C21

2K 272 78
                                    

CANGUNG, mata Nufa melirik ke tempat pemandu. Kelihatan Nadhif tenang sahaja memandu dengan satu tangan. Tangan kiri pegang stereng kereta manakala tangan kanan sibuk mengetuk perlahan cermin tingkap. Mata lelaki itu lurus pandang jalan di hadapan, namun sesekali mata curi lihat juga cermin pandang belakang. Melihat Nadhif yang memandu seperti itu, entah kenapa perutnya tiba-tiba sahaja memulas. Buat Nufa urut perlahan perutnya sambil mata sudah buang pandang ke luar tingkap.

Nafas dihembus perlahan dan tangan mengurut perlahan perut yang seperti digeletek kecil. Tak cukup itu, dada berdebar kecil bila telinga menangkap sayup-sayup suara garau Nadhif menyanyi kecil mengikut lagu yang terpasang di radio.

'Uish. Apa kena pula dengan aku ni?' Bisik hati Nufa hairan. Perut yang makin memulas, makin diurut perlahan.

"Kau kenapa?" Dan soalan dari suara garau di sebelah menghentingkan langsung tangan Nufa yang aktif mengurut perut sedari tadi. Badan tegak dan kepala teus lurus pandang hadapan.

Terima kasih kepada soalan Nadhif, Nufa dapat rasa Halwa yang duduk di tempat duduk belakang merapat berada di antara mereka berdua. Dapat juga Nufa rasa pandangan dua beradik itu kepadanya.

"Kenapa Kakak Nufa?" Prihatin suara Halwa menyapa telinga.

Tersengih kekok, Nufa hanya menggeleng perlahan. Mata mengerling Nadhif dan kebetulan mata lelaki itu juga terarah kepadanya. Belum sempat nak lihat betul-betul riak wajah Nadhif, Nufa dah menjeling tajam terlebih dahulu. Auto, tanpa paksa. Rasa jengkel tiba-tiba dengan lelaki itu. 

Terima jelingan Nufa, Nadhif terkebil-kebil sendiri. Tak faham salah dia di mana sampai begitu tajam jelingan yang dia terima daripada Nufa. Sudahnya, Nadhif menggeleng dan fokus kembali tertumpu di jalan.

"Kakak Nufa lapar ke?" Soal Halwa. Dia buat tak nampak sahaja sesi jeling-menjeling Nufa dan Nadhif. Tak mahu masuk campur. 

Nufa toleh wajah pandang Halwa. Senyum kecil terbentuk tanpa paksa. 

'Haih. Dengan adik dia bukan main tenang jiwa aku. Sampai kat abang dia, seribu satu rasa celaru aku rasa. Walhal muka dua beradik ini banyak irasnya.' Omel Nufa dalam hati. Senyum kecil tadi tiba-tiba terasa kekok bila mata tanpa sengaja terpandang sisi wajah Nadhif.

Pejam mata, Nufa hanya menggeleng.

"Takde lah. Kakak okey aje. Ni... sebelum terlupa. Kenapa Halwa minta akak tunggu lepas habis kerja tadi?" Soal Nufa. Sebab Halwa lah dia terserempak dengan Mifzal hari ini. Dan kerana Halwa juga, abang gadis itu terpaksa dan tak ikhlas bantu dia lari daripada Mifzal.

Halwa terus tepuk tangan sekali bila dengar soalan Nufa. Terkejut Nufa dibuatnya. Sempat dia kerling Nadhif dan lelaki itu hanya beriak biasa. Seakan sudah biasa dengan perangai tiba-tiba si adik. Mungkin itu salah satu habit Halwa yang perlu dihadap sampai sudah imun.

"Oh. First of all, Halwa nak minta maaf sangat sebab Halwa minta kakak tunggu,  tak pasal-pasal kakak kena ganggu." Ucap Halwa. Bahu Nufa diusap perlahan. Rasa bersalah sangat-sangat. Mujur sahaja Nadhif setuju untuk membantu Nufa ketika itu. Kalau tidak... tak tahu lah bagaimana dia mahu hadap Nufa selepas ini.

Nufa senyum sahaja. Tangan Halwa di bahu ditepuk perlahan, isyarat tidak mengapa.

"Dan Halwa minta kakak tunggu sebab hari ni hari special." Teruja suara Halwa memberitahu.

"Hari special?" Soal Nufa. Halwa dipandang dengan dahi berkerut seribu. Tak faham hubung kait hari istimewa gadis itu dengan dirinya. Siapa dia sampai perlu tahu hari istimewa gadis itu? Kenal pun tak sampai sebulan namun Halwa sudah anggap hubungan mereka rapat level kakak-adik. Bukan dia tidak selesa, cuma belum hilang kekok sepenuhnya lagi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now