C50

2.2K 284 82
                                    

TISU diambil dan bibir yang terasa berminyak dilap. Kerling Halwa sekilas, gadis itu masih sibuk menghirup baki kuah Tomyam dalam mangkuk kecil. Jeling Nadhif, lelaki itu santai mengunyah sambil lurus memandang ke arahnya.

Malu tertangkap menjeling lelaki itu, Nufa terus terbatuk kecil. Nak capai gelasnya namun baru sedar yang Jus Tembikainya sudah pun habis.

Aiseh!

Baru nak meminta kepada Halwa, satu gelas terlebih dahulu disuakan kepadanya. Ya. Disua oleh Nadhif Hamza kepada Nufa Huwainaa.

"Uhuk! Uhuk!" Sedakan makin kuat kerana tambah terkejut dan malu.

"Kakak, cepat! Merah dah muka tu!" Halwa yang kalut buat Nufa terus ke hadapankan badan dan Teh Ais milik Nadhif terus disedutnya.

Mata terpejam. Mata tak berani pandang lurus ke hadapan kerana tahu Nadhif yang masih setia memegang gelas pasti lurus memandang ke arahnya.

'Perasan je kau dia pandang! Entah-entah dia buat tak tahu aje!' Laju lintasan menafikan muncul.

Dengan itu, perlahan-lahan Nufa buka kecil sebelah mata untuk mengintai. Namun laju sahaja mata terkatup kembali. Sedutan air jadi makin laju dan wajah makin terasa hangat.

Nadhif memang pandang dia tak lepas lah!!!

Tangan pun! Apasal tak rampas sahaja gelas air tadi? Badan ni! Siapa bagi arahan bangun dan membongkok ke depan untuk minum? Eee!!!

"Kakak okey tak ni?" Suara Halwa buat Nufa hentikan sedutan air. Toleh kepala, Halwa yang jelas risau riak wajahnya dipandang.

Straw dilepaskan dan kepala mengangguk kecil. Laju kemudian punggung menghenyak kembali kerusi.

Halwa usap belakang badan Nufa. Risau. Tapi, bila pandang si abang Halwa jadi risau pula.

"Siapa yang tersedak sebenarnya? Muka abang merah sekali kenapa?" Tanpa tapis Halwa bertanya, buat mata Nufa laju memandang wajah Nadhif.

Tersekat air liur di kerongkong! Mak aih! Memang merah benar wajah Nadhif.

Nadhif tanpa kata terus cabutkan topi di kepala dan wajah ditutup seketika. Bibir pula dikemam rapat.

Wajah Nufa tadi terbayang dalam kepala.

'Salah kakak kau lah, Awa! Mana lah abang expect dia nak bermanja macam tu!' Geram Nadhif menjawab dalam hati.

Hilang sudah coolnya. Semua sebab Nufa Huwainaa. Bahaya!

"Abang!" Panggilan Halwa bawa Nadhif alihkan topi dari wajah. Riak wajah ditayangkan biasa. Tak padan dengan wajah dan telinga yang sudah merah.

Malu!

"Cubaan membunuh sungguh!" Gumam Nadhif di bawah nafas sambil menjeling tajam Nufa.

Nufa yang menerima jelingan itu terus cebikkan bibir tanda menyampah. Dah keluar dah perangai bipolar dia tu. Menyampah Nufa jadinya.

Halwa memandang dua dewasa itu silih berganti. Kepala digeleng perlahan.

"Ego melangit sungguh masing-masing!" Selamba Halwa tutur kata.

"Apahal pulak?" Serentak Nufa dan Nadhif bertanya. Kemudian masing-masing terus menjeling sesama sendiri. Menyampah.

Halwa julingkan mata.

"Dah lah. Abang, balik jom? Kakak dah sudah kan?" Halwa pandang Nufa.

"Dah."

Halwa angkat ibu jari. Lengan Nadhif dicuitnya, mengajak pulang.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now