C60

2.2K 299 102
                                    

DEBARAN halus tak pernah sedikit pun hilang. Mengerling sekilas kepada Haji Noor, air wajah bapanya itu tenang sahaja menghadap Nadhif. Nadhif pun, tak kurang tenang juga. Nufa aje yang resah sendiri.

"Err..." Garu hidung sekejap.

"Minum, bah." Air kopi dituang ke dalam cawan sebelum cawan diberikan kepada Haji Noor.

Haji Noor hanya mengangguk kecil. Tapi bila lihat Nufa dah sudah, dahinya berkerut. Terkebil-kebil pandang Nufa yang hirup sendiri kopi di cawan. Langsung tak hulur kepada Nadhif.

"Adik," Bahu anak gadisnya ditepuk perlahan. Menggeleng lihat wajah hairan si anak.

"Tuang lah air untuk..." Haji Noor terhenti kata. Cuba mengingat kembali salam perkenalan pendek di depan pintu rumah tadi.

Terkejut punya pasal anak gadis bawa pulang anak teruna orang, satu perkara pun tak melekat dalam kepala.

"Apa nama anak tadi?" Lembut Haji Noor bertanya.

Nufa pandang Nadhif. Dalam hati doa supaya Nadhif berakhlak mulia kali ini. Takut jika perangai tak semengah tak kira tempat Nadhif buat Haji Noor tidak berkenan.

'Amboi! Nak bagi abah berkenan nampak?'

Geleng kepala Nufa sendiri. Malu dengan kata hati sendiri.

"Saya Nadhif Hamza. Haji nak panggil saya Nadhif boleh, Hamza pun boleh." Sopan Nadhif balas.

Haji Noor mengangguk kecil. Sedap nama. Rupa pun boleh tahan walau penampilannya kurang. Tapi masih kemas.

"Hah. Tuang air untuk Hamza." Haji Noor mengerling ke arah Nufa. Sempat dia tangkap riak terkejut di wajah Nufa.

Telan liur, cawan yang dah dituang kopi Nufa hulurkan kepada Nadhif. Menyampah sikit wajah bila Nadhif ucap terima kasih. Terima kasih tu dengan senyum bangga satu kali.

Mula lah tu nak perasan.

Haji Noor dikerling Nufa.

"Abah panggil dia Nadhif aje. Semua orang panggil dia macam tu." Kata Nufa. Duduk dibetulkan. Sempat dia kerling Nadhif menyampah.

Tak mahu Nadhif rasa terlalu istimewa dipanggil dengan nama kedua lelaki itu. Tak nak bagi pembayang si abah seperti beri lampu hijau.

'Abah pun. Laju-laju berkenan nak pergi mana?' Bisik hati Nufa.

Haji Noor senyum.

"Tak apa lah. Mana-mana pun sama. Kan nama dia juga."

Nadhif simpan senyum senget. Kopi dihirup dan bila mata Nufa melekat padanya, kening dinaikkan dua tiga kali, menyakat dalam diam.

Mencebik Nufa.

"Hamza ni dah lama kenal dengan Nufa, anak pak cik ni?" Haji Noor mula menyoal.

Sungguh, hati tua ini risau juga. Baru sahaja tempoh hari anaknya meluah rasa tentang perpisahan dengan bekas kekasih. Eh sebulan selepas itu datang pula bawa lelaki baharu datang berjumpa. Nak juga tahu bagaimana perkenalan terjadi.

Nadhif letak cawan atas piring.

"Baru 3 bulan kenal Huwainaa."

Tersedak terus Nufa yang sedang hirup kopi di sebelah Haji Noor. Terkejut terus dua lelaki itu.

"Ya Allah, adik! Kenapa ni?" Risau nada Haji Noor. Belakang badan Nufa diirit perlahan untuk kurangkan batuk yang kuat terhasil.

Nadhif kemam bibir bila lihat mata tajam Nufa kepadanya. Alah, rasanya tahu kenapa kakak dobi ni tersedak.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now