C35

2K 284 91
                                    

*Betul-betul esok sis bagi ni HAHAHAHA enjoy okeyyy

MENYUSURI beberapa buah kedai, Nufa dan Halwa berborak ceria. Dan semstinya topik bualan mereka dikawal oleh Halwa. Semusnya berkisar mengenai kegemaran si abangnya. Yalah. Nama pun nak beri hadiah hari lahir. Pasti dan pasti nak cari sesuatu yang abangnya suka. Kan?

"Ni, baju ni? Abang suka tak style macam ni?" Telunjuk Nufa lurus kepada satu patung yang memperagakan sehelai baju kemeja hitam. Nampak mahal walaupun fesyennya simple. Kepala bayangkan Nadhif memakainya.

Boleh lah hensem sikit daripada takde.

Ehem.

Halwa diam. Kaki berhenti di hadapan patung itu sebelum tangan naik memegang kemeja itu. Nak rasa material kain agaknya. Nufa tak tahu. Yang Nufa tahu Halwa tidak bersetuju kerana gadis itu dah menggeleng kepala perlahan.

"Abang tak suka pakai kemeja." Beritahu Halwa. Lengan Nufa dipaut semula sebelum mereka sambung melangkah. Nak tengok benda lain pula.

Nufa kemam bibir. Dari tadi, itu sahaja lah yang dia dengar daripada Halwa. Semua benda yang dia rekomendasikan pasti mendapat jawapan 'abang tak suka'. Dari situ dia simpulkan yang Nadhif sangat cerewet! Semua benda dia tak suka. Apa yang lelaki itu suka pun dia tak tahu.

'Dia suka kau kan, Nufa?'

Tersentak Nufa dengan kata hati sendiri. Sampai mati langkah kakinya. Dan itu buat Halwa kaget sekali. Atas bawah pandangan Halwa diterimnya.

"Kenapa kakak?" Soal Halwa. Mula lah kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Cuba cari punca yang menyebabkan Nufa tiba-tiba brek langlah tadi. Tapi, macam tiada apa pun.

"Kakak okey?" Soal Halwa, prihatin.

Nufa senyum kekok. Kepala diangguk perlahan seraya langkah kembali diambil semula. Otak muka dikerah untuk cipta alasan kepada Halwa. Takkan lah dia nak beritahu yang dia tiba-tiba jadi begitu sebab ada kena mengena dengan abang tunggal gadis itu kut. Tempah malu tujuh keturunan namanya.

"Akak teringat sesuatu tadi." Mudah jawapan Nufa akhirnya dengan ketawa kekok di akhirnya.

Halwa hanya angguk. Terima sahaja walaupun rasa hairan masih menguasai.

"Err... So!" Sedikit tinggi nada Nufa.

Halwa menoleh.

"Abang Halwa suka apa? Dari tadi benda yang dia tak suka. Lama dah kita jalan ni. Satu barang pun tak jumpa lagi." Kata Nufa. Sambil itu mata melilau juga mahu lihat ada tak sesuatu yang mungkin menjadi kegemaran abang si Halwa. 

Halwa diam. Berfikir mungkin.

"Awa pun tak tahu. Abang walaupun nampak biasa macam tu, tapi semua benda dia ada. Dan Awa boleh kata dia tu agak cerewet juga."

Laju sahaja kepala Nufa mengangguk. Semestinya angguk laju untuk kenyataan Halwa yang terakhir tadi. Betul dah dia teka tadi. Si Nadhif tu cerewet! Dah lah cerewet, poyo pula tu. Huh! Tak boleh jadi someone. Pangkah! Pangkah!

"Dah tu. Abang suka apa?" 

Halwa angkat bahu.

"Yang setakat ni, Awa tahu yang abang suka kakak."

"Hah?!"

Langkah sama-sama mati.

"Hah?" Halwa buat-buat tak faham. Rasanya tadi dia mengomel perlahan aje. Takde niat pun untuk Nufa mendengar sama. 

Nufa telan liur. Berdebar dada dengar apa yang Halwa katakan sebentar tadi. Tapi, dia sendiri tak pasti adakah betul apa yang dia dengar tadi. Atau itu hanya perkataan-perkataan yang terbit dari imaginasinya sendiri. Yalah. Tadi pun hatinya bisik benda yang sama.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now