adu Nufa. Sebetulnya, dia memang tak mahu ini terjadi. Muncul topik ini pun sebab dia nampak missed call daripada Mifzal Maghrib tadi.

"Dia ada jumpa kau ke hari ni?" Soal Sayf.

Nufa menggeleng.

"Dah tu?"

"Aku dapat missed call dia. Hah. Petanda apa tu?"

Sayf diam. Risau sedikit. Emosi Nufa sudah lah belum sembuh sepenuhnya. Jerk betul lah ex-boyfriend Nufa Huwainaa ni.

"Kau doa lah dia tak jumpa kau masa aku takde. Tak pun kau doa pangeran berkuda datang selamatkan kau.

Dahi Nufa berkerut.

"Eee. Pangeran berkuda mana pula yang nak datang selamatkan aku, hah? Kalau kau sebut Kak Nak ke... Warda ke... boleh lah aku terima. Ni pangeran yang tak wujud. Pfft." Balas Nufa sinis. Rasa kelakar pula dengan bualan Sayf.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora