C37

1.9K 273 87
                                    

PUAS bersembang dengan Habeeba, Nufa minta pamit mahu tidur. Mata dah terasa berat. Tinggal nak tumbang sahaja. Bila Habeeba beri jawapan anggukan, terus Nufa bangun dan berlalu ke bilik tidurnya.

Pintu ditutup. Pandang sahaja katil berduvet kuningnya, Nufa rasa khayal sekejap. Tersengih dia seperti orang gila. Kesan sampingan bila sudah terlalu mengantuk.

"No!" Nufa gelengkan kepala. Pipi ditepuk perlahan beberapa kali. Nak sedarkan kembali diri.

"Kau belum gosok gigi, Nufa." Sedarkan diri, lambat-lambat Nufa berjalan masuk ke dalam bilik air.

Selesai, laju sahaja dia menutup suis lampu dan galaxy lamp dibiarkan pasang terbuka. Jadi cantik biliknya dengan warna-warni seperti galaksi.

"Ya Allah. Allahumma bismika amutu wa ahya." Sambil berjalan, sambil baca doa. Sambil baca doa, sambil menyelinap masuk ke dalam duvet.

"Empuknya." Suara antara mengantuk dan teruja. Dengan mata dah tak terbuka. Laju tangan menggagau bantal golek untuk dipeluk.

Dalam senyuman, Nufa bersedia untuk masuk ke dalam layaran mimpi.

Bilik yang sunyi mempercepatkan lenanya. Tambah lagi diri memang sedia dikuasai kantuk.

Seminit berlalu, sehingga sepuluh minit berlalu. Nufa dah selamat naik kapal layaran mimpi. Dah tak sedar. Tenang nafas dihembus dan ditarik. Persis bayi.

Namun, itu hanya sementara sahaja sebelum kuat telefon di atas meja lampu berdering kuat minta diangkat. Tersentak terus Nufa daripada lena.

Dada yang berombak, diusap perlahan. Mata pula dah menjeling geram ke arah telefon yang masih berbunyi dan menyala.

"Ish! Siapa pula yang call tengah malam ni? Tak tahu ke sekarang waktu tidur?!" Geram Nufa mengomel.

Deringan yang biasanya menjadi halwa telinga, mula kedengaran bingit.

"Eee!" Duvet diselak kasar dan telefon diambil penuh geram.

Lihat nama pemanggil, Nufa kepal penumbuk.

Sayf Dude

"Sayf tak guna."

Sepatutnya dia boleh tebak sendiri. Yalah. Dia tak punya ayang yang mahu call tengah malam-malam begini. Dia hanya punya 'ayam' Sayf sahaja.

Kepoh! Bising! Malam-malam pun mahu berkokok. Siang-siang belum puas lagi ke?

Malas, panggilan masuk itu ditolak. Campak ke tepi, Nufa berbaring semula. Tapi bila Nufa nak tutup mata semula, telefon kembali berdering.

"Urgh!" Menjerit kegeraman Nufa dibuatnya. Pantang betul bila tidurnya diganggu.

Telefon diambil dan panggilan terus diterima.

"Apa Sayf Hakim Muhammad Hanafi? Apa? Aku nak tidur lah. Kau sedar tak dah pukul berapa sekarang? Aku penat lah, Sayf. Aku penat! Nak apa ni?" Panjang lebar Nufa mulakan panggilan. Nada semestinya geram habis. Takde nya nak berlembut-lembut.

"Heh."

Terkelip-kelip mata Nufa bila dengar gelak sinis yang asing itu. Itu bukan gelak sinis si Sayf Hakim.

Menjauhkan telefon dari telinga, Nufa lihat skrin yang menyala. Berkerut bila lihat nombor yang tidak disimpan. Nombor asing.

"Siapa ni?" Laju menyoal. Hilang kantuk.

"Yang kau tak save nombor aku lagi kenapa?" Suara garau di sana kedengaran lagi. Sedikit jengkel.

"Eh, sedara. Aku tak kenal kau pun. Dan ini pertama kali nombor ni masuk. Dah kenapa pula aku nak kena save nombor kau, sedara? Sedara perdana menteri ke?" Sarkastik Nufa bertanya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now