C71

2.4K 314 88
                                    

RASA dingin yang mencucuk kaki mengejutkan Nufa dari lenanya. Terus tangan dibawa menggosok kaki yang dah sejuk bila sila dibetulkan. Sambil itu menoleh pandang Nadhif yang tenang memandu di sebelah.

"Tak sampai lagi?" Soal Nufa dengan suara seraknya.

Nadhif jadi menoleh. Senyum kecil terukir tanpa paksa lihat Nufa yang seperti masih mamai. Mata terkelip-kelip dengan dahi yang berkerut. Pandang pula luar tingkap lama-lama. Bila gelap tak nampak apa, baru lah gadis itu memandangnya semula.

"Belum." Balas Nadhif pendek seiring mata memandang Maps di telefon.

Nufa mengeluh kecil. Dia menggeliat kecil sebelum badan disandarkan rapat pada kerusi.

Nadhif pandang Nufa sekilas. Tanpa suara, badan membongkok mengambil botol mineral di cup holder. Buka penutup botol dan terus disuakan botol kepada Nufa.

Nufa pandang Nadhif. Lambat-lambat tangan ambil botol sebelum isinya digogok perlahan. Dada dah rasa berdebar. Bangun-bangun tidur dilayan begini. Memang berdebar lah.

"Thank you." Ucap Nufa perlahan. Penutup botol yang dihulur Nadhif diambil dan botol ditutup rapat.

Nufa pandang luar. Memang gelap-gelita. Rasanya kiri kanan mereka hutan. Tak pun kawasan ladang kelapa sawit. Kereta yang ada di jalan pun boleh dibilang berapa.

Dalam Nufa melihat keluar, tangan mula dibawa merapat ke mulut. Tapak tangan ditiup untuk rasa hangat sebelum tangan dibawa melekap ke kaki. Beberapa kali dia ulang perbuatan yang sama.

Tumpuan memandu Nadhif jadi terganggu seketika. Sekejap-kejap mata memandang Nufa dan jalan raya berulang kali.

"Sejuk?" Soal Nadhif pendek. Kaki Nufa yang tidak berstokin dipandang.

Nak salahkan Nufa, tak boleh. Yalah. Plan asal mereka bukan nak berbulan madu. Hanya pergi drive-thru McDonald untuk beli McFlurry Oreo yang Nufa ingin. Lihat pakaian mereka pun, santai sahaja. Memang nampak spontan plannya.

Nufa menoleh.

"Haah. Aku tak pakai stokin sebab ingatkan duduk dalam kereta sekejap aje." Sempat Nufa memerli Nadhif.

Nadhif julingkan mata ke atas. Faham benar maksud tersirat ayat Nufa tadi.

"Aku takde bawak jaket pula." Omel Nadhif perlahan sambil menoleh sekejap-sekejap ke kerusi belakang. Tiada baju spare juga.

Nufa hanya diam. Lihat wajah Nadhif memang berkerut. Seperti lelaki itu memang ambil berat dengan perkataan 'sejuk' tadi.

"Takpe lah."

Nadhif menggeleng kecil.

"Lambat lagi kita nak sampai ni." Balas Nadhif tanpa memandang Nufa.

Mata lurus pandang hadapan. Jari pula dah mengetuk stereng perlahan-lahan. Dan Nufa tangkap semua itu. Baru faham dengan tabiat lelaki itu.

Nadhif diam, tapi jari dia ketul-ketuk benda. Maknanya lelaki itu sedang berfikir.

Oh, begitu. Faham!

"Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Tanya Nufa, mengalihkan Nadhif daripada terus berfikir.

Sekilas Nadhif pandang Nufa sebelum dia jongketkan bahu. Buat Nufa julingkan mata ke atas.

"Eleh."

Nadhif senyum senget dengar eleh kecil Nufa. Comel aje. Bangun-bangun tidur dah kalah. Padan muka!

Diam antara mereka. Dan Nadhif perasan yang Nufa masih lagi cuba hangatkan kaki. Perlahan-lahan tangan Nufa menggosok kaki, tapi tetap juga dapat ditangkap Nadhif.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now