C29

1.9K 245 25
                                    

MUNDAR-MANDIR, Nufa resah sendiri. Sesekali mata tak lepas memandang ke luar dobi. Atau lebih tepat lagi memandang ke kedai buah yang terletak di seberang jalan. Shutter kedai itu masih belum dibuka dan itu menambahkan lagi resah Nufa.

Teringat terus kejadian semalam. Risau juga jika anak teruna orang jadi apa-apa sebab balingan pursenya.

"Tapi, takde lah kat sangat aku baling semalam." Omel Nufa perlahan. Ibu jari dah digigit lembut tanpa sedar. Risau.

'Kau mana tahu kau tengah geram.' Hati melawan semula, sekali gus tak membantu langsung untuk menenangkan dirinya kala ini.

Dahi digaru perlahan. Sekali lagi, mata mengerling ke kedai buah seberang. Masih sama sahaja keadaannya seperti tadi. Shutter belum dibuka dan itu menggamit Nufa untuk memandang jam yang dipakainya.

9:20 pagi.

"Lambatnya buka kedai." Kemam bibir, Nufa bawa kaki melangkah keluar dari #OhMyDobi.

Di hadapan koridor dobi, Nufa mundar-mandir kembali. Sesekali kaki terjengket-jengket supaya dapat kedai buah sana dengan lebih jelas lagi. Tapi, hampa. Setiap percubaan yang dia buat semua tak datangkan tanda-tanda yang Nadhif mahupun Halwa sudah sampai dan bersedia untuk operasikan kedai mereka seperti biasa.

"Jadi apa-apa ke kat dia?" Tulus sudah risau Nufa. Yalah. Kalau jadi apa-apa kepada Nadhif, dia lah penyebabnya.

Teringat semula wajah geram Nadhif semalam. Memang jelas nampak lelaki itu geram dan menahan sakit. Dan itu riak wajah yang baharu daripada Nadhif. Nufa tak pernah lihat pun seelum itu dan sumpah Nufa tak mahu lihat lagi.

Ibu jari digigit kembali.

"Kau okey tak ni, Nufa?" Disoal tiba-tiba buat Nufa terlompat sedikit. Tangan dibawa mengusap dada sebelum kepala menoleh separuh, ingin menghadap Warda yang dah bercekak pinggang di belakangnya.

Gosok leher, Nufa mengangguk kecil.

Dari bercekak pinggang, Warda peluk tubuh. Atas bawah dipandang Nufa. Tak percaya dengan angguk kecil Nufa tadi. Kalau okey seperti yang dikatakan, kenapa resah semacam pula gadis bertudung pink ini?

"Kau tak payah tipu aku lah. Apa jadi?" Soal Warda lagi. Tak puas hati dengan jawapan yang diterima tadi.

Nufa pandang Warda sebelum dia menghela nafas berat. Dan dari situ, Warda memang seratus peratus yakin bahawa ada sesuatu yang berat telah terjadi. Jika tidak, takde lah sekilo sangat helaan nafas Nufa Huwainaa.

Mengenali Nufa Huwainaa, gadis itu memang terkenal dengan sikap periang dan aktifnya. Kalau tiba-tiba perwatakannya berubah, pasti sesuatu yang besar telah terjadi.

Buang pandang ke kedai buah seberang jalan sekali lagi, Nufa lepaskan nafas. Dan tiba-tiba dia rasa geram pula sebab Nadhif tak muncul-muncul dari tadi. Sama juga dengan Halwa. Sebab selalunya dua beradik itu telah pun terpacak gembira berjumpa buah-buah. Hari ini lain pula ceritanya.

"Ish." Dengus Nufa geram tanpa selindung.

Berkerut dahi Warda dengan 'ish' Nufa.

"Dah kenapa pula kau ni?" Soal Warda. Arah jelingan Nufa cuba dicari dan bila matanya terhenti kek premis kedai Whole Fruit, kerutan di dahi mula hilang perlahan-lahan.

Peluk tubuh, soalan Warda dijawab dengan suara geram.

"Kenapa diaorang tak buka kedai lagi eh?" Jari telunjuk tunjuk lurus ke arah premis Whole Fruit.

Dengar soalan Nufa, tersinggung kecil bibir Warda dengan senyuman. Tangan dah dibawa ke belakang badan seraya kaki mengambil langkah merapat kepada Nufa. Tangan naik memeluk tubuh Nufa dan mata pasung sama ke arah premis Whole Fruit, sama seperti Nufa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now